Monday, October 31, 2011

Allah Sayang...

Image source : nabilfarabi.blogspot.com

Apabila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Apabila Dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekali pun kerana kasih sayang Allah SWT itu mendahului kemurkaanNya.

Sunday, October 30, 2011

A Beautiful Day With Them

Today I went to the International Convention Centre with two of my beloved friends, Sut and Zira :) It was a not-really-fun environment but I did learn something from the UNISSA Expo. (Hah. I sound so..bookworm-ed). Oh, we went into the Mirror Maze of TechExpo..which was kinda fun...if it was a bit more challenging. I was expecting to see something like you see yourself as a plumpy pumpkin or a skinny lizard in the mirror. But yea, it was okay :) The optical illusion gallery was not bad..but I was sure people wanted more than that. A $3 ticket was not worth it. The booths was just okay too. As usual...gadgets and familiar people..

I always have high expectations when it comes to events like 'TechExpo' because it is 'supposed' to be high-tech. You know, with robots greeting you at the door, touch screens, a talking robot dog, Transformers...etc. But yea, for the second year in a row, I am disappointed. I can call myself a tech-geek (well, almost) so I am expecting more from this expo next year. However, seeing school students involved in the robots challenge made me feel excited. Knowing that we have innovative younger generation. :) I really hope one day our country will commercialise the products of our own kids and will create our own brand.

We spent the rest of our afternoon at EasyWay Serusop, catching up with each other :) thanks to Zira for her treat :D :D And now, I am missing them already.

Saturday, October 29, 2011

Wahai Jiwaku ,

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah, jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah. Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang. Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Image source : kusujud.blogspot.com

P/s:I found this from a someone's blog...which I cannot remember. And it is so beautiful :')

Friday, October 28, 2011

Sape by Jerry Kamit


Alunan muzik ini sering mengingatkan aku pada kampung halamanku. Setiap kali ia dimainkan, wajah tua kedua orang nenekku terbayang-bayang, membuatkan aku semakin rindu pada mereka. Aku sayangkan mereka sangat-sangat. Tidak nyaman rasanya kalau tidak lawat mereka dalam masa seminggu. Sering kali aku rindu akan suara nenekku, Nini Mayang. Begitu juga dengan Nini Jinggo. Sayangku pada mereka tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Merekalah penyebab aku ingin sentiasa berada di kampung. Senyum dan tawa mereka pengubat hatiku yang kadang kala tidak tenteram dengan hal ehwal kehidupan bandar. Masakan Nini Mayang juga yang membuatku sentiasa berselera setiap kali aku masuk ke dapur. Air tangan yang tiada tandingan...Saaaaaaaayang nenek! :D

Toyota Classics Northeast German Philharmonic Orchestra

Wednesday, 26th October 2011, 8:30 pm.
International Convention Centre, Brunei Darussalam.


IT was the first time for my brother, Adik and I went to such concert. Our last was in 2006 and it was Peterpan from Indonesia (Oh, I miss Ariel very much).  We were not really sure about what outfits to wear so Adik ended up wearing his lounge suit and myself wearing baju kurong. We left the house at 6:45 pm, feeling excited.

"Good evening," we were greeted by young men lining up at the main door. I was feeling kind of nervous. I didn't know why. We were escorted to light refreshment areas while waiting for the doors to open, which was exactly at 7:30 pm. We had 30 minutes to go.

It was already 7:30 pm when the announcer informed us that it was time to go into the main hall. Inside, we were escorted towards our seats, M21 and M22. It was really a perfect seating arrangement for both of us. Just perfect. In the middle of the hall. Just a few metres away from the stage. Next to the red carpet. The environment was quite relaxing and quiet. Most of those who came were adults; age ranging from 20 above. I could see women in their gorgeous evening dresses, men in their smart tailored suits. And some cute children with their gowns and tuxes. 

At 8:30 pm, HRH Pg. Anak Isteri Pg. Anak Sarah arrived as the guest of honour. Wearing her light green baju kurong and tudong, she looked astonishingly beautiful. So beautiful that the whole audience was stunned. Even the musicians were locked to their feet. Oh, they were already on the stage about five minutes before the arrival of HRH :) And I, as one of those closest to the red carpet was nervous as I HRH walked passed me and towards the stage. She was still the same person I saw years ago in high school, only more beautiful and matured.
As soon as HRH was on stage, the Brunei national anthem, "Allah Peliharakan Sultan" was played by the orchestra. It was so beautiful that I almost cried :') And the show kicked off right after HRH completed a cheque presentation ceremony. These are just some of the pieces played by the orchestra:
  • Toccata and Fugue : acc. J.S. Bach (1685-1750), arr. Pamela Tan Nicholson
  • Libertango : A. Piazolla (1921-1992), arr. Pamela Tan Nicholson
  • Oriental Hot Spot : Trad./Rimsky-Korsakov (1844-1908) arr. Pamela Tan Nicholson
Two Malay songs were played as well; Joget Lagu Dua and Kalungan Salindang. The orchestra was conducted by Thomas Dorsch with original music and arrangements by Pamela Tan Nicholson, who happened to be Vanessa Mae's mentor and mother.

Overall, the whole night was really awesome. The performance ended at around 11 pm and we straight away went to de' Royalle cafe in Bandar to enjoy some hot chocolate. I will never ever forget that night. Next year? We'll see :)

I Am Grateful For...

1. I have a happy family : Babah, Mummy, Adik, Moni and Soni.
2. I am breathing free air for 25 years now.
3. I live in Brunei Darussalam.
Image source: saryadinilan.blogspot.com

4. I have completed my degree.
5. I have wonderful friends.
6. God gives me this life.
7. And still counting my blessings...

Monday, October 24, 2011

Hari Minggu Di Kampong Rambai (Bahagian 2)

     Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki tua yang sedang membongkok di bawah rumah kayu yang sudah berumur lebih 50 tahun itu. Mungkin ada yang dicarinya. Kereta Swift berwarna silver perlahan-lahan menghampiri rumah itu lalu diberhentikan dekat dengan tangga rumah. Sebuah garaj yang memuatkan empat buah kereta telah dipenuhi. Belum pun sempat penumpang Swift turun, sudah mula kelihatan seorang wanita berumur 30-an di beranda rumah dengan wajah yang ceria. Lelaki tua di bawah rumah tidak mempedulikan kedatangan Swift tersebut kerana dia tahu bahawa cucu-cucunya dan kakak iparnya yang datang. 'Dila' la' ku ngintong soroh,' bisik hatinya lalu menyambung pekerjaannya.
                            
     "Bah, nakod, nakod!" kedengaran suara wanita tadi yang juga merupakan anak lelaki tua tadi.
     "Andih nggogol ta' asuh muyun noh Mom?" tanya tetamu yang sedang naik tangga sambil melihat empat ekor anjing berwarna hitam yang sedang bermain-main di bawah rumah. Alangkah besar dan garangnya anjing-anjing itu. Namun mereka langsung tidak peduli akan kedatangan tetamu malah terus bermain dan hanya melihat mereka yang datang dari jauh. Mungkin anjing-anjing itu telah kenal akan bau para tetamu dan pada mereka, tetamu-tetamu itu tidak mendatangkan bahaya.
     "Andih noh. Adong la' kow ngacau soroh," sahut Yamom, wanita itu. Wajahnya menyambut kedatangan tetamu-tetamu itu dengan penuh ceria dan mesra. Dia merasa amat gembira melihat kedatangan ibu saudaranya dan juga dua orang anak buahnya yang jarang dijumpainya. Pada masa yang sama, kelihatan pula tiga orang wanita pertengahan umur di dalam rumah yang merupakan kakak-kakak kepada Yamom. Mereka turut mempamerkan wajah yang ceria.
     'Ah, syok nya! Dapat nyaya durang nie. Hehe, ' bisik hati Adik, salah seorang daripada tetamu yang datang. Mereka semua dipersilakan duduk oleh Yamom dan disambut pula dengan wajah ceria isteri lelaki tua tadi, Nini Yamong. Terasa akan suasana yang begitu ceria dan gembira di dalam ruang tamu rumah itu. Kelihatan Egoi, adik kepada Yamom sedang sibuk di dapur dengan. Lalu, Noni, si tetamu pergi ke dapur dengan niat ingin berjumpa dengan ibu saudaranya yang seorang itu.

     "Hai Goi! Buleh ku ambil kucing ani?" tanya Noni kepada Egoi sambil mengangkat seekor kucing berwarna kuning. Bulunya panjang dan lebat dan berumur lebih kurang dua tahun.
     "Bawa tia. Belabih tu kucing ah," kata Egoi sambil menyusun beberapa ekor ayam dan ikan untuk disimpan ke dalam peti sejuk. Noni hanya berdiri melihat Egoi yang sedang sibuk sambil ditemani oleh dua orang pembantu rumah. Dia ingin menegur bapa saudaranya, Uncle Oldi yang sedang duduk minum teh tetapi dibatalkan niatnya. 
     "Tu nah Noni, ikan yang anti buat umai," sampuk Yalah, kakak kepada Egoi, sambil menunjukkan sepotong ikan yang dipegang oleh pembantu rumahnya, Siti. Noni lalu melihat ikan itu dan  tertanya-tanya akan nama ikan tersebut yang hanya dilabel dengan local fish oleh pasaraya. Hatinya tidak sabar untuk merasa umai yang dibuat oleh ibu saudaranya itu. Oleh kerana masing-masing sedang sibuk di dapur, Noni lalu keluar dan duduk di ruang tamu sambil menyaksikan perbualan di antara neneknya dan ibu saudaranya.

                                  *************

     Raut wajahnya yang sudah tua dan tidak sihat itu kuperhatikan dengan penuh kasih. Aku hanya duduk diam di atas sofa sambil memerhatikan nenekku, Nini Yamong bercerita. Dia baru sahaja memberitahuku bahawa dia tidak sihat dan susah untuk bangun. Kedatangan kami pada petang itu membuatkan dia kuat hati untuk bangun dan duduk di ruang tamu. 'Kesian nini,' bisik hatiku sambil mendoakan agar dia cepat sembuh. Nini Yamong merupakan adik kepada nenekku, iaitu Nini Mayang. Mereka jarang berjumpa kalau tidak ada perkumpulan keluarga jadi aku membawa Nini Mayang ke sini. Mana tahu, Nini Yamong kembali bertenaga setelah berjumpa dengan kakaknya. Lagi pun, kedatanganku ke mari adalah di atas jemputan Anti Yalah yang ingin memberikanku umai ikan yang dibuatnya tadi pagi. Memang aku tidak sabar ingin merasa hasil masakan ibu saudaraku itu. Sudah lama aku meminta resepi umai daripada dia tetapi aku belum punya masa untuk membuatnya. Memang rezekikulah agaknya pada hari itu apabila dia memberitahu dia membuatkan untukku makanan kegemaranku itu.

     Petang minggu itu aku menghabiskan masa bersama adikku dan nenekku berbual dan bermesra bersama keluarga Anti Yalah, yang merupakan sepupu sekali kepada ibuku. Sesekali kedengaran tawa dari ruang tamu yang sederhana besar itu apabila Anti Yamom berjenaka. Memang tidak kering gusi olehnya. Anti Yatung juga turut berada di rumah itu tidak lama selepas kami datang. Dia berjalan kaki bersama suaminya dan tiga orang cucunya dari rumahnya yang terletak hanya beberapa meter dari situ. Mungkin dia terlihat kereta yang banyak di hadapan rumah ibunya lalu datang menjenguk

     Nini Ayong baru sahaja naik ke rumah selepas bekerja di bawah rumah. Aku pun tidak pasti apa yang dilakukannya. Dia lantas duduk dan menyertai kami di ruang tamu. Uncle Oldi turut menyertai kami tidak lama kemudian. Air teh panas dan biskut yang dihidangkan oleh Anti Egoi begitu menyelerakan dan menambahkan lagi kehangatan suasana di rumah itu. Cuaca yang pada waktu itu mendung dan disertai oleh hujan rintik-rintik tidak menjejaskan keceriaan kami berbual dan berjenaka. Alangkah indahnya punya keluarga bahagia.

     Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang apabila Nini Mayang membawa kami pulang. Sudah dua jam kami berada di sana tetapi tidak puas rasanya. Ingin lagi rasanya aku duduk lama-lama di situ bersama keluarga Anti Yalah yang ceria tetapi masa tidak mengizinkan. Sebelum kami pulang, Anti Yalah mengirimkan aku umai ikan yang dibuatnya. Dia juga berkirim salam kepada ibuku. Malah semua adik-beradiknya kirim salam kepada ibuku dan Unlce Oldi, suami kepada Anti Yalah berkirim salam kepada ayahku.

     Berat rasa kakiku untuk pulang tetapi memandangkan hari sudah semakin gelap, aku turutkan jua.Tambahan lagi, malam itu aku akan pulang ke bandar. Aku dan adikku bersalam dengan semua isi rumah.
     "Nini, adong semakit-semakit ah. Rajin-rajin makan, pebaik kediok, " pesanku pada Nini Yamong sambil mencium pipinya. Sayu hatiku melihat tubuhnya yang semakin kurus. 
     "O'..andih ku semakit-semakit tih, " ujarnya menenangkan hatiku. Aku tersenyum melihat dia tersenyum. Aku menyayanginya sama seperti aku menyayangi Nini Mayang. Suasana di rumah itu mula terasa seperti kurang ceria sebaik sahaja kami melangkah kaki menuruni anak tangga. Hampir semua isi rumah berada di beranda dan melihat Swift silver perlahan-lahan menuju ke simpang keluar. Hari Minggu yang begitu santai di Kampong Rambai. Aku akan ke sini lagi.

Friday, October 21, 2011

Lame but lucu banget!


"Mengapa Mas Arif kajar-kajar?!"

Mengapa bertanya?

 
 Image source : socialmediatransformation.wordpress.com


Daripada Ali bin Abi Talib,
 Rasulullah SAW bersabda :
"Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka"