Thursday, October 13, 2011

Suatu Hari Di Kampong Panchong, Tutong

     Jam sudah menunjukkan pukul 2:00 petang. Swift berwarna silver meluncur dengan tenang menuju ke destinasi. 5 orang penumpang di dalamnya hanya diam, melayan fikiran masing-masing. Tepat jam 2:03 petang, Swift itu tiba di perkarangan rumah. Belum pun sempat penumpangya turun dari kereta, sudah kelihatan seorang wanita tua berumur 70-an menjenguk dari balkoni. Wajahnya menunujukkan senyuman yang penuh makna.

     'Cucu-cucuku datang,' bisik hatinya riang. Dengan langkah laju, dia menuruni anak tangga satu-persatu. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan cucu-cucu kesayangannya itu. Sudah empat minggu mereka tidak pulang ke kampung. Rasa rindu di hati sudah tidak terkawal lagi.

     "Hai Ni! " sapa cucu perempuannya, Moni, dengan riang. Dia terus bersalam dengan neneknya dan diikuti oleh adik-beradiknya yang lain.

     "Nah...nikot dah soroh. Aroh lama ngumoh nanom tih la," kata nenek dengan loghat Dusunnya.
     "Hahaha...buai nini ngintai jami ni? Dila la jami endawu' ngumoh nanom, " sahut cucunya, Noni.
     "Yun, endawu' ku guluh. Suang kakal samai ku. Dila' la muyun endawu' ngumoh nanom, " sambung si nenek.
     "Ok noh ni. Esoi ngumoh nini awal atih?" Noni bertanya lagi. Dia begitu risau dengan keadaan neneknya yang selalu saja kurang sihat.
     "Soroh angkal mu na' i Rini. Bah Yun, manau ku tih. Monchoi gala adau noh andih lasu, " jawab nenek. Lalu, dia pun keluar dari rumah menuju ke sawah padinya yang terletak tidak jauh dari situ. Noni hanya melihat neneknya berjalan perlahan-lahan sambil membawa takiding di bahu yang berisi bekal.



*******
     Kaki ini melangkah perlahan-lahan. Berjalan di sebelahku ialah adik bongsuku, Soni. Kami berjalan menuju ke sawah padi nenek. Nenekku sekarang ditemani oleh ibuku dan juga ibu saudaraku. Sambil menikmati udara kampung yang begitu permai dan nyaman, aku memerhatikan sekelilingku. Pohon-pohohan rimbun yang menghijau menghiasi perkarangan rumah nenekku. Di tambah lagi dengan kicauan burung-burung yang begitu gembira. Masing-masing berzikir bermunajat memuji keindahan alam yang diciptakan Tuhan. Alangkah indahnya kampung halamanku.

     "Yun, maya nanom kow?" kedengaran suara Aunt Esah dari tengah sawah. Dia ibu saudaraku yang amat-amat ku sayangi. Kelihatan susuk tubuhnya membongkok menanam semai padi sambil bercerita dengan ibuku yang tugasnya hanya menumbuk tanah. Aku hanya tersenyum girang lalu terus membawa adikku ke tengah sawah. Kami turut membantu yang lainnya menanam semai padi. Indahnya sawah padi nenekku. Sudah lebih satu per empat tanah telah pun ditumbuhi padi yang kian membesar.

     Tidak lama kemudian, ibu saudaraku, Aunt Enak, dan anak-anaknya dari Bukit Kukob turut datang untuk menemani kami. Begitu juga dengan kakaknya, Aunt Yumi, yang tinggal tidak jauh dari rumah nenek Meriah sungguh sawah nenek pada petang itu. Enam orang anaknya serta menantu, enam orang cucu dan di bantu oleh dua orang amah. Setiap seorang dengan tugas masing-masing. Ada yang menumbok tanah, ada yang menanam, lain pula yang menyiangi tanah. Pokoknya, suasana petang itu begitu gembira dan ceria.

      Tanpa kami sedari, jam telah pun menunjukkan pukul enam petang. Kulihat nenekku sudah berhenti menanam. Dia mula berjalan-jalan di antara anak-anak padi yang kami tanam. Aunt Esah berseloroh mengatakan bahawa supervisor sedang meneliti setiap hasil pekerjaan kami. Memang betul, nenekku meneliti satu per satu anak padi tersebut.

     "Rapot tanom muyun tih Sah, " komen nenekku apabila dia melihat sesetangah anak padi di tanam dengan jarak yang begitu dekat.
     "Boh Noni, jaga kau..kana komen sudah tu.." kata Aunt Esah sambil ketawa. Aku pun turut sama tertawa. Ya, nenekku memang seorang yang begitu perfectionist. Dan sikapnya itulah yang turut ada di dalam diriku sampai sekarang. Apa sahaja yang kami lakukan, baik memasak atau mengemaskan rumah, ada-ada sahaja yang ditegur nenek. Dia memang tidak suka pada kecuaian atau pun kelalaian. Aku sanjung tinggi sikap nenekku yang sebegitu.

     "Bah, muli nayoh jati. Ahir dah tih. Dondom-dondom lagi nanom. Suang dah noh, " kata nenekku sambil mengangkat takiding nya. Dia berpuas hati dengan hasil kami pada hari itu. Kelihatan wajahnya yang berseri-seri kerana padinya sudah banyak ditanam. Alangkah bahagianya rasa di hati bila melihat nenekku tersenyum girang. Sambil melangkahkan kaki meninggalkan sawah padi nenek, aku melihat sekali lagi tanah luas yang sudah kelihatan menghijau dan dipenuhi oleh anak padi itu. Hati ini terasa puas kerana dapat membantu nenek menanam padi pada tahun ini. Tidak sabar rasanya kembali ke sini untuk melihat anak-anak padi yang bakal membesar dan membuahkan benih-benih padi yang subur.
    
                                                        

No comments:

Post a Comment