Wednesday, November 09, 2011

Sahabatku, Kekasihku

     Ada yang pendiam. Ada yang petah berbicara. Ada yang mesra. Ada yang lebih suka senyum. Ada pula yang hyper. Introvert. Extrovert. Pokoknya, semua sahabat-sahabatku mempunyai identiti dan personaliti masing-masing. Dan aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan sahabat-sahabat yang begitu memahami dan amat penyayang. Sejak dari sekolah rendah lagi, aku mempunyai sahabat karib. Hingga di sekolah menengah ke universiti. Hidupku diwarnai oleh kerenah dan ragam yang pelbagai dari insan yang bernama sahabat karib. Sahabat karibku bukan seorang. Tapi ramai. Ramai kerana lain tempat belajar, lain sahabat karib. Bagiku, sahabat karib adalah sahabat yang selalu aku luangkan masa bersama, bersama menempuh badai dan rona kehidupan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Malah hingga kini, aku masih berhubung dengan mereka. Thanks to Facebook and Twitter. 

      Sahabat-sahabatku mempunyai tempat yang istimewa di hati. Tiada yang boleh mengambil tempat istimewa itu. Hanya mereka. Dan mereka lah yang layak berada di sana. Bersama mereka, aku luahkan isi hatiku. Bersama mereka, aku belajar mengenai kehidupan. Dan bersama mereka, aku tahu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mungkin ada di antara mereka yang sudah lupakan aku namun aku tetap masih melakar nama mereka di dalam hatiku. Sebagai seseorang yang pernah menjadi sahabatku.

     Aku bersyukur kerana sahabat-sahabatku tidak pernah menikam aku dari belakang. Mendengar cerita orang tentang sahabat yang menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut bagaikan dongeng bagiku. Syukur...tidak pernah ia berlaku di dalam hidupku. Mungkin ada tetapi aku buta dengan itu semua. Kerana aku tahu semua sahabatku adalah di kalangan orang yang baik-baik. Orang yang boleh aku percayai. Dan orang yang boleh ku tumpahkan kasih sayang sebagai sahabat. 

     Memang, aku cintakan sahabat-sahabatku. Aku amat sayangkan sahabat-sahabatku. Kerana mereka, aku menjadi siapa aku sekarang. Aku tahu, kadang-kadang aku menyakiti hati mereka tanpa aku sedari. Lumrah manusia. Tiada sempurna. Sentiasa ada cacat cela. Namun, hatiku tetap berdoa agar mereka sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan kehidupan yang sempurna. Tanpa mereka, aku terkapai-kapai keseorangan. Dan tanpa mereka, siapalah aku. Aku tidak akan menyebut nama-nama mereka di sini tetapi aku akan sentiasa menyebut nama-nama mereka di dalam doaku :) Thank You God for giving me friends like them. I love them with all my heart.


Image : myorkutglitter.com

No comments:

Post a Comment