Wednesday, December 14, 2011

Anak Mama~

     Aku menekan pedal kereta dengan perlahan sambil berhati-hati memusing steering keretaku. 'Oh Baby Swift, di mana tani parking ni,' bisik hatiku. Memang banyak tempat letak kereta yang kosong di kawasan bangunan Jabatan Sekolah-Sekolah pada pagi itu. Aku cuma tidak mampu memilih. Jam menunjukkan pukul 7:35 pagi. Setelah dua kali mengelilingi bangunan itu, akhirnya aku meletakkan keretaku di belakang bangunan. Memang tertera di sana 'No Parking' tetapi telah banyak kereta diletakkan di situ. Aku bertawakkal. 'Ish, manada sekuriti kan menagur ni karang. Mudahan jua,' bisik hatiku lagi. Cuaca pada pagi itu begitu sejuk dan nyaman. Ku lihat mataku di cermin kereta. Sah, mata orang tidak cukup tidur.

     Aku terus naik ke tingkat empat menggunakan lift yang disediakan. Ingin menggunakan tangga tapi keadaan waktu itu masih gelap. Setibanya aku di tingkat empat, aku terus mencari bilik Pengambilan Guru. Di sana sudah tersedia beberapa keping kertas. 'Tetapi, mana orangnya?' hatiku bertanya. Pintu terbuka luas. Aku mula melangkah masuk, mencari sebarang pergerakan. Semuanya kaku. Hanya ada meja, kerusi dan beberapa batang pen serta kertas yang berlambak di atas meja. Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki dari belakangku, "Kan temuduga?" Aku terkejut lantas menoleh ke belakangku. Aku mengangguk, terkejut. "Masuk sini," katanya lagi. Aku hanya tersenyum. Sebaik sahaja aku masuk ke bilik berhadapanan bilik yang ku masuk tadi, aku terlihat sudah ada dua orang perempuan muda duduk dan menulis sesuatu di atas kertas. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an mengarahkan aku agar menurunkan tandatangan untuk slip kehadiran. Setelah itu, aku diberikan dua keping kertas. Satu kertas soalan, dan satu kertas kosong. 'Adui, esei lah jua pagi-pagi,' bisik hatiku lagi. Rupa-rupanya dua orang perempuan muda tadi sudah pun memulakan menulis esei mereka. Setiap seorang diberikan masa 30 minit. Aku duduk dan dan mula memerah otakku. Mata pen berjalan dengan lancar.

     30 minit telah berlalu dan kami diarahkan untuk berhenti menulis dan berpindah ke bilik sebelah (bilik yang awal aku masuk). Di sana, kami masing-masing menunggu nama untuk dipanggil. Seramai 7 orang untuk ditemuduga, semuanya sudah ku buat kawan. (Hehehe). Lagi pun, memang teman-teman sekuliahku sewaktu di UBD dulu. Dan aku orang ke-3 untuk ditemuduga.
***
     Sewaktu aku melangkahkan kakiku menuruti langkah kaki wanita di hadapanku, aku cuba senyum dan menenangkan diri. Dia membawaku ke sebuah bilik, tempat aku ditemuduga. Termasuk wanita itu, ada 4 orang kesemuanya. Tiba-tiba sahaja rasa resah gelisahku hilang. Rasa yakin mula timbul. Aku dipersilakan duduk.

     Salah seorang daripada penemuduga memastikan personal details ku semuanya betul. Apabila soalan pertama keluar, "Di mana bapamu keraja?" dan aku menjawabnya dengan yakin, suasana bilik itu mula berubah. Dari suasana yang agak menakutkan menjadi suasana yang begitu seronok dan friendly. 'Ah, aku ja kali yang stress awal-awal,' bisik hatiku. Aku mula berasa tenang dan senang. Malah temuduga itu bagaikan sesi ice breaking bagiku. Para penemuduga pun begitu ramah dan selalu tersenyum. Temuduga itu berjalan selama lebih kurang 20 ke 25 minit. Mereka melabelku sebagai 'Anak Mama' kerana mereka sudah dapat membaca dari perbualanku dan responku pada mereka apabila aku ditanya sama ada aku sanggup pergi jauh dari rumah atau pun tidak. Aku hanya tertawa dan mengiyakan mereka. Ah, a good start of the day. Aku berasa gembira kerana aku telah dapat meyakinkan diriku sendiri bahawa aku boleh express kan diriku dan apa yang terbaik buat diriku sendiri. Aku meninggalkan bangunan JSS itu dengan senyuman terukir di bibirku. Aku gembira.

     Setibanya aku di rumah, aku bertanyakan Mummy sama ada posmen telah tiba. Ya, memang itu salah satu dari tugas harianku. Menanti kehadiran posmen dengan berita perkembangan untukku. "Nada posmen tadi," kata Mummy. Aku hampa. Aku terus menghadap komputer. Jari-jemariku mula menari di keyboard komputer. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi motorsikal yang aku kenali. 'Ah, posmen!' hatiku ceria kembali. Aku pun tidak tahu mengapa tapi setiap kali posmen datang, aku bagaikan menaruh harapan tinggi agar dia membawa sesuatu buatku. Memang betul firasatku kali ini. Aku menerima sepucuk surat memaklumkan akan diadakan temuduga pada 21.12.2011 untuk jawatan Pegawai Pelajaran. Aku gembira. Ada juga perkembangan akhirnya. Alhamdulillah. Aku kembali menghadap komputer. Niat di hati ingin update blog apabila telefonku berbunyi. 'Number siapa ni?' hatiku tertanya-tanya. Rupa-rupanya, itu adalah sesi temuduga melalui telefon dari Bag Networks. Aku terkejut. Tidak bersedia. Lantas aku jawab menurut apa yang mampu aku fikirkan. Temuduga itu berjalan selama lebih kurang 10 ke 15 minit. 

     Sebaik sahaja temuduga itu berakhir, aku terdiam. Terdiam seribu bahasa. Memikirkan apa yang terjadi pagi ini. Memang betul apa yang aku fikirkan semalam. I know I am heading towards the right direction. Good things keep coming to me. Dan aku tahu, Tuhan sedang membantuku sekarang. Alhamdulillah~ :') :') Dan aku hanya berdoa agar akan ada berita yang baik datang tidak lama lagi. Amin Amin Amin~


2 comments:

  1. Amiin ya robbal 'alamiin ! :D , "inna ma'al 'usri yusraa" ... :))))

    ReplyDelete
  2. Amin amin~ thank you sugar~ :'D :'D Love you~

    ReplyDelete