Sunday, December 11, 2011

Dua Insan Yang Berbeza

Bila dua insan yang berbeza,
Mempunyai bisik hati yang sama,
Mempunyai tujuan yang sama,
Mempunyai nawaitu yang sama

Dan keduanya menuju ke arah kebaikan,
Keduanya menuju ke arah kemuliaan,
Keduanya menuju ke arah kecemerlangan,
Keduanya mencari rahmat dan hidayah Tuhan

Tiada yang mampu menghalang,
Tiada yang mampu menahan,
Tiada yang mampu mengubah,
Dan tiada yang mampu mempengaruh

Kerana

Tuhan akan sentiasa menolong,
Tuhan akan sentiasa memberi petunjuk,
Tuhan akan sentiasa memberi rahmat,
Dan Tuhan akan sentiasa sayang

Sayang Tuhan itu melebihi dari kemurkaan-Nya.
Sayang Tuhan itu membawa kepada kejayaan,
Sayang Tuhan itu membawa kepada kebahagiaan
Dan sayang Tuhan itu membawa kepada kesempurnaan...

No comments:

Post a Comment