Monday, December 31, 2012

Zizan's Twitter Family Gathering - part 1.


Aku melihat keluar jendela. Hanya kelihatan kepulan awan yang kelabu. Suasana langit yang kelam, menandakan pertukaran masa siang ke malam. Penerbangan Royal Brunei BI 874 sudah memakan masa lebih kurang 1 jam. Aku hanya duduk diam sambil mengenangkan saat-saat indah yang terakam sewaktu aku berjumpa dengan Zizan's Twitter Family pada malam 26 hb Disember yang lalu. Saat-saat yang tidak mungkin aku lupakan di sepanjang hidupku. Sesekali hatiku terasa sebak. Sebak kerana perjumpaan yang sungguh singkat itu membuatkan aku merasa bagaikan tidak ingin berpisah dngan mereka... Dan yang paling istimewa lagi ialah apabila aku berpeluang berjumpa dan bersembang dengan Zizan sendiri.................... Ok, let me start from the beginning. 

Warning: This is going to be a long post...

26 hb Disember, 2012. Hari Rabu. Jam: 3:50 petang. Aku dan keluarga sudah berangkat meninggalkan hotel untuk pergi menuju ke Mutiara Damansara. Destinasi kami ialah The Curve. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit itu bagiku bagaikan lebih dari satu jam. Manakan tidaknya, hati sudah merasa sungguh-sungguh teruja ingin btemu dengan sisters dari Zizan's Twitter Family. Setibanya di sana, jam baru saja menunjukkan pukul 4:30 petang. Masih awal lagi. So, aku dan keluarga berjalan-jalan. Tak pernah sampai ke sana so, we took our time :)

Jam 6:30 petang. Aku sudah semakin rasa excited dan nervous at the same time. Aku menelefon kak Needa and she told me she was already at the Red Box. I was so anxious that my palms were sweaty and cold at the same time...

Jam 7:15 malam. Aku dan my sister naik ke tingkat satu dan terus masuk ke dalam The Red Box. Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke dalam bilik yang dikhaskan untuk Gathering ZTF, aku merasa sungguh tenang dan gembira. Manakan tidaknya, semua yang ada di situ sungguh-sunguh welcoming dan mesra. I introduced myself first to Kak Yan. And from there, I felt like I was in my real family, when in fact, we are the ZTF sisters. Ya Allah, sungguh gembiranya aku bersama mereka. Among the first few people I met were Aida, Kak Nurul, Ain, Ika, Zati, Nano and of course, Kak Needa! :D While waiting for the event to start, my sister and me duduk bersembang dengan mereka yang ada. Seriously, they were soooooo friendly! ^_^ 

Jam 8++ malam. Aku dan my sister, and together with the rest of the ZTF sisters sedang duduk bercerita apabila Zizan datang. Waktu tu, kami sudah pun berpindah ke bilik sebelah where the real event took place. Pada mulanya, aku ingin menangis kerana bagaikan tak percaya Zizan kini berada di depan mata. Tapi entah macamana boleh, hatiku terus merasa tenang dan lapang bila melihat wajahnya...*malunye~ Sebaik sahaja Zizan masuk, dia terus approach semua orang dan bersalam. Bila tiba giliran kami, aku hanya senyum lebar sambil membalas salam dari tangannya. Dalam hati bercakap, "Aaahhhhhh aku salam Zizannnnnnn!!!!" Hati melonjak riang tapi muka tetap cool. Hahaha.. Lepas tu kan, Zizan mula mundar mandir depan kami dan bila dia nampak saja microphone yang ada di depan kami, dia mula bermain dengan mics tu... Waktu tu, kami masih lagi menunggu orang lain untuk datang.

Jam 830++ malam. Acara bermula. Kak Needa arahkan semua orang untuk duduk. Betul-betul dengan style cikgu dia. Hehe. Dan Zizan terus duduk di sebelahku. Zizan cakap, "Dah macam cikgu tuisyen". Kami tertawa. Hatiku riang dan senyum tetap terpampang di bibirku. Hahahaha! Akak Needa made such a beautiful welcoming speech and to my surprise, dia bacakan my blog post about the Zizan's Twitter Family pada semua orang di dalam bilik itu. Walaupun agak hyper sikit semua orang di dalam bilik tu, namun aku sungguh terharu bila melihat Zizan mendengar dengan penuh khusyuk, walaupun blog tu in English. Ika bertanya, "Abg, faham ke?" Zizan angguk dan mendengar lagi. Bila kak Needa baca the part, "...one of the guys who have the sweetest smile on earth" semua orang went.. " aaaaa...." Aku pula yang malu. Hahaha..

Dah kak Needa habis baca, Zizan cakap, "Terima kasih" padaku. And that was one of the greatest moments ever! Dah tu, Zizan pula beri ucapan. Macam biasa, dengan style dia yang santai dan mesra, setiap bait perkataan yang keluar dari mulutnya buat orang merasa dihargai dan disayangi. And of course, tidak kurang juga dengan lawaknya. Haaii... I love him very much. And, lastly, Kaka too made her speech ;) She is really as amazing as Zizan :D :D Mesra and sooooo sporting!

Pastu kan, bila akak Needa perkenalkan aku dan my sis dari Brunei, Zizan terus ajak sembang. Dia kata, "Saya dari Terengganu". Hehehe even that simple statement pun dia boleh buat orang gelak. Actually dah dua kali dia perkenalkan dirinya pada kami dengan that statement. The first was when dia took pictures with his fans for the reporters. Masa tu, kak Needa juga yang introduced us to him.

Ok, balik semula part sembang tadi. I was so starstruck that I couldn't say anything much to Zizan. Dia duduk depan aku tu pun dah buat aku rasa tenang sangat-sangat. Hadui...Rasa macam Zizan tu kawan lama yang dah lama tak jumpa. He made me feel so comfy that I didn't feel awkward to be around him.

Soalan yang paling mahal Zizan tanya was, "Kenapa awak pakai tudung dia tak pakai tudung?" Me and my sister went, "Huh?" Pastu dia cakap, "Haha tak..tak..saya imagine kalau awak tak pakai tudung, tentu muka awak sama macam dia. Kalau dia pakai tudung, tentu muka dia sama macam awak" pastu kami ketawa lah. Dia kata kami macam kembar. Hahaha...pastu dia panggil Kaka, "Kaka! Tengok ni, kembar dari Brunei" Kaka terkejut dan tengok kami, "Eh? Kembar ke?" Aku dan adikku tertawa lantas aku cakap, "Eh, bukanlah! Saya kakak, ni adik" haha orang lain pun ketawa juga..Everyone was sooo happy that night.

Hadui, kalau nak cerita in detail, panjang lah post ni agaknya. Apapun, malam itu adalah malam terindah bagiku dan the ZTF sisters. Impian yang menjadi kenyataan. Aida sampai tanya, "Kak, tak nangis pun?" Hahaha aku cakap, "Dah tak tau nak rasa apa dah" hehehe betul, I really wanted to cry tapi somehow that feeling tiba-tiba hilang. Aku rasa tenang bila berdepan dengan Zizan. Oh gosh, tanyalah mana-mana orang yang pernah jumpa Zizan. He is such a sweet and amazing guy! 

-to be continued-

Wednesday, December 12, 2012

The Zizan's Twitter Family

Who are they? Who are these people? I don't know where to start but everything happened within a short period of time. It all started with a conversation between me and Kak Needa (@needa_h) at our Twitter accounts and blogs. Back in September this year (Or was it August? )We both love Zizan Razak, that one guy who has been inspiring many people who know and understand what he has gone through his life... That one guy who has one of the sweetest smiles on earth. And that name has a big impact on me too. So big that I can't put it in words.

Anyhow, this video tells how the Zizan's Twitter Family started --> http://www.youtube.com/watch?v=NkQfIzF1FPA&feature=g-user-u

Days after days, the friendship bond is getting stronger and more people are joining us. People thought at first it was a fanclub or something, which in fact, it's just a Twitter sort-of-thing. Each and every day, the sisters share laugh and tears together that the sisters' love begins to spread (See how amazing Twitter is?) We even had a campaign during the 2012 Shout! Awards, voting Zizan in all categories he was in. Results? He won 2 out of 4 categories! ^_^ 

Until one day, Zizan himself mentioned #ZizansTwitterFamily in his tweet! He knows us now, though not all of us, but it is enough for him to realise that he has a big family of fans who support him through thick and thin. I admit it, this family is sooooo amazing and awesome that they never failed to make me smile :) We come from different parts of the world (technically Malaysia and Singapore. Mel's in Australia. Well, so far, I'm the only Bruneian here. Oh, there's one, which I forgot her twitter name by this time :/ )

For the Zizan's Twitter Family sisters (and that one awesome brother):

For the love we share,
For the laughters we've had,
For the tears we shed,
And for the one and only, Zizan Razak,
We are a family <3
Photo album made by Kak Eym, with Zizan's autograph on it!
And that's Kak Needa (alias Kak Long)'s blog --> Zizan's Twitter Family

May this friendship stays forever :)

Friday, December 07, 2012

Life is an adventure



Lampu utama bilik tidur sudah kututup. Berlatarbelakangkan muzik instrumental "I See The Light" dari wayang animasi kegemaranku, Tangled, ditemani oleh gelas pink berisi teh hijau suam, dan lampu cucul LED, aku duduk diam dan berfikir sejenak. Teringat skrip dari wayang Hugo yang baru selesai ku tontoni bersama adik-adikku tadi.

Isabelle: "But we could get into trouble!"
Hugo: "That's how you know it's an adventure."

Hidup ini merupakan satu pengembaraan. Ia sebuah perjalanan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Namun, di sebalik setiap cabaran dan rintangan itu tersembunyi keindahan dan nikmat kejayaan. Kejayaan menghadapi rintangan. Kejayaan menyelesaikan setiap masalah. Kejayaan di dalam mencapai impian...

Hah, kan dah serious bunyinya. Hehehe~ Apapun, all I want to say is that, let's appreciate every moment we have in our lives, be it a good one or a bad one. Sebab setiap perkara yang terjadi di dalam hidup kita, sama ada perkara kecil atau besar, ia membawa makna yang tersembunyi. Mungkin kita tidak sedar, apa yang sedang berlaku sekarang akan membawa impak yang besar di masa hadapan. Bayangkan, 5 tahun, 10 tahun akan datang, kita akan melihat kembali ke waktu ini dan berkata, "Ah, alangkah bagusnya kalau aku buat begitu...begini" atau "Ah, aku telah membuat keputusan yang betul!" :)

Alice: Oh no no no... thank you, but- but I just wanted to ask you which way I ought to go. 
Cheshire Cat: Well, that depends on where you want to get to. 
Alice: Oh, it really doesn't matter, as long as I g... 
Cheshire Cat: Then it really doesn't matter which way you go! 

The script above is taken from the Disney's original Alice in Wonderland and to me, it brings about a lot of hidden meanings. Kalau dibaca berulang kali, kita akan faham bahawa apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan di masa hadapan. Most importantly, we must really know our purpose in life. We must know how to really live. Of course, Allah dah tentukan bagaimana perjalanan hidup kita tapi, jika kita hanya ingin menangisi dan meratapi kehidupan sekarang dan hanya bermuram durja, bukankah kita sedang mensia-siakan hidup yang Allah bagi?

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." Surah Ar-Ra'ad, ayat 11.

:) So, just a reminder to myself and to all of us…

If you want to love, love now.
If you want to play, play now.
If you want to smile, smile now.
If you want to laugh, laugh now.
If you want to live, live now.
For we do not know what will happen tomorrow. 
Take risks, appreciate moments, have faith.

“Adventure is out there!” - Up

Tuesday, December 04, 2012

Lembaran Baru

"He got married, yesterday?" Ku lihat jam baru menunjukkan pukul 5:12 pagi. Aku terima SMS itu awal-awal pagi lagi pagi dari ibu saudaraku. Tiba-tiba aku rasa gembira semacam. Gembira yang tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Hatiku terus memanjatkan syukur yang tidak henti-hentinya. Alhamdulillah... akhirnya, bertemu juga dia dengan jodohnya. Alhamdulillah :) Ku doakan semoga dia kekal berbahagia hingga ke akhir hayat bersama isterinya...Amin amin amin...

Apapun, semua yang berlalu, dah berlalu. Aku sudah membuka lembaran baru. Sejujurnya, aku sendiri tidak dapat recall kenangan-kenangan yang pernah aku lalui bersamanya dahulu. Ada, tapi tidak banyak. Entah, mungkin sebab aku betul-betul mahu melupakan segala-galanya yang pernah berlaku. Aku percaya, Tuhan punya rencana yang lebih baik ^_^

Anyhow, lately, Mummy selalu mention pasal kawin. Tak tau lah kenapa. Mungkin sebab ramai orang yang dah kawin waktu ni agaknya. Sampaikan ada satu malam tu, aku termimpi ada rombongan masuk meminang! Yang menghantar rombongan tu bukannya calang-calang orangnya. Favourite Personality TV tu.... Adoi... Entahlah... Aku percaya jodoh akan datang tepat pada waktunya. For He has the greatest plans. All I can do now is pray. Dan setiap hari, muhasabah diri, memperbaiki apa yang kurang, menjaga hati, menjaga diri. Lagi pun, where can I find that one man who is willing to accept me just the way I am? Who is willing to take care of me and at the same time, jadi imamku sehingga akhir hayat? Ah well, I don't want to find him. I leave it to God to send him to me. In the mean time, I'm working hard to make my parents happy. Their smiles are my true happiness.

Good things come to those who wait, great things come to those who pray :) I took this from Zizan's fb account suatu ketika dulu.


Oh, talking about Zizan, Insya Allah, dalam masa 22 hari lagi, aku akan bertemu dengan the all-loving-and-awesome sisters dari Zizan's Twitter Family! ^_^ Booyah!!!!! <<<---that shows how excited I am! Hehe~ Till then, tootles.


Wednesday, November 21, 2012

~Untitled~


Pagi tadi aku tersedar pada jam 4 pagi. Entah kenapa aku rasa lain macam. Sunyi. Sepi. Sesekali terdengar bunyi motor di jalan besar yang letaknya kira-kira 200 meter dari rumahku. Mungkin orang yang kerja shift pagi. Baru pulang atau pun baru mula kerja. Suasana di luar masih gelap. Kaku. Aku hanya berbaring melihat ke arah jendela. Memandang langit yang kelam.

Tiba-tiba hatiku merasa sedih. Ingin mengalir airmataku. Aku tiba-tiba terbayang suasana di Gaza Palestin sekarang yang dihujani oleh roket-roket tentera Yahudi. Berkali-kali ku terbaca berita tentang krisis Gaza-Israel, aku menangis. Mengalir airmataku melihat berita-berita yang sungguh hiba ini. Betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di sana sini tersebar gambar-gambar para Syahid yang sungguh memilukan sehingga aku tidak sanggup lagi melayari laman sosial yang banyak menyebarkan berita ini. Kanak-kanak, dewasa, dan orang tua. Semuanya menjadi mangsa kejam tentera Yahudi. Sungguh, di manakah letaknya perikemanusiaan mereka? Apakah mereka itu manusia?

Setiap waktu, hatiku berdoa. Berdoa dan berdoa memohon bantuan Tuhan untuk menolong warga Palestin yang sengsara. Sungguh, aku menangis hiba dengan keadaan nasib yang menimpa mereka. Hanya Dia yang tahu apa yang kurasakan. Dan aku pasti, ramai yang merasakannya juga. Pada waktu yang sama, aku menjadi takut. Apakah ini tandanya hari Kebangkitan bakal tiba tidak lama lagi? Melalui tanda-tanda yang sudah jelas kelihatan, memang hampir kesemuanya sudah ada. Hatiku jadi kecut. Aku menangis lagi bila memikirkan hal ini. Di manakah aku diletakkan nanti di 'sana'? Sungguh... Aku takut........ Sungguh tidak ku termampu menyampaikan melalui kata-kata perasaan takutku ini...... Ya Allah, Kau matikanlah aku di dalam keadaan yang beriman pada Mu........Ya Allah.....Ya Allah....Ya Allah..................

Wednesday, November 14, 2012

When We Just Can't Let Go of Each Other

Harini aku ada janji temu dengan kawan-kawan tersayang!! Sut, Nad and Zira! Rinduku pada mereka memang tahap yang tidak terbendung lagi. The last time we met was at Sut's house. Last September. So, it was a 5 minute instant plan last night and we decided to meet up at CA Mohammad, Gadong. Today. At 5 pm. Aahhhh....! Rindunyeeeee~~~! And there, at the restaurant, we chit-chatted like we couldn't stop. I just can't explain how I love them so much but yeah, I love them so much. Lepas tu kan, we all went temankan Nad shopping for her mum. It was around 7pm when we decided to go home. It was all smooches-and-hugs-and-multiple-goodbyes when each of us had this feeling of not wanting to go home at that moment. So, we decided to go watch a movie instead. A random one. And it was Istanbul Aku Datang.

Seriously, this movie was the only Malay movie yang buat aku emosi dan touched sangat-sangat. Like, seriously touched me deep-deep down there at the bottom of my heart. Eseh. Hehe~ Lisa! Beto! Gosh, just the perfect combination :D The storyline was just awesome! And till now, at this moment, aku masih ada this unexplainable happy and blessed feeling. I think because ada some parts of the movie actually happened to me before. Seriously sama that I really could understand the whole situation. And yeah, it's an A++ (x 1,000,000) movie; for a Malay movie of course. No, I'm not exaggerating. It's true. Go see yourselves! :D 

And yeah, that was really a wonderful night spent with my lovely friends! That moment of when-we-just-can't-let-go-of-each-other was just hilarious! Orang sekeliling tengok kami dan mungkin mereka pun hairan. Tak jadi pulang ke rumah lah pula budak-budak ni. Bukan main hugs-and-kisses-and-goodbyes diorang! Hehehe~ Alhamdulillah for giving me and my friends this moment! xoxo D. "published" --> trademark Lisa as Dian in the movie. Cute!

Monday, November 12, 2012

Matamu, senyummu.


Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana kuatnya dirimu,
di dalam mengharungi hidup yang penuh liku.

Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana ikhlasnya hatimu,
untuk menghiburkan hati para peminatmu.

Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana sayangnya dirimu,
pada keluarga dan teman-temanmu.

Dan

Melalui senyummu,
ku dapat melihat,
bagaimana jerihnya usahamu,
demi mendaki ke puncak impianmu.

Melalui senyummu,
ku dapat melihat,
bagaimana gigihnya semangatmu,
demi meneruskan perjuanganmu.

Melalui senyummu,
Ku dapat melihat,
bagaimana kau berusaha menyembunyikan,
apa yang tersirat di hatimu.

Kau sumber inspirasiku.

Tanya hati, tanya minda.

"Vaccinate yourself against excusitis, the disease of failures" (Schwartz, 1959). 

Apa itu excusitis? Dr. David J. Schwartz, di dalam bukunya, The Magic of Thinking Big, ada menerangkan bahawa excusitis ialah sejenis 'penyakit' minda yang menghalang kita daripada berjaya. Singkatnya, excusitis ialah sikap yang suka memberi alasan. Excusitis boleh muncul di dalam pelbagai jenis tapi di antara yang paling teruk ialah: health excusitis, intelligence excusitis, age excusitis dan luck excusitis.

 Health excusitis: Menjadikan kesihatan sebagai alasan. Contoh: "Saya ada penyakit X. Tak mungkin saya mampu membuatnya"

Intelligence excusitis: Kadar kepintaran sebagai alasan. Contoh: "Saya bukannya ada ijazah pun. Tak mungkin saya boleh berjaya dalam hidup"

Age excusitis: Umur sebagai alasan. Contoh: "Saya sudah tua. Tak mungkin saya boleh buat begini"

Luck excusitis: Menyalahkan nasib. Contoh: "Saya memang sentiasa tidak bernasib baik. Saya takkan mampu buat itu semua"

Sumber: Schwartz, D.J., (2007). The Magic of Thinking Big. 3rd ed. New York, USA: Prentice-Hall Inc.

******

Semua ini merupakan di antara perkara yang sering kita keluh-kesahkan. Kita suka menyalahkan itu, menyalahkan ini sedangkan kita jarang atau mungkin tidak pernah bertanya atau mencuba apa yang kita fikir kita tak mampu buat. Memang, tidak ada manusia yang sempurna, kecuali Rasulullah SAW. Setiap seorang di antara kita memang ada cacat celanya. Hanya yang membezakan di antara orang yang berjaya dan tidak berjaya ialah corak pemikiran dan daya ketahanan mereka di dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Ada yang mengalah sebelum mencuba. Ada yang tumbang sebelum berusaha. Ada yang berpaling sebelum sempat mencari jalan keluar.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (Surah Al-'Ankabut, ayat 2-3).

Setiap ujian yang datang dalam hidup ini bukannya musibah yang perlu diratap tangis malah ia merupakan satu pengajaran dan peringatan agar kita sentiasa kuat dan tabah serta ingat akan adanya Allah tempat kita mengadu. Walau sebesar mana pun ujian yang melanda, Allah memberinya kerana Dia ingin mengajar kita untuk terus berusaha dan bertahan demi mencapai keredhaan-Nya. Sedang Nabi Muhammad SAW lagi ditimpa dengan pelbagai musibah besar sejak baginda diputerakan hinggalah baginda wafat namun baginda tetap kuat dengan pertolongan-Nya.

Setiap ujian yang hadir juga bukannya untuk menghancurkan harapan kita di dalam hidup malah sebagai pelajaran bagi kita untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk. Setiap ujian yang Allah datangkan merupakan peringatan bagi kita agar tetap kembali pada-Nya. Berusaha, bekerja dan berdoa pada-Nya. Janganlah kita mengeluh kerana mengeluh itu boleh membawa pada kemurkaan-Nya. Mengeluh boleh membawa kepada sikap tidak bersyukur dan tidak menerima pemberian Allah sedangkan setiap pemberian Allah itu merupakan seindah-indahnya nikmat yang kita dapat di dalam hidup, kan? 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Surah Al-Baqarah, ayat 286).

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

So, there is no reason why we can't succeed in life. Bak kata Zizan Razak, "Sebelum kita kecundang, kita usaha dulu". Kata-kata Zizan inilah yang sentiasa tersemat di dalam hatiku hingga kini. Hehehe~
Bersyukurlah kita masih boleh bernafas kerana di saat ini, 
ada yang sedang nazak berdepan malaikatulmaut. 

Bersyukurlah kita masih mampu tersenyum kerana di saat ini,
ada yang sedang mengalirkan airmata.

Bersyukurlah kita masih mampu merasa kenyang kerana di saat ini,
ada yang sedang terseksa kebuluran.

Bersyukurlah kita masih mempunyai pancaindera untuk menikmati keajaiban dunia kerana di saat ini,
ada yang tidak mampu menggerakkan tubuhnya hatta sedikit pun.

Bersyukurlah kita masih mempunyai kesihatan kerana di saat ini,
ada yang hidup bergelumang ubat dan mesin penyambung nyawa.
 
Jadi, apa alasan kita untuk tidak berjaya?
Tanya hati, tanya minda :)

Saturday, November 10, 2012

My Snack Break and Zizan

I was reading and revising my Research Methodology module when I remembered Anugerah Skrin 2012 was at 9 pm tonight. Zizan! I looked at the clock, it was already 9:04 pm. Deciding not to watch (because I know it's gonna be something not worth watching, especially at this time), so I continued revising. Even though hati menjerit-jerit nak tengok Zizan, tapi I fought over it. Exam dulu...Exam dulu...Tapi aku sempat tengok Sleeq live sekejap tadi :p Kak Needa told me about Zizan's appearance at ASK too, tapi I really-really need to get my hands on the books. So I requested her to take a picture of Zizan when he appeared.

It was during my snack break when I checked my Twitter TL. Wow. Zizan was mentioned everywhere. So, I ended up reading tweets that appeared with 'Zizan' dan rata-rata menyatakan mereka suka dengan kehadiran Zizan sebagai Robin Hood. Ark! Aku tiba-tiba rasa menyesal pula tak tengok Zizan tadi. Tapi reading all those tweets made me feel happy and teary. Everyone loves Zizan! And all my Zizans-Twitter-Family sisters were hyped about him too~! They said he only appeared for 2 minutes but he managed to rock the stage. Audience pun tak henti-henti ketawa. Gosh, how I really am proud of him. Semalam Kak Marina cakap, Zizan tak sihat. But, despite of that, he managed to capture the audience's hearts tonight and even made himself into the Twitter's Trending Topics for Malaysia. Now, how cool is that?! 

Apapun, we love you Zizan. Very much. (Seriously, I would try to control myself from breaking down crying if I happen to meet him one day. Crying of joy~ Hehe~). As I always said, "makin hari, makin sayang~" Each and every day, I feel closer to him. And, as Kak Needa said "cos' he is our bro". Yes, he is and always will! :D Semoga Zizan akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan...Amin~

Monday, November 05, 2012

Ada Yang...

Ada yang cantik,
Tapi hati busuk

Ada yang hodoh,
Tapi hati mulia

Ada yang kaya,
Tapi miskin akhlak

Ada yang miskin,
Tapi hidup bahagia

Ada yang berilmu,
Tapi sangat kedekut

Jadi, jangan percaya apa yang dilihat di mata
Kerana hati penentu segala

Sunday, October 28, 2012

Doa dan usaha


Aku ternampak ayat ini di Twitter timeline ku. Aku sungguh tertarik dengan susunan ayat itu dan sekali gus aku bagaikan terasa hatiku terpujuk. The original tweet is as shown below. He is Syamsul Yusof's cousin:


Sweet kan? As a Hawa, I interpret is as a Hawa :) "Sentuhlah hatinya dengan doa. Yakinlah, mencintai dalam diam itu juga doa" Wah~ :) Betul, hati ini terasa bagaikan dipujuk dengan susunan ayat yang ringkas namun indah ini. I pray for dia setiap hari. (ehem, siapa? Adalah...Cinta dalam diam kan? So, diam je lah. Hehe) Semoga doaku untuk dia sampai ke hatinya... :) Betul, macam kata Zizan dalam program Selami Jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah kelmarin, aku pun percaya dengan kekuatan doa. Never underestimate the power of doa.

Di sepanjang perjalanan hidup ini, doa lah yang memberi kekuatan pada diriku untuk terus menghadapi dugaan demi dugaan yang datang. Alhamdulillah, berkat doa yang bersungguh-sungguh dan disertai dengan kepercayaan terhadap-Nya, apa jua yang dihadapi dapat ku tempuhi dengan tenang dan sabar. Walaupun adakalanya aku hampir berputus asa, namun ku gagahi jua. Sebab aku percaya, setiap rintangan yang datang adalah pelajaran yang diberi olehNya. Pelajaran yang membina diri. Really, we never lose anything in life. We gain. We always gain something. Sekali pun kita diberi musibah yang amat hebat dari-Nya, we really never lose anything. Sebab dari musibah itulah Dia beri kita pengajaran untuk lebih memperbaiki diri. Kan? :)

Lagi satu, I believe in the Law of Attraction. It's not that aku anggap that law as a religion tapi I do believe in the power of believing and attracting. In my opinion, this is where the doa comes in. I don't really know how to explain it in words, tapi bila doa disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, mustahil apa yang dihajatkan itu tidak tercapai, dengan izin-Nya jua. Namun, sekiranya tidak tercapai, just believe, God has a better plan for us. He gives us what we needs, not what we wants, for He knows what's the best for us :) So, pray. And pray. And pray. He is always there for us. Waiting for us to pray to Him.

Found this image in http://insannankerdil.blogspot.com/2010/12/penat-menanti-kemustajaban-doa.html



Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha :)

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam yang menyambutnya :) Tadi kedengaran suara Takbir bergema di TV setelah usainya azan fardhu Maghrib. Hati ini terasa sayu mendengar kemerduan suara yang melantunkan takbir yang sungguh indah itu. Terdiam seketika menghayati kalimat-kalimat indah yang dialunkan sebegitu merdu. Berterima kasihku kepada Mu kerana masih lagi bernafas diri ini untuk menghayati alunan takbir Raya. :')

Tadi tengahari, aku dan Mummy sedang menonton siaran langsung penukaran kain kiswah Ka'abah di TV Al-Hijrah. Entah aku pun tak ingat macamana aku tertukar ke channel itu. Di sana, jam baru saja menunjukkan pukul 7++ pagi. Alangkah indahnya suasana di sana. aku sungguh terpegun melihat umat Islam yang sedang tawaf mengelilingi Ka'abah. Tidak terkata-kata untuk menerangkan perasaan di hati ini. Namun, cita-citaku ingin ke sana suatu hari nanti.

"Siuk usulnya ah di sana. Kan Islam ku ni. Kan merasa ku nanti ke sana. Mudahan badan sihat," tiba-tiba Mummy berkata. Aku yang sedang sibuk bermain iPadku tersentak. Hati terasa berbunga-bunga. Terhenti jariku bermain seketika.
"Bah, bila?" aku bertanya. Gembira. Terasa bagaikan diri ini sudah berada di sana. Dekat dengan-Nya.
"Nanti, Islam ku ni nanti," jawab Mummyku. Aku hanya terdiam. Gembira.Waaaahhhh~ :') Niat itu sudah ada. Kuat. Terasa dari cara Mummy bercakap :') Kuat hatiku ingin membawa dia ke sana suatu hari nanti. Semoga akan dipermudahkan jua. Amin~



Saturday, October 20, 2012

Zizan...for the nth time.


I had this conversation with Kak Needa yesterday. Her tweets touched my heart. Really. Dan ia membakar semangat di dalam diri agar tidak akan mudah mengalah dek pandangan negatif dari sekeliling. 'Him' in the tweet is Zizan, our hero. Memang tidak salah lagi pandanganku terhadap Zizan dari dulu. Dia sumber inspirasiku sejak dulu. I really wish I could write a biography of Zizan. He is such an amazing man!

Apapun, I am saying this over and over again. I learn a lot from him. His determination, his perseverance, his efforts... Semua tentang Zizan aku dapat pelajari. Yeah, I don't know him personally tapi somehow I can read him. Thanks to all the media. ^_^ And mungkin sebab perjalanan hidupku dengan Zizan is somewhat similar? Hehe~ And yes, 2012 is Zizan's year. Same with me. Banyak benda yang berlaku dalam hidupku tahun ini. There have been many changes taking place inside out of me and I am really living my life. To the fullest.

I can't express much today but it is enough for me to say (again and again and again), Zizan is my inspiration. 




Sunday, October 14, 2012

Let it go

Let it go. That's all I need to keep reminding myself of. That's all. Nothing else. Semakin difikirkan, semakin ia menghantui diri dan minda. Bukannya menerangi, malah mengaburi mata hati. Bukannya ingin mengelak tapi ingin belajar dari kesilapan orang. Memang begini kan hakikatnya? Lain manusia, lain ragamnya. It's how we handle the problems that matters the most. It is the state of mind that matters the most. Perceptions. Thoughts. Mind. Heart. Buruk hati, buruklah segalanya.

Wahai hati, biarkanlah apa yang orang lain ingin cakap. Biar mereka katakan apa saja yang mereka ingin katakan. Biarkan. Hanya engkau yang tahu apa yang kau mahu. Hanya engkau tahu siapa dirimu. Mereka berkata sedemikian kerana mereka ingin menjatuhkanmu. Ingin mengheretmu turun ke level mereka. Mereka mencemuhmu kerana mereka iri melihat kehidupanmu yang sebenarnya mereka berharap sangat ingin menikmatinya. Mereka memperlimu kerana mereka cemburu. And that makes you the star! You know God is always there with you. Inside you. Biarlah manusia-manusia ini bercakap sepuas-puasnya. Suatu hari nanti, mereka akan letih jua. Hati, kuatkanlah dirimu...

Phew.... *tarik nafas dalam-dalam, hembuskan perlahan...

That feels nice... Letting go of everything... Just nice... -n-