Tuesday, January 24, 2012

K.I.T.A

Ini adalah wajah ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam sesi 2007/08 yang terdiri daripada budak-budak nakal lagi hyperactive yang telah dilantik menjadi pemimpin melalui undian dari para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam...Wait, let me take it back.. I should've said "budak-budak yang cantik dan tampan" :p hehe..Anyhow..These are my lovely MPP colleagues back in the year 2007. Who've ever predicted that our friendship would stay until now? Nobody. But yes, we remain friends until now! 

Bersama kami telah merenangi ombak badai dan lautan berapi (eseh) demi memajukan PMUBD dan kelab-kelab di bawah PMUBD. Sememangnya, aku telah banyak belajar perkara baru melalui pengalaman yang ku dapat di waktu itu. Aku akui, aku bukanlah seorang pemimpin yang baik. Banyak kesilapan di dalam keputusan yang pernah ku ambil sehingga pernah menjejaskan kelab-kelab di bawah tanggungjawabku. Malah, ada masanya terjadi percanggahan pendapat di antara kami sebagai ahli MPP.

Namun, hatiku tetap kuat untuk belajar. Setiap kesilapan aku jadikan sebagai pengajaran buat diriku. Dan itu telah membuatku menjadi lebih cermat dan lebih berfikiran jauh demi menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Bukan senang rupanya menjadi seorang pemimpin. Ada pasang surutnya. Tetapi, pengalaman itu lah yang telah membuat diriku menjadi lebih dewasa, matang dan lebih berani di dalam mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengalaman yang indah bersama mereka tidak akan pernah aku lupakan. Setiap pahit manis yang pernah kami harungi bersama adalah memori yang akan tetap berada di minda dan di hati ini. Persahabatan yang terjalin akan tetap terikat hingga nafasku yang terakhir. Dan akan sentiasa aku hargai segala yang pernah terjadi di antara kami semua. I miss you all guys...

No comments:

Post a Comment