Wednesday, February 29, 2012

Cermin

Aku senyum, dia tersenyum.
Aku tertawa, dia tertawa.
Aku main mata, dia main mata.
Aku sedih, dia sedih.
Aku menangis, dia menangis.
Aku diam, dia diam...

Lalu ku tanya dia,

"Awak, kenapa awak senyum?"
"Awak, kenapa awak tertawa?"
"Awak, kenapa awak main mata?"
"Awak, kenapa awak sedih?"
"Awak, kenapa awak nangis?"
"Awak, kenapa awak diam?"

Dia jawab,

"Sebab awak ialah saya dan saya ialah awak"
"Awak senyum, saya pun senyum"
"Awak tertawa, saya pun tertawa"
"Awak main mata, saya pun main mata"
"Awak sedih, saya pun sedih"
"Awak nangis, saya pun nangis"
"Awak diam, saya pun diam"
 "Cuma satu saja yang saya tak faham. Ramai orang lupakan saya tiap kali mereka lihat orang lain. Kenapa mereka tak tengok saya dulu?"

Aku diam lagi. Biarkan dia meneruskan kata-katanya.

"Sebab, kalau mereka tengok saya dulu, tentu mereka sedar diri mereka itu siapa"

Aku senyum. Dia senyum juga.

http://itswhatkeepsmealive.tumblr.com/post/16650949504
Moral : Cermin diri sendiri sebelum mengata orang :)

Saturday, February 25, 2012

Cita-cita

Suasana di dalam ruang tamu waktu itu begitu sesak. Ramai tetamu yang datang berkunjung ke Upacara Makan 14 Hari arwah nenek sebelah Mummy. Hm... Ibu saudara Mummy.. Kira neneklah tu. Waktu itu, aku duduk bersama empat orang sepupuku yang masih kanak-kanak. Lela, Nana, Diding dan Dani. Dani duduk teranah bermain dengan handphone. Game, biasalah tu. Aku bercerita dengan Lela mengenai sekolah barunya. Nampak dia memang suka belajar di sekolah barunya itu. Tahun ini, dia baru sahaja memasuki Tahun 7 di Sekolah Menengah Tanjong Maya. Dari segi percakapannya, gadis yang berumur 12 tahun itu sudah mula menampakkan tanda-tanda kematangannya. Aku memang sentiasa kagum dengan perkembangan sepupu-sepupuku ini yang dahulunya kanak-kanak, hanya tahu bermain, sekarang sudah mula memasuki alam remaja. 

Lela petah bercerita mengenai aktiviti-aktiviti mereka di sekolah. Aku mendengar dengan penuh minat. Manakala Nana dan Diding, yang merupakan adik kepada Lela, hanya mendengar kami bercerita. Mengantuk agaknya mereka. Jam waktu itu baru menunjukkan pukul 8:30 malam. Aku yang menyedari hal itu mula mem-provoke mereka dengan satu soalan yang membuatkan mereka berfikir sejenak.
"Lela, sudah basar kau mau jadi apa?" aku mula bertanya soalan itu kepada Lela.
"Aku mau jadi cigu," jawab Lela dengan yakin. Aku hanya tersenyum mengangguk. Tanda suka. Bagus, bagus, bisik hatiku.
"Diding macamana?" lalu ku alihkan pertanyaan itu kepada adik perempuannya yang bongsu. 
"Ahh..kaka jadi apa?" Diding bertanya pula pada Lela. Aku menjelaskan padanya bahawa Lela ingin menjadi seorang cikgu.
"Aku pun mau jadi cigu," balasnya sambil tersenyum. Aku tersenyum lagi sambil memandang wajah bulat anak gadis yang baru sahaja berumur 7 tahun itu. Comel wajahnya. Dengan lesung pipit di kiri kanan pipinya, siapa sahaja yang melihatnya tentu merasa geram. Aku mengangguk tanda setuju.
"Bagus, Lela sama Diding mau jadi cigu. Nana?" aku memberi semangat kepada mereka lalu bertanya pula kepada Nana. Nana merupakan adik kepada Lela, dan kakak kepada Diding.
"Hm...apa namanya tu Ka?" tanya Nana pula pada kakaknya. Belum pun sempat Lela menjawab, Diding terus menyampuk, "Pramugari!"
Aku terkejut sebentar. Betul ke?
"Ah, stewardess," sahut Lela lagi. Nana menganggukkan kepala, mengiyakan.
Aku bertanya lagi pada Nana, "Mengapa stewardess?" 
"Pasal stewardess lawa," jawab Nana sambil tersenyum girang.
Wah, kembang hatiku mendengar. Bagus. Sepupu-sepupuku yang kecil begini sudah ada cita-cita yang tinggi. Aku memang tidak menyangka Nana akan menjawab sebegitu. Ya, memang dia cantik. Secantik Lela dan Diding. Mereka semua mempunyai lesung pipit yang comel, mata yang bundar dan senyuman yang manis. Mirip ibu mereka yang berketurunan Cina. Hanya bentuk wajah, hidung dan fesyen rambut sahaja yang membezakan wajah ketiga-tiga anak gadis ini.

Namun, jawapan Nana mengenai cita-citanya itu membuatku terfikir. Aku masih ingat sewaktu ibunya dahulu menelefonku, menagih janji dariku untuk menamakan anaknya yang baru sahaja dilahirkannya pada hari itu. Sewaktu aku memberi nama pada anak itu, aku berdoa di dalam hati agar anak ini membesar menjadi seorang gadis yang cantik, berbudi bahasa dan rajin serta menyayangi keluarganya. Sepuluh tahun sudah berlalu dan sekarang, doaku itu ternyata telah dimakbulkan. Nana memang seorang gadis yang cantik. Dia pandai menjaga dirinya serta dia seorang yang hormat pada orang tua. Begitu juga dengan Lela dan Diding. Aku kagum dengan didikan ayah dan ibu mereka sehingga mereka mempunyai karakter hebat seperti itu. Insya Allah, aku juga akan punya anak sehebat itu.

Aku lalu memberitahu pada mereka agar rajin belajar supaya cita-cita masing-masing boleh tercapai. Pada Nana, aku pesan agar mesti pandai berenang sebab pramugari mesti pandai berenang. Aku usik dia, "Nanti Kaka sama Lela sama Diding jalan ke Singapore, Nana hidangkan kami minuman ok?" Pecah ketawa kami. Ah, bahagia rasanya mendengar suara mereka ketawa. Sesekali terbayang di mindaku zaman mereka masih lagi bergelar anak damit. Aku sudah puas menggendong dan bermain dengan mereka. Zaman itu sudah berlalu. Masing-masing sudah membesar. Hatiku hanya berdoa agar mereka dan sepupu-sepupuku yang lain akan berjaya di dalam hidup mereka. Amin...

Friday, February 24, 2012

To Be Beautiful


In order to be beautiful, your thoughts should be beautiful.
You should smile if you want others to smile at you.
Do not bear grudges and you will be healthy.
Extinguish the flames of hatred from your heart by forgiving everyone who has ever hurt you.
Be like a tall tree with high aims, if a stone is thrown at it, it simply lets its fruits drop.
Be optimistic even if you are in the eye of the storm.
Your gold is your religion, your adornment is your moral attitude and your wealth is your good manners.
Prayer is guaranteed to bring tranquility and chase away worries.
Turn to Allah, The Most Kind.
Tests are for those who Allah loves the most, so with hardship have patience, and always believe that Allah is near you.
Google Image

Thursday, February 23, 2012

Negaraku Brunei Darussalam

Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Kebangsaan ialah Negaraku Brunei Darussalam. Satu tema yang cukup bermakna dan sekali gus membawa impak yang besar sebaik sahaja aku membacanya. Ia menunjukkan semangat patriotik dan kenegaraan yang dibawa oleh orang kitani, orang Brunei. Sebagai salah seorang rakyat Kebawah Duli, aku memang sangat berbangga kerana beridentitikan orang Brunei. Dilahirkan dan bernafas di dalam kehidupan masyarakat yang bercalakkan kebruneian, tiada tempat lain di seluruh dunia yang boleh menandingi keindahan, keunikkan dan keamanan negaraku ini. Semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa berada di bawah lindungan Allah jua. Amin...



Sedikit fakta tentang Bruneiku yang tercinta...

Negara Brunei Darussalam. Itulah nama negaraku yang tercinta. Sebuah negara yang berkeluasan 5,765 kilometer persegi dan terletak di bahagian utara pulau Borneo, pulau yang ketiga terbesar di dunia. Ia mempunyai empat buah daerah; Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Di dalamnya terdapat tujuh puak yang dikategorikan sebagai rakyat Brunei iaitu Melayu Brunei, Dusun, Kedayan, Tutong, Belait, Bisaya dan Murut. Minyak dan gas adalah hasil utama negara ini yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.

Negara Brunei Darussalam ditadbir secara turun-temurun oleh kerajaan kesultanan yang bermula dari Sultan Muhammad Shah pada tahun 1363 hinggalah ke hari ini, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Brunei yang ke 29.

Tepat pada dinihari 1 Januari 1984 satu peristiwa penuh bersejarah telah mengambil tempat apabila kalimah 'Allahu Akbar' dilaungkan sebanyak tiga kali di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien menandakan Hari Kemerdekaan Brunei dari kerajaan British. Laungan itu dikepalai oleh Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Sambutan hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam diadakan pada 23 Februari setiap tahun.

Melayu Islam Beraja adalah falsafah negara yang membawa maksud Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam sebagai ugama rasmi negara dan sistem beraja merupakan kerajaan yang memerintah negara. Setiap rakyat dan penduduk mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menghayati dan mengekalkan falsafah ini demi mempertahankan identiti negara.

‘Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’ Menurut Ahli Sunnah Waljamaah……”

Petikan Titah sempena Hari Pemasyhuran Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.


I LOVE YOU BRUNEI DARUSSALAM

Wednesday, February 22, 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Sumber : 
http://diarihati.com/blog/2011/10/25/cukuplah-aku-mencintai-dalam-diam/

Senyuman Itu

Senyuman itu
Buat aku terpana
Buat aku terkedu
Buat aku terdiam
Tanpa kata

Senyuman itu
Buat aku jatuh cinta
Buat wajahku merah merona
Buat hatiku berbunga-bunga
Oh manisnya!

Kerana senyuman itu
Aku bagai nak gila
Tak tidur lena
Hati terasa bahagia
Aku cinta...dia.

:)

Ni kawan aku, Rosie, yang bagi beberapa tahun sebelum ni. Waktu tu, kami masih sama-sama di UBD. Tahun 3. Or Tahun 4. Dah tak ingat dah. Hehe.. Ni sebenarnya keychain. Ada ring lagi di sekelilingnya. Tapi dah tercabut sebab aku gantung dia kat kunci kereta aku. Dan kunci tu sekarang bukan di tangan aku. So, ni lah jadinya. Sorry Rosie :( Anyhow, benda ni memang ada magic. aku pun tak tau nak cakap macamana. Waktu Rosie bagi kat aku, aku dah rasa semacam di dalam hati sebaik sahaja aku baca apa yang tertera. 'Follow The Magic In Your Heart'. Aku rasa tersentuh sangat. Terima kasih Rosie :') Dan sampai masa ni, kalau aku terbaca ayat yang ada tu, hatiku riang. Bersemangat dan girang :) Agaknya memang benda ni magic betul lah. Hee.. Love you Rosie.

Ibu, kenapa Tuhan tumbuhkan lalang?

Pada suatu petang yang damai, seorang ibu membawa anak lelakinya ke taman bunga di hadapan rumah mereka. Kelihatan pelbagai jenis bunga yang begitu indah dan berwarna-warni menghiasi ruang yang ada. Si ibu mula mencabut rumput lalang yang tumbuh di antara pokok-pokok bunga. Si anak turut melakukan apa yang si ibu buat.

"Ibu, cantik ya bunga-bunga ini. Nanti dah besar, Iqal nak ada taman bunga sendiri lah," si anak mula berceloteh. Dia berangan untuk mempunyai sebuah taman bunga yang indah, luas dan besar. Mindanya mula membayangkan pokok-pokok yang rimbun, bunga pelbagai warna, pondok tempat bermain dan rumah-rumah tempat burung bersarang. Haiqal masih ingat lagi cerita Alice in Wonderland yang baru sahaja dilihatnya semalam. 'Hm, aku nak taman macam tu lah nanti,' fikir Haiqal.

"Boleh sayang. Tapi Iqal mesti rajin jaga. Bunga pun nak hidup macam kita. Iqal mesti rajin siram, beri baja, cabut lalang dan banyak lagi," sahut si ibu. Hanya tersenyum mendengar celoteh anaknya yang baru berumur tujuh tahun itu.
"Iqal tak kisah ibu. Iqal nak taman yang macam kat dalam cite semalam tu," balas Haiqal lagi. Fikirannya terbayang pokok yang berwarna-warni. Si ibu faham akan fikiran anaknya itu. Biasalah, anak yang sedang membesar. Imaginasi memang kuat. Ibu hanya membiarkan Haiqal menjelajah ruang imaginasinya dan terus mencabut rumput lalang yang ada.

"Ibu, kenapa bunga banyak warna ye bu?" tiba-tiba Haiqal bertanya.
"Sebab Tuhan nak kita hidup di dalam dunia yang cantik Iqal. Iqal suka ke kalau semua bunga warna hitam?" sahut ibu.
"Ish, tak cantik lah bu. Kan cantik macam ni," kata Haiqal. Dia melihat di sekelilingnya lagi. Dia suka melihat suasana yang indah dan berwarna di hadapannya. Kelihatan beberapa ekor rama-rama terbang gembira. Turut menikmati indahnya ciptaan Tuhan.
"Ibu, kenapa Tuhan tumbuhkan lalang?" tanya Haiqal lagi. Tangan mungilnya sedang sibuk mencabut rumput lalang yang tumbuh di sekeliling sebatang pokok bunga kertas berwarna putih. Si ibu tersenyum lagi.
"Sebab Tuhan nak kita jadi orang yang rajin. Tuhan tak suka kalau kita malas. Hah, macam ni kan. Iqal kena rajin cabut lalang ni sebab kalau Iqal malas, tentu bunga tak tumbuh. Iqal nak tengok ke bunga ni mati?" jelas ibu. Haiqal hanya menggelengkan kepala. Mindanya kini tertumpu pada rumput lalang di hadapannya. Tangannya terus mencabut rumput lalang itu.

Google image

Tuesday, February 21, 2012

Baru Ku Tahu Dia

Tadi petang, aku sedang meluangkan masaku yang terlalu banyak dengan meneroka ilmu di Internet. Sambil tu, aku on tv. Astro Citra. Aku tak tengok sangat tv tu. Cuma dengar bunyi je. Waktu aku tengah sibuk main dengan touch pad laptop, tiba-tiba mataku tertangkap dengan satu tajuk telemovie : Selagi Masih Ada. Pada mulanya, aku tak peduli sangat. Masih juga aku teruskan dengan aktiviti belajarku. Tiba pada satu scene (aku pun tak ingat dah), aku terpana tengok wajah pelakon lelaki telemovie tu. Tengok info, nama dia Beto Kusyairy. Hm... Aku pernah dengar nama dia tapi tak lah aku update sangat. So, aku pun tengok lah sekejap telemovie tu. Sambil merehatkan fikiran yang sudah mula kusut. Dari 5 minit ke 10 minit ke 20 minit, akhirnya aku tengok juga telemovie tu sampai habis. 

Aku baru sedar, pelakon ni berbakat besar. Tambah-tambah lagi, dia good looking ;p Aku tiba-tiba teringat yang aku pernah tengok dia berlakon kat cerita Uri. Baru hari ni aku realise mata dia dan senyuman dia tersangatlah menawan. Waktu aku tengok telemovie Selagi Masih Ada tu kan, aku senyum sorang-sorang tau. Ye lah, dah jalan ceritanya sweet sangat-sangat! Aku tidak membuang masa. Sebaik sahaja aku selesai sediakan lunch tadi, aku terus buat 'research' tentang Beto Kusyairy. Banyak juga movie yang dia pernah lakonkan. Hinggalah aku tertarik dengan telemovie dia bersama Sharifah Amani; Kashaf Imani. Si Sut pun recommend aku tentang cerita nie. So, aku buat 'research' lagi. And terjumpa juga dengan movie ni online. Dan malam ni, aku luangkan masaku tengok telemovie ni. Wah... Makin menawan pulak dia ni aku tengok. Hohoho... And yes, that telemovie buat aku menangis sorang-sorang. Memang sebuah telemovie yang sangat-sangat bermakna.

Sambil aku tengok telemovie tu, aku terfikir pulak Zizan. Hm.. Beto, Zizan. Zizan, Beto. Apa yang common tentang mereka ni? Tiba-tiba aku teringat pulak dengan conversation aku dengan Helda suatu ketika dulu. Wah, ok. I am into bad boys! Not really bad, tapi yang ada bad boy look. Ye lah, yang ala-ala Mael Lambong. Hehe :p Ala-ala Irham (Awal Ashaari dalam Syurga Cinta). Ala-ala Kasha (Beto Kusyairy dalam Kasha Imani). Ala-ala Kasyah (Farid Kamil dalam Legenda Budak Setan). Ala-ala Haris (Aaron Aziz dalam Ombak Rindu) Hm.. Bad boys turn good? Sweet bad boys? Ah, macam tu lah. Hehe ;p Okay, I must drop the topic now :) Apa pun, I am proud to say that I am officially a fan of Beto Kusyairy now. Looking forward to his role in Istanbul Aku Datang :)

Happy


Cute? Indeed! I found this from emi-doodles.tumblr.com. Credits to her :)

Saturday, February 18, 2012

Lupa

Kita manusia mudah lupa. Kita manusia mudah lalai. Kita manusia mudah hanyut. Kadang-kadang, bila dah dapat rezeki lebih sikit, dah mula rasa sombong. Riya' dan menunjuk-nunjuk. Konon kita sajalah yang hebat. Kita sajalah yang cool. Kita sajalah yang sempurna. Padahal kita tidak ingat, rezeki itu di tangan Allah. Rezeki itu hanya pinjaman sementara. Yang punya rezeki itu Allah. Yang memberi rezeki itu Allah. Bila-bila masa saja nikmat rezeki itu boleh ditarik balik. 

Kita lupa. Pada mereka yang tidak punya tempat tinggal. Yang tidak punya katil yang empuk dan selimut yang nyaman. Yang tidak punya aircond. Kipas pun jauh sekali. Ada juga yang hidupnya merempat. Mengharapkan belas kasihan dari orang lain. Itu pun kalau bernasib baik. Yang tidak bernasib baik, hanya mencari sesuap makanan dari tong-tong sampah atau pun sisa-sisa dari restoran. Demi meneruskan hidup. Hidup yang tidak pasti. Hidup yang entah kan ada sinarnya atau pun tidak.

Kita juga lupa. Pada yang hidup hanya sebatang kara. Tiada ibu, tiada ayah. Tiada keluarga. Tiada tempat bergantung. Tiada tempat mengadu. Tiada tempat mencurahkan kasih. Hanya berharap untuk menumpang kasih dari orang lain. Hanya mengadu kepada sesiapa saja yang sudi.

Kita juga lupa. Di dunia sebelah sana, setiap minit, setiap saat, ada sahaja berita kematian. Berita pembunuhan. Bom dan peluru menjadi satu kebiasaan. Kanak-kanak kehilangan orang tua, orang tua kehilangan anak, isteri kehilangan suami, suami kematian isteri, keluarga berpecah-belah, sahabat handai sudah tidak tahu ke mana. Hidupkah? Matikah? Suasana yang huru-hara bagaikan fenomena yang tidak asing lagi. Dan mati adalah sebaik-baiknya pilihan daripada hidup terseksa.

Kenapa kita lupa? Kerana kita manusia. Manusia yang mudah lalai. Manusia yang lemah. Manusia yang mudah hanyut. Sama-samalah kita berdoa sentiasa agar dijauhkan hati kita dari sifat ini dan agar hati kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan-Nya. Amin...


Image source : google image

Tuesday, February 14, 2012

Aku ada cerita

Tadi patang, aku men-start projek hobi baruku. Andang batah pulang udah aku kan start tapi kan, dua hari beturut-turut, hujan labat saja. Yatah nda jadi. Tadi patang baruku dapat start. Sampai tunang cousinku datang pun nda ku peduli. Ku tinggalkan ja ia melayan cerita tv di astro. Yang penting, aku mesti buat jua projek ku ani. Mesti! 

Kali, keluar rumahku mencari butul plastik yang andang amahku kumpul. Ku ambil sebuting. Butul pepsi 1.5 liter. Ku cuci dalamnya sampai bersih. Ku ambil tukul sama paku dari toolbox babah. Pastu ku buat lubang arah tudung butul atu. Payah jua eh awal-awal atu. Maklum. Tangan bini-bini bukannya kuat. Ada kali 10 minit ku menukul. Dah tu, ke dapur ku. Ngambil pisau. Kunun kan mutung butul atu jadi half. Atu pun payah-payah mutung. Ahernya, pakai gunting. Lagi sanang. Setelah bertungkus-lumus menggunting, ahernya siap. Then, mencari kain lagi ku. Kain yang nda bepakai. Ku gunting. Jadi strip panjang. Lebih kurang 2 inci x 10 inci lah. Ku masukkan pat lubang tangah-tangah rah tudung butul yang ku lubangi tadi.

Pastu, keluarku mencari spade damit. Nda tecari, tanya amah. Panya ampai-ampai dapan mataku. -_-' Dengan penuh semangat, aku jalan keluar pagar. Mengaga rah tampat bakas amahku mengunun. Kan ngambil tanah masak. Syok jua mengurik-ngurik tanah ah. Kurik punya kurik, dapat tah ku tanah untuk butul ku. Yay. Oh yea, aku ada tejumpa ulat bulu warna kuning. Kiut!! Gamuk. Damit g ibu jariku. Aku cakap g tu rahnya, "ulat! kiut jua ko!!" kali ku angkat ia pakai kayu damit. Kan ku bawa ke rumah. Kan ku gambar. Tapi, alum batah ku angkat, laju ia bejalan mengaga jariku. Ku umban tarus. Sian. Tegulik pulang ia :( Tapi selamat lah ia. Marah kali ia sebab ngacau ia bejalan makan angin tadi. Hee..

Then, aku teruskan projekku. Ku ambil kaktus ku. Kan ku cabut anaknya. Cumil. Basar g jari kelingking ku. Kali, tenampak ku anak bunga lidah buaya.  Beakar sudah tapi kesian. Nda cukup tampat dalam pasu. Ahernya, aku ambil bunga atu pastu ku tanam cia rah butulku. Yay! :D Tapi kan, macam nda puas hati rasanya. Dah ku tenampak butul kusung masih banyak, ku ambil g dua buting. Kali ani, kan ku tanam anak kaktus ku sama kan menyamai biji durian. Sebab banyak bijinya di dapur ku nampak masa ku ngambil pisau tadi. Ku buat lagi barang yang sama. Nda g ku kisah bah nyamuk gigit. Yang penting, projekku siap. Si Milky mengiau kan bemanja pun nda ku peduli. Ku suruh ja ia duduk liat aku buat keraja. Merati jua ia eh. Cian...

Ada kali 20 minit, ahernya siap cia semua. Bunga kaktus sama biji durian ku tanam. :D Hepi ku. Aku cari tampat yang paling banyak kana cahaya matahari. Ku ampai 3 buting butul ku di sana. Pastu, ke dapur ku. Kan cuci tangan. Kan prepare untuk high tea lagi sama tunang cousinku. Kali masa ku di dapur ah, amahku sibuk ni mutung-mutung biji buah. Aku heran. Kali ku tanya, "Anti, apa anti putung?" Katanya mummy suruh putung biji buah tibadak, untuk dimasak. Asta!!! Ketawa ku tarus ani bah! Rupanya bukan biji buah durian yang ku tanam tadi atu. Biji buah tibadak panya!! Hahaha! Adakah patut. Mun ku nda meliat amahku mutung biji buah bah tadi, gerenti dahnya tumbuh baru ku tau apa yang ku tanam! Adui... 

Yatah namanya, a farmer in the making! Biji durian sama biji tibadak pun nda pandai membezakan...

hydroponicsdictionary.com
Ah, ani tah usulnya yang ku buat tadi. Ani bukan pulang gambarku. Tapi samalah yang ku buat. Macam ani :) Iski ku ni nunggu durang tumbuh :D :D Nanti tah ku post gambar durang dah basar ok?

Sunday, February 12, 2012

Anak

Setiap kali aku melihat kanak-kanak kecil bermain, tertawa dan menangis, aku merasa begitu terhibur. Dengan wajah yang comel, mulut yang mungil, jari-jemari yang kecil dan halus, mereka adalah ciptaan Tuhan yang begitu indah. Di mana-mana saja aku pergi, kalau aku melihat kanak-kanak kecil, hatiku mula tersentuh. Terasa sayang itu di hati. Alangkah bahagianya ibu dan ayah mereka. Sebuah anugerah Tuhan yang terindah buat mereka. Pelengkap hidup bagi sebuah ikatan perkahwinan.

Hatiku sedih sekiranya menerima berita tentang penderaan, pengabaian dan kes-kes pembuangan anak serta pembunuhan yang kejam. Ke manakah hilangnya moral masyarakat itu? Sifat kemanusiaan mereka? Bukankah anak-anak itu merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan? Anak-anak ini lahir suci, tidak berdosa. Mereka yang masih kecil, belum tahu membezakan baik buruknya kehidupan. Tanggungjawab kita lah yang mendidik mereka dengan sebenar-benarnya pendidikan. Pendidikan dunia dan akhirat. Biar mereka tahu. Biar mereka faham. Apa sebenarnya erti hidup ini.

Jangan dipersalahkan anak itu sekiranya mereka membuat silap tapi berilah mereka tunjuk ajar agar mereka tidak mengulanginya lagi. Jangan pula dihina sekiranya anak itu banyak kekurangannya kerana di sebalik kekurangan, sentiasa ada kelebihan yang orang lain tidak mampu meraihnya. Sesungguhnya setiap anak itu terlahir unik. Setiap anak itu terlahir indah. Dan setiap anak itu terlahir penuh dengan keajaiban. Keajaiban yang boleh menggoncang dunia.

baby-pictures.com

Jika anak dibesarkan dengan celaan, 
dia akan belajar memaki.


Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia akan belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, 
dia akan belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan hinaan, 
dia akan belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, 
dia akan belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan pujian, 
dia akan belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia akan belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dukungan, 
dia akan belajar menyenangi diri sendiri.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, 
dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
ia akan belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan, 
dia akan belajar keadilan.
Sumber puisi : http://luqmanhafifi.blogspot.com/2012/01/anak.html




Friday, February 10, 2012

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa:  “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber artikel:
http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/01/20-amalan-murah-rezeki/

Nikmat Tenang

Hati ini tenang. Ibarat sebatang sungai yang mengalir airnya. Begitu perlahan dan lancar. Hanya sesekali berkocak apabila dedaunan jatuh dari pepohon yang tumbuh subur di tebingnya. Hanya sesekali airnya menghasilkan gelombang kecil apabila hidupan yang ada di dalamnya beramah mesra bersama alam. Air sungai itu terus mengalir, tidak sedikit pun ia terganggu. Tidak sedikit pun ia peduli. Malah ia terus memberikan suasana yang nyaman untuk segala makhluk yang berdekatan.

Indahnya perasaan ini. Nikmatnya terasa amat mendalam hingga ke kalbu. Sekali gus membuatkan minda ini berfikiran lancar dan tenang. Segala masalah yang ada bagaikan lenyap dengan sendirinya. Hati yang gundah kini terasa aman tenteram. Minda yang kusut kini terasa lapang. Wajah yang layu kini terasa serinya. Bibir mula mengukir senyuman. Mata terasa bersinar kembali. Hidup terasa lapang. Luas. Alangkah nikmatnya!
Mungkin apa yang berlaku sebelum ini adalah ujian dariNya semata-mata. Dia ingin melihat sejauh mana diri ini boleh bersabar. Dia ingin menguji sekuat mana hati ini berhadapan musibah. Dia ingin menguji seteguh mana iman teguh berdiri. Alangkah kerdilnya diri ini...
Hati memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga. Syukur kerana dikurnia nikmat sebegitu rupa. Nikmat ketenangan yang payah diperolehi di mana-mana di dunia. Hanya Dia sahaja yang mampu memberikan nikmat tenang sebegini. Alhamdulillah....
Dan hanya Dia sahaja yang mampu menarik balik nikmat ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Al-Baqarah, ayat 155-157)

Image source : Google Image

Wednesday, February 08, 2012

Biarlah Rahsia

Mungkin aku hanyut oleh perasaanku sendiri. Hanyut bagaikan kapal layar yang tiada bernakhoda. Hanya berlayar mengikut arah angin. Bila-bila masa, jika ada ribut taufan, diikuti oleh gelombang besar, mungkin kapal itu akan karam. Kuatnya kapal itu hanya bergantung pada kekuatan strukturnya. Kekuatan materialnya.

Entah mengapa sesetengah orang tidak faham. Mungkin pura-pura tidak faham. Ada yang suka mengambil kesempatan. Ada yang langsung tidak peduli perasaan ini. Ada yang tidak mahu menghormati diri ini. Mengapa? Apakah aku kelihatan begitu lemah? Apakah engkau cuba menguji kesabaranku? Apakah engkau senghaja ingin menyusahkan hidupku? Atau pun engkau memang sengaja ingin menyakitkan hatiku? Mengapa?

Aku sudah puas bersabar. Dengan kerenahmu. Dengan kata-katamu. Dengan wajahmu. Hati ini tidak mahu membenci namun apabila tembok kesabaran itu sudah roboh, benci lah jadinya. Ah, biarlah semua itu aku tolak ke tepi. Tiada gunanya memikirkan engkau. Sakit kepala. Sakit hati. Engkau tidak tahu apa yang aku hadapi sekarang. Malah engkau juga tidak tahu apa perasaanku sekarang. Mungkin engkau senghaja tidak ingin faham. 

Biarlah. Cakap pun tiada gunanya. Suatu hari nanti, segalanya akan terungkap jua. Waktu itu, barulah mindamu terbuka. Hatimu terpana. Mulutmu ternganga. Garu kepala. Biarlah... Hanya Tuhan saja yang dapat menolongku di ketika ini. Dialah sebaik-baik tempat untukku mengadu.



Biarlah Rahsia - Dato Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

 Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

 Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku



Betul ke?

Betul ke dia cintakan awak?
Betul ke dia sayangkan awak?
Betul ke dia nak jaga awak?
Betul ke dia nak hidup dengan awak?
Betul ke dia nak bimbing awak?
Betul ke semua tu?

Tapi

Kenapa dia buat awak menangis?
Kenapa dia tak beri perhatian bila awak perlu?
Kenapa dia kongkong kebebasan awak?
Kenapa dia tak hormat awak?
Kenapa dia buat-buat tak faham awak?
Kenapa dia tak dengar cakap awak?

Dia kata nak bimbing
Tapi kenapa dia tak jaga solat?

Dia kata nak jadi suami yang penyabar
Tapi kenapa dia selalu marah-marah?

Dia kata nak jadi ayah yang penyayang
Tapi kenapa dia tak suka budak-budak?

Dia kata nak jadi lelaki yang baik
Tapi kenapa suka mencaci orang lain?

Kita fikir...

Kita fikir dia jahat,
Padahal dia baik.

Kita fikir dia kedekut,
Padahal dia pemurah.

Kita fikir dia sombong,
Padahal dia merendah diri.

Kita fikir dia meyampah,
Padahal dia banyak menolong.

Kita fikir dia bodoh,
Padahal dia lebih banyak ilmunya.

Mengapa?

Kerana kita yang sebenarnya jahat.
Kerana kita yang sebenarnya kedekut.
Kerana kita yang sebenarnya sombong.
Kerana kita yang sebenarnya menyampah.
Dan kerana kita yang sebenarnya bodoh.

Kita yang jahat 
kerana berperasangka buruk pada dia.

Kita yang kedekut 
kerana tidak memberi ilmu kepada dia.

Kita yang sombong 
kerana tidak mahu berkawan dengan dia.

Kita yang menyampah 
kerana tidak suka tengok dia gembira.

Kita yang bodoh 
kerana biarkan hati dan fikiran dihasut
oleh iblis yang durjana.



Saturday, February 04, 2012

Kamek mok agak nenek di kampung (✿◠‿◠)

Ni adalah di antara suasana di kampungku... Kampong Panchong dan Kampong Rambai :)
Bunga jasmine yang harum semerbak!


Di perkarangan rumah nini Yuni.

Rambat lama.

Hmmmm.....

Salah seekor daripada ikan tilapia yang nenek dapat di kolam.

Boots nenek saya ;)

Somehow aku rasa benda ni cute sangat!
Di antara kerbau peliharaan nenek di Rambai.


"Alamak! Ada orang tengah gambar aku! Sorok!"

Kucing aunt Yanis. Dia ni penakut sangat!


Keadaan Sungai Rambai yang dalam sebab hujan tak henti-henti turun.


Sayur upak manuk atau tongkat langit. Sayur kegemaranku.


Di antara haiwan kesayangan uncle ku.


Air bertakung disebabkan oleh banjir yang mulai surut.

Kucing aunt Yanis. Terbangun sebab dia tahu aku nak ambil gambar dia.

Padi nenek di Panchong :) Tak sabar rasanya nak turun mengatam.


Perjalanan Hidup


Perjalanan Hidup by Ramli Sarip (cover by Ajek Hassan)

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu
-----------------------------------------------------------------------------------
I came across this song while I was watching Ajek Hassan's vids last night. And this song made my teardrops fell after I first listened to it. I guess this song really tells my story of life... :')

Apakah maksudnya...

Aku panik. Hatiku gundah. Ingin saja aku menangis. Kenapa aku begitu cuai? Aku lihat orang-orang di sekelilingku sudah pun duduk di tempat masing-masing. Menantikan persembahan di pentas yang bakal dimulakan sebentar saja lagi. Mereka langsung tidak mempedulikan aku. Tidak jauh dari situ, kelihatan susuk tubuh yang sangat aku kenali. Dia juga sudah duduk sama seperti orang lain. Aku makin risau dan gundah-gulana. 'Macamana boleh aku tertinggal beg ku yang satu itu?' bisik hatiku. Aku berusaha untuk menutup kepalaku, menutup auratku namun sia-sia. Aku ingin segera beredar dari situ. Aku berasa jijik. Aku berasa kotor. Fikiranku masih memikirkan beg ku itu. Beg yang berisi tudung. Tudungku yang berwarna cream memutih. Ku lihat baju kurung yang ku pakai pada waktu itu. Berwarna pink. Semuanya lengkap. Hanya satu saja lagi. Tudung.

Aku lantas berdiri dari tempat dudukku dan ingin keluar dari tempat itu. Namun entah kenapa orang-orang di sekelilingku tidak membenarkan aku untuk pergi ke mana-mana. Aku menangis. Menangis kerana auratku terdedah dengan begitu mudah. Susuk tubuh yang aku kenali itu tidak mempedulikan aku. Dia hanya duduk kaku. Melihat persembahan yang baru sahaja bermula. Sebuah persembahan orkestra.

Aku merenung dia, ingin meminta tolong. Belum pun sempat aku mengeluarkan suaraku untuk memanggil namanya, tiba-tiba aku terdengar ringtone handphoneku.

Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi. Aku terkejut melihat jam di handphone ku menunjukkan pukul 5 pagi. Aku bingkas bangun dan mandi. Aku masih memikirkan apakah maksud mimpiku itu...

Wednesday, February 01, 2012

Si ayah dan si anak.

Senyum itu.
Tawa itu.
Tangis itu.

Alangkah girangnya dia.
Alangkah bahagianya dia.
Dia belum mengerti apa-apa.

Mata yang comel.
Bibir yang mungil.
Jari-jemari yang molek.

Matanya melihat wajah itu.
Bibirnya tersenyum girang.
Wajah yang mengazankannya sewaktu dia baru dilahirkan.

Wajah itu kelihatan sayu.
Wajah itu kelihatan terharu.
Wajah itu kelihatan sedih.

Anak ini tiada ibunya.
Anak ini tidak sempat merasa.
Kasih sayang ibu yang sejati.

Si ayah dan si anak.
Hanya mereka berdua.
Si ibu pergi buat selamanya.

Image source: 123rf.com