Saturday, February 04, 2012

Apakah maksudnya...

Aku panik. Hatiku gundah. Ingin saja aku menangis. Kenapa aku begitu cuai? Aku lihat orang-orang di sekelilingku sudah pun duduk di tempat masing-masing. Menantikan persembahan di pentas yang bakal dimulakan sebentar saja lagi. Mereka langsung tidak mempedulikan aku. Tidak jauh dari situ, kelihatan susuk tubuh yang sangat aku kenali. Dia juga sudah duduk sama seperti orang lain. Aku makin risau dan gundah-gulana. 'Macamana boleh aku tertinggal beg ku yang satu itu?' bisik hatiku. Aku berusaha untuk menutup kepalaku, menutup auratku namun sia-sia. Aku ingin segera beredar dari situ. Aku berasa jijik. Aku berasa kotor. Fikiranku masih memikirkan beg ku itu. Beg yang berisi tudung. Tudungku yang berwarna cream memutih. Ku lihat baju kurung yang ku pakai pada waktu itu. Berwarna pink. Semuanya lengkap. Hanya satu saja lagi. Tudung.

Aku lantas berdiri dari tempat dudukku dan ingin keluar dari tempat itu. Namun entah kenapa orang-orang di sekelilingku tidak membenarkan aku untuk pergi ke mana-mana. Aku menangis. Menangis kerana auratku terdedah dengan begitu mudah. Susuk tubuh yang aku kenali itu tidak mempedulikan aku. Dia hanya duduk kaku. Melihat persembahan yang baru sahaja bermula. Sebuah persembahan orkestra.

Aku merenung dia, ingin meminta tolong. Belum pun sempat aku mengeluarkan suaraku untuk memanggil namanya, tiba-tiba aku terdengar ringtone handphoneku.

Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi. Aku terkejut melihat jam di handphone ku menunjukkan pukul 5 pagi. Aku bingkas bangun dan mandi. Aku masih memikirkan apakah maksud mimpiku itu...

No comments:

Post a Comment