Friday, March 30, 2012

Malam Itu...

Sudah dua malam berturut-turut, cuaca begitu cerah. Langit kelihatan begitu tenang dan ceria dihiasi dengan kerlipan bintang-bintang dan cahaya rembulan yang sungguh indah. Alangkah besarnya kuasa Allah menjadikan alam seindah itu. Semalam, sewaktu aku baru pulang ke rumah selepas menemani Mummy ke bank, aku merenung langit malam. Aku duduk diam di passenger seat. Entah mengapa tiba-tiba saja aku kecut perut. Hatiku jadi takut. Diri ini terasa begitu kerdil. Apabila ku melihat bulan yang bersinar terang, aku terasa bagai ingin menangis. Entah mengapa hati ini terasa sangat-sangat takut. Takut sekiranya nyawa ini diambil dalam masa yang terdekat. Takut tidak dapat lagi menikmati saat indah seperti itu. Ingin mengalir saja airmataku waktu itu. Setibanya aku di rumah, aku terus masuk ke bilik. Berniat untuk menenangkan fikiran dan hati. Tiba-tiba, aku teringat petang itu aku ada menonton sebuah dokumentari mengenai Maryam, ibu kepada Nabi Isa alaihissalam. Malam itu, aku mempelajari tafsir surah Maryam melalui website http://quran.com/. Sambil-sambil itu, aku juga mendengar surah Yassin yang dibaca oleh Saad al-Ghamidi. Setiap alunan baris ayat-ayat surah itu sungguh menenangkan. Dan Alhamdulillah... Malam itu, hatiku menjadi sungguh tenang dan aman... Sungguh indah perasaan itu. Tidak mampu ku ungkapkan...

Jika Dia Milikku...

Bismillah Walhamdulillah Wassalatu a'la Rasulullah

"Ya Allah",
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatiku dengan hatinya
Tetapkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari kehidupan ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah, Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak bersama dirinya

Ya Allah, Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan Takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang berada di hati ini
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahu pun di akhirat
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN...YA RABBAL AL'AMIN...

Image source : tumblr.com


Rasulullah Sebaik-baik Ikutan

- Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayyiditina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayyiditina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini," tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?". Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Setelah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasannya," sahut Nabi S.A.W., "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar" 

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 

"Ya Rasulullah, adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak"


Ketika Itu...

Ok. Ni post kedua yang aku buat di pagi-pagi buta ni. Entah kenapa tiba-tiba aku teringat zaman ketika aku berada di universiti dahulu. Tak lah lama sangat. Tak sampai pun dua tahun aku grad :p Tapi anyhow, aku teringat sewaktu aku masih bergelar ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Persatuan Mahasiwa/i Universiti Brunei Darussalam (PMUBD). Di saat hari perlantikan, hidupku mula berubah. Dari hidup yang monotonous kepada hidup yang lebih sibuk dan ya, banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Memang aku akui bahawa aku benar-benar baru pernah terlibat di dalam majlis pelajar atau pun apa-apa persatuan pelajar. Sebelum ini, di sekolah menengah, aku tidak pernah melibatkan diri di dalam hal-hal persatuan macam ini. Sehinggalah aku berada di universiti.

Aku sebenarnya amat bersyukur kerana aku pernah menjalani kehidupan sebagai seorang ahli MPP. Kerana dari sanalah aku memperolehi ilmu yang amat-amat berguna di dalam hidupku. Sejak dari sanalah, aku sudah pandai berfikir dengan lebih matang dan mendalam. Dan sejak dari situlah juga, hidupku bertambah bermakna dan berubah haluan. Aku betul-betul bersyukur. Dari ilmu kepimpinan hinggalah jalinan persahabatan yang terikat bagaikan sebuah keluarga; semua itu adalah sesuatu yang amat-amat berharga pernah aku perolehi di sepanjang kehidupanku bergelar seorang mahasisiwi. Kalau diceritakan satu persatu, tentu paaaaaaaanjaaaaang sangat. So, dipendekkan, jadilah post ini. Hehe.. Apapun, aku doakan agar keluarga MPP sesi 2007/08 sentiasa sihat sejahtera dan berjaya selalu di dalam hidup... Amin... :)

Actually, banyak lagi gambar tapi biar ni saja dulu... :) Love you all~

Satu Malam di Universiti Malaya





Malam ini aku tiba-tiba teringat saat-saat penjelajahan aku dan kawan-kawanku di beberapa buah universiti di Malaysia sebagai lawatan akademik dan pertukaran budaya di antara universiti. Salah sebuah daripada universiti yang sempat kami lawati dan tinggal di sana ialah Universiti Malaya. Memang sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan dan akan sentiasa abadi di ingatan. Gambar-gambar ni aku ambil ketika kami bermalam di asrama Universiti Malaya dan ia dilekatkan oleh yang empunya bilik tempatku tidur... Tanpa ku sedari, pesanan dari cebisan-cebisan kertas ini lah yang memberiku hidayah dan semangat untuk berjuang demi mencari sinar itu... :') (alahai..tiba-tiba rindulah pula saat-saat di sana)

Thursday, March 29, 2012

Seseorang yang...

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
 
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
 
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.



Monday, March 26, 2012

Petang Yang Damai

Hujan yang turun renyai-renyai sejak dari tengahari tadi mengundang rasa yang begitu nyaman pada diriku.  Tambahan lagi dengan suasana yang sungguh aman dan damai serta tenteram membuatkan fikiranku lancar dan mindaku lapang. Alhamdulillah. Sekarang, laptop pun tengah mainkan lagu Gamelan Warisan Melayu Lambang Sari@Turun Gambang. Aku baru tahu asal lagu Gamelan ini dari Terengganu. Indahnya...(Ingat Ganu, ingat Zizan. Bhahahaha! *random) Aku berangan ingin menjelajah seluruh Malaysia suatu hari nanti. Insya Allah, akan sampai jua :)

Akhir-akhir ini, aku semakin dapat memahami siapa diriku sebenarnya. Sebelum ini, waaaaayyyyy jauh sebelum ini, aku masih tercari-cari siapakah diriku. Apa dan kenapa aku ada di sini. Sehinggakan aku mudah terpengaruh dengan rakan-rakan pergaulan yang ramai dan bercampur. Bukannya apa. Kerana peer pressure dan rasa ingin diterima itu sentiasa ada di dalam diri. Apa yang mereka buat, sama ada aku suka atau tidak, aku buat juga. Semata-mata hanya ingin diterima di kalangan mereka. Memang seronok sebenarnya mempunyai rakan-rakan yang ramai. Ya lah, siapa yang tak suka ada rakan kan? Tapi Alhamdulillah...aku bersyukur sebab apa saja yang pernah ku lakukan tidak pernah melampaui batasku sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Aku sedar dan percaya sekarang bahawa Allah sedang melindungiku :')

Dan kini, aku lebih menyayangi diriku. Bagiku, hidup ini memang sebuah anugerah-Nya yang tidak terhingga. Bila-bila masa saja, nikmat hidup ini akan diambil. Yang penting, aku mesti menghargai setiap masa yang ada tersisa sebelum nafasku yang terakhir. Aku juga mempunyai rakan-rakan yang begitu memahami dan penyayang. Alhamdulillah. Kerana mereka, aku menempuh hidup yang begitu damai dan penuh makna. Dan Alhamdulillah...aku punya sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun hidup kami serba sederhana, namun mempunyai orang tua, dan adik-beradik yang penyayang sudah cukup bagiku. Alhamdulillah... :') Aku sangat-sangat sayangkan mereka.

Alhamdulillah...kerana Allah telah menunjukkanku jalan yang betul. Allah juga telah mendengar doaku dan harapanku untuk menggapai sinar-Nya dan mengharap cinta-Nya. Hidupku kini lebih tenang dan damai. Dan hatiku sentiasa bermunajat syukur setiap kali Allah memberiku jalan keluar dari kebuntuan dan kekusutan. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, aku percaya di setiap langkahku, Allah mempunyai sebab yang tertentu mengapa langkahku sebegitu dan hasilnya sebegitu jua. Di setiap kejadian ada pelajarannya tersendiri... Percayalah, pertolongan Allah itu amat dekat. 

... Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah) (Al Baqarah : 214)


Saturday, March 24, 2012

A Beautiful Thursday indeed

Khamis pagi, 22.03.2012, aku, Sut and Nad pergi ke Islamic Awareness Week anjuran EKK,PMUBD di UBD. The event was held at the Student Centre, a new building :) First time tah ku ke sana tu. We went to an Islamic religious talk, tajuknya, Facebook : Jannah atau Jahim. It was one of the most beautiful talks I have ever attended to; full of meaningful advices and messages. At times, I found myself trying hard to control supaya airmata nda gugur... Though it was a short talk, and tertumpu pada penggunaan Facebook, tapi kandungan yang tersirat memang sungguh-sunguh menyedarkan diri ini. Really, sitting there among those people makes me feel so so...small. And aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah berikan aku keizinan untuk pergi ke sana dengan kawan-kawan. Thanks to Sugar Sut and Nad for taking me there! Really, I feel like somebody new. And..after that talk, we went to explore the exhibition. Syok! Exhibition yang penuh dengan ilmu dan kesedaran Islami :D I so love it :) Rugi lah sesiapa yang tak datang ke situ... :) Congratulations to EKK and UBD for organising such a wonderful event!

And malam tu, my family and I balik kampung. For a surprise birthday party for our beloved brother, Khairul Anwari. And at the same time terus sambut birthday Arman, my little cousin. It was such a wonderful night! And oh yea, there were another two surprises jua for my cousin's fiance's belated birthday and our aunt&uncle's 20th wedding anniversary :D Macam..wow. That night was a super big night for us! All family members were there, nenek laki dan nenek bini pun tersenyum riang :D Bouncer, karaoke and BBQ were just some spontaneous random plans that came out that night :D We all had fun fun fun!

 :D :D :D Ahhh..a beautiful Thursday indeed..

Monday, March 19, 2012

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
(Riwayat Muslim)

Huraian:
  • Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
  • Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
  • Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
  • Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  • Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

weheartit.com

Aku Bersyukur

Ya Allah, aku bersyukur di atas setiap yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Sebelum ini, aku melihat segala yang telah berlaku sebagai satu kenangan atau pun sejarah yang tidak memberi makna apa-apa padaku. Malah aku langsung tidak menghargai apa sahaja yang pernah ku harungi dan hadapi sehinggalah kini. Aku hanya menganggap semua yang berlalu itu sebagai sesuatu yang tidak perlu aku pelajari. 

Sekarang aku sudah faham. Setiap yang pernah berlaku dan juga akan berlaku memang ada hikmah di sebaliknya. Ada pelajaran yang boleh dipelajari. Dan setiap kali sebelum tidur, aku sering memikirkan hal yang pernah terjadi padaku. Yang baik dan yang buruk. Aku sedar, sebenarnya lebih banyak perkara yang baik pernah berlaku di dalam hidupku. Lebih banyak daripada apa yang aku fikirkan. Aku hanya terlalu memikirkan hal-hal yang buruk sehingga menjejaskan fikiranku sendiri. Dan sekali gus mempengaruhi sikap dan cara pemikiran serta pandanganku tentang hidup ini.

Aku bersyukur kerana aku telah diberi kesedaran tentang hal ini. Sebenarnya hidup ini bukanlah rumit sangat. Kadang-kadang kita sendiri yang membuatkannya rumit. Hanya kerana terlalu dibayangi oleh bayang-bayang yang menakutkan. Sedangkan bayang-bayang yang menakutkan itu hanya ada di dalam ruang pemikiran kita; ia lebih kepada sifat imaginasi dan bukannya realiti. Aku tidak nafikan yang aku juga berfikiran sebegini. Dulu. Sekarang, aku sedang dan terus belajar untuk mengubah corak pemikiranku agar lebih bersifat terbuka dan berani. Sentiasa menjaga hatiku yang sungguh-sungguh rapuh. Allah sentiasa ada di setiap langkahku. Dan aku sentiasa percaya akan itu. Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin-Nya jua.

Ya Allah, terima kasih sebab telah mengurniakan aku hidup ini. Hidup yang tidak akan aku sia-siakan. Selama hampir dua tahun aku berada di rumah selepas tamat belajar, aku lebih banyak meluangkan masa untuk berfikir dan merenung kejadian hidup ini. Bermula dari heartbroken sehingga mampu bangkit semula, aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah memberiku kekuatan hati. Sungguh, hidup ini indah. Malah Dia telah membantuku untuk menilai setiap kejadian yang pernah terjadi dan yang mampu aku ingati selama aku hidup di dunia ini. Ya Allah, aku bersyukur...

Kini, setiap bangun pagi, aku bersyukur. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk menyambung hidup dan menikmati udara yang segar. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk berpijak di bumi ini. Kerana Allah mengizinkan aku agar aku sihat dan mudah berfikir. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk menikmati rezeki yang diberi oleh-Nya. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk berbahagia bersama keluarga dan teman-teman. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu. Sungguh-sungguh bersyukur...Sungguh, tidak terhitung olehku nikmat yang diberikan oleh-Mu, ya Allah...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(Surah An-Nahl, ayat 18)

Image source : zsazsabellagio.blogspot.com



Hilangkan Cintaku

Ya Allah, 
Hilangkan cintaku padanya
Kerana dia tidak mencintaiku

Ya Allah,
Hilangkan cintaku padanya
Kerana aku tidak mampu membahagiakannya

Ya Allah,
Hilangkan cintaku padanya
Kerana mustahil untuk kami bersama

Ya Allah,
Hilangkan cintaku padanya
Kerana hatinya bukan milikku

Ya Allah,
Hilangkan cintaku padanya
Hilangkan cintaku padanya
Hilangkan cintaku padanya
Hilangkanlah...

weheartit.com

Tuesday, March 13, 2012

Dia yang ingin berubah

Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..

Ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..

Oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA..

p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita.

via : http://www.facebook.com/LSIWS


Google Image

Monday, March 12, 2012

Ujian

Tukar persepsi. Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Teruskan. Pandang hadapan.

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?

Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?

Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan Dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?

Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?

Jadi, jangan putus asa.

Jangan pernah putus asa.

Rahmat Allah sentiasa ada insya Allah.

Insya Allah.

Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.
 

weheartit.com

It isn't your fault

To all those suffering from sadness or depression, know that it isn’t your fault. It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease–and like all things of this world–this too shall pass.

http://weheartit.com

Tuesday, March 06, 2012

"Hidayah Perlu Dicari, Macam Juga Jodoh Dan Rezeki"

Perkongsian Dari Hati.. via www.wardinasafiyyah.com

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. Assalamualiakum pembaca sekalian. Anggaplah luahan hati ini rintihan jiwa seorang hamba yang bermusafir yang terlalu ingin lebih dekat dengan TuhanNya. Moga kita semua diberi kesempatan untuk berkongsi lebih banyak kebaikan bersama.

Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya Dina" .Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!

Perkara yang paling menakutkan saya adalah apabila menyedari hakikat bahawa hidayah ini hak milik mutlak Allah SWT, Al-IIah, Ar-Rab, yang dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Al-Wahab mahukan. Allah Al-Hakim lebih tahu siapa yang berhak mendapat hidayahNya. Allah Maha Mengetahui kerana Allah itu Al-A’leem, Al-A’alim, siapa yang tidak patut memilikinya. Seperti bagaimana Rasulullah SAW sendiri memohon dan berdoa untuk bapa saudaranya, Rasulullah SAW merayu dan memujuk Abu Talib yang telah membantu baginda dengan masa dan tenaganya, dengan menjaga dan memeliharanya namun hidayah bukan di tangan kita. Itulah pengajaran yang paling besar. Itulah hakikatnya.

Image source : http://hijabsista.tumblr.com/post/2137595324

Hidayah kata Mufti Ismail Menk tempoh hari di dalam kuliahnya, perlu dicari dengan kesungguhan dan kepayahan. Struggle. Dengan keringat perjuangan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, yang cuba dan berusaha akan dibukakan pintu kearahNya” InsyaAllah dengan izinNya, hidayah akan diberi. Apa dia kesan hidayah? Kesan hidayah ini maka kebaikan akan terasa mudah untuk dilakukan.

Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini. Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:-

1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.
2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.
3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.
4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW
5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.
6) KeenamCarilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.
7) KetujuhHidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.

Image source : http://weheartit.com/entry/21212006

Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini.

InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini.

Wallahua’lam. Amin.

Sunday, March 04, 2012

Nak Cantik?

Hari ni hari Ahad. Aku sepatutnya pergi ke majlis perkahwinan saudara di Kampung Bukit, Tutong. Tapi semalam akibat tidur terlalu akhir, kira-kira pukul 3 pagi, akhirnya aku tidak jadi pergi. Babah dan Mummy saja yang pergi. Sorry Sut! Ya, aku juga sepatutnya temankan kawan aku ni pergi jemputan kahwin ex-Ketua Penyelia kami sewaktu membanci penduduk dulu. Tapi, aku telah awal 'dipinang' untuk pergi ke jemputan di daerah sebelah, yang aku terpaksa tolak juga. Hohoho... Sorry again Sut! 

So, pagi tadi, aku dan Adik went for grocery shopping. Datang rumah, terus prepare untuk lunch. Mesti siap sebelum pukul 12:30 tengahari. Kenapa? Sebab Melodi start jam tu lah. Kan ada Zizan :) Hehe.. So, for today's Melodi, nothing much. As usual. Gossips and gossips. Tapi ada Zizan. Dapat tengok Zizan. Dengar suara Zizan :p Tu yang mahal. And after Melodi, I watched Nona. Hm.. Actually aku jarang sebenarnya tengok Nona ni sebab entahlah. Tak minat sangat. Tapi somehow, hari ni, aku duduk juga depan tv. And today, diorang memaparkan dua orang wanita yang hebat; Dato' Sarimah Ahmad dan Datuk Siti Nurhaliza.

The main question Nona asked these women was : Apakah petua kekal cantik? Of course lah, sebagai seorang wanita, cantik tu memang satu perkara yang penting. And yea, I went on listening while playing around with my laptop. Dari apa yang aku dapat, satu benda common yang kedua wanita hebat ni tekankan ialah cantik dari segi pemikiran dan hati. 

Kata Dato' Sarimah, cantik bermula dari dalam. Selain daripada menjaga permakanan dan kesihatan, dia juga berpesan agar sentiasa jauhkan dari daripada pemikiran negatif, sentiasa bersyukur dengan kurnia Allah, dan jauhkan diri dari penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak pernah tinggal solat lima waktu. Memang dia praktikkan sedari kecil lagi. Manakala, bagi Datuk Siti Nurhaliza, rahsia untuk kekal cantik dan berseri adalah sentiasa berfikiran positif. Rajin jaga permakanan dan kesihatan. 

Basically, the most important thing is that beautiful starts from the inside. Cantik dalam, cantik juga luaran. Beauty isn't the make up we put on the face but it is the attitude that lies within us. So, kalau nak cantik, nak lawa, jagalah hati, jagalah sikap. Biar tak cantik di mata orang tapi nampak cantik di mata Allah :)

Image source : http://weheartit.com/entry/18816633

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.