Monday, March 26, 2012

Petang Yang Damai

Hujan yang turun renyai-renyai sejak dari tengahari tadi mengundang rasa yang begitu nyaman pada diriku.  Tambahan lagi dengan suasana yang sungguh aman dan damai serta tenteram membuatkan fikiranku lancar dan mindaku lapang. Alhamdulillah. Sekarang, laptop pun tengah mainkan lagu Gamelan Warisan Melayu Lambang Sari@Turun Gambang. Aku baru tahu asal lagu Gamelan ini dari Terengganu. Indahnya...(Ingat Ganu, ingat Zizan. Bhahahaha! *random) Aku berangan ingin menjelajah seluruh Malaysia suatu hari nanti. Insya Allah, akan sampai jua :)

Akhir-akhir ini, aku semakin dapat memahami siapa diriku sebenarnya. Sebelum ini, waaaaayyyyy jauh sebelum ini, aku masih tercari-cari siapakah diriku. Apa dan kenapa aku ada di sini. Sehinggakan aku mudah terpengaruh dengan rakan-rakan pergaulan yang ramai dan bercampur. Bukannya apa. Kerana peer pressure dan rasa ingin diterima itu sentiasa ada di dalam diri. Apa yang mereka buat, sama ada aku suka atau tidak, aku buat juga. Semata-mata hanya ingin diterima di kalangan mereka. Memang seronok sebenarnya mempunyai rakan-rakan yang ramai. Ya lah, siapa yang tak suka ada rakan kan? Tapi Alhamdulillah...aku bersyukur sebab apa saja yang pernah ku lakukan tidak pernah melampaui batasku sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Aku sedar dan percaya sekarang bahawa Allah sedang melindungiku :')

Dan kini, aku lebih menyayangi diriku. Bagiku, hidup ini memang sebuah anugerah-Nya yang tidak terhingga. Bila-bila masa saja, nikmat hidup ini akan diambil. Yang penting, aku mesti menghargai setiap masa yang ada tersisa sebelum nafasku yang terakhir. Aku juga mempunyai rakan-rakan yang begitu memahami dan penyayang. Alhamdulillah. Kerana mereka, aku menempuh hidup yang begitu damai dan penuh makna. Dan Alhamdulillah...aku punya sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun hidup kami serba sederhana, namun mempunyai orang tua, dan adik-beradik yang penyayang sudah cukup bagiku. Alhamdulillah... :') Aku sangat-sangat sayangkan mereka.

Alhamdulillah...kerana Allah telah menunjukkanku jalan yang betul. Allah juga telah mendengar doaku dan harapanku untuk menggapai sinar-Nya dan mengharap cinta-Nya. Hidupku kini lebih tenang dan damai. Dan hatiku sentiasa bermunajat syukur setiap kali Allah memberiku jalan keluar dari kebuntuan dan kekusutan. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, aku percaya di setiap langkahku, Allah mempunyai sebab yang tertentu mengapa langkahku sebegitu dan hasilnya sebegitu jua. Di setiap kejadian ada pelajarannya tersendiri... Percayalah, pertolongan Allah itu amat dekat. 

... Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah) (Al Baqarah : 214)


2 comments:

  1. *tekan like button* kalaulah ada dat button mcm fb kn manith :DD. Aku pun bersyukur jua sebab melalui fasa yang baru ani :'). Alhamdulillah~ Allah itu dekat.. Selangkah kita berjalan padanya, seribu langkah Dia mendekati kita :'). Touchingg~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..thanks Nad :) :) yes, actually it is fasa baru.aku pun baru realise when i read ur comment :) hehe..awu eh..touching..... :p

      Delete