Monday, April 30, 2012

12M1212 and Zizan

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi"

Tadi pagi, aku bangun dengan kepala yang terasa amat berat. Pandanganku bagaikan berpinar-pinar. Tubuh terasa sengal-sengal dan sakit. Tak sanggup rasanya bangun. Betul-betul berat rasa kepalaku. Akhirnya, setelah berfikir, aku mengambil keputusan untuk MC sahaja hari ini. Nanti petang sahaja aku datang untuk sesi extra class bersama penuntut-penuntut tahun 11.
Di sepanjang pagi, aku hanya mampu tidur dan berehat. Tidak sanggup rasanya ingin berbuat apa-apa. Namun, ku kuatkan hatiku untuk pergi ke sebuah klinik swasta. Untuk medical check ups and getting an MC. Pulang saja dari sana, aku tidur lagi. Tengahari, aku tersedar. Masa untuk lunch sebelum pergi sekolah. 

Sebaik sahaja aku selesai lunch, tiba-tiba uncle ku telefon. Katanya ada orang dari UBD called di kampung. Ambil borang master. I was like, "Wah!!" Happy tidak terhingga. Tapi di dalam hati, tetap berdoa agar berita yang bakal ku terima ini sesuatu yang ku tunggu-tunggu. I spent my 2 hours+ at school for my students, and after that, I went to UBD. ILIA, specifically.

And guess what, I got this!




I was like, "Eeeeep!" masa di dalam lift. Hohoho~ Happy nya aku tidak terhingga. Hatiku tidak henti-henti memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memakbulkan doaku selama ini. Alhamdulillah~ :)


Anyhow, di kesempatan ini (eseh), I, ZFCBN, would like to wish our hero, Zizan Razak, to get well very-very soon! Kesian, yesterday I received a news that he got admitted to the hospital because of muscle stress. He's overworked :'( But yea, he will recover as soon as he gets enough rest. Wish I could pay him a visit too...but...ah well...Doaku untukmu Zizan, semoga kembali sembuh seperti sediakala. Weird huh, aku pun demam because of not enough rest... Can't wait to see that smile on your face, Zizan! :)

Sunday, April 22, 2012

Takut...

Entah kenapa tiba-tiba saja hatiku terasa takut. Fikiranku mula timbul pelbagai bayangan yang menakutkan. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaanku di ketika ini. Di akhir-akhir ini, aku rasa bagaikan tersasar jauh dari landasan kehidupan. Hidupku terlalu sibuk mementingkan hal ehwal keduniaan sehinggakan tiada masa untukku mendekati Tuhan. Astaghfirullahal'azim... Aku jadi begitu takut. Sungguh-sungguh takut sekiranya aku tersasar jauh... Naudzubillahiminzalik! Ya Allah, jangan Kau biarkan aku hanyut... Aku perlukan pertolongan dan kekuatan dariMu... Kuatkanlah hatiku menghadapi hari-hari yang begitu sukar. Jangan Kau biarkanku sendirian... :'(

Sunday, April 15, 2012

Happy Birthday Zizan~ ♫

Happy Birthday To You~ ♫
♫ Happy Birthday To You~
Happy Birthday Dear ZizanG~ ♫
♫ Happy Birthday To You~

Hari ni ialah hari jadi Zizan yang ke 28 tahun. Didoakan semoga Zizan sentiasa berjaya di dalam hidupnya dan akan sentiasa dilindungi di dalam rahmat Allah jua. Amin~ :) Semalam I tweeted him minutes after midnight. Tak lama kemudian, Zizan tweet:


Tentu ramai yang tweet dia waktu tengah malam tu, including aku. Aku satu dalam sejuta. Hehe :D Apapun, sama ada dia nampak atau tidak tweet yang aku bagi kat dia, yang penting doa itu ada :) Happy birthday Zizan! :D :D

Wednesday, April 11, 2012

Nenek Laki dan Nenek Bini

Tadi, hampir tengahari, aku singgah rumah Nenek sebaik sahaja aku balik dari urusan temuduga untuk perumahan. Entah kenapa, akhir-akhir ini, hati ini merasa ingin sentiasa bersama Nenek. Ingin sentiasa dekat bersama mereka. Nenek Laki dan Nenek Bini. Rindu di hati yang teramat sangat. Memang, hampir tiap minggu aku bersama keluarga pulang ke kampung lawat nenek. Tapi, entahlah. Aku rindu sangat-sangat. Tadi aku betul-betul tak sabar ingin berjumpa mereka. Sempat aku singgah restoran, membeli roti telur untuk ku makan bersama mereka. Setibanya aku di sana, hati ini tersasa sungguh gembira. Memang suasana di kampung sungguh tenang dan damai. Sungguh sunyi. Hanya Nenek Laki dan Nenek Bini yang ada. Dan Rini (pembantu rumah). Dan Aunt Idah (isteri uncle Etus). Uncle kerja. Sepupuku, Nuar, pun kerja.

Cuaca yang agak mendung, disertai oleh angin yang bertiup sesekali memberi tanda-tanda hujan akan turun. Aku segera masuk ke dalam rumah. Sudah kelihatan di ruang tamu, Nenek Bini sedang duduk di kerusi rotan sambil mendengar radio. Dia tersenyum melihat aku datang. Hatiku terasa riang. Rasa macam ingin jatuh saja airmata ini tapi ku tahan saja. Rindunya..... Aku terus menghantar roti telur yang ku bawa ke dapur untuk disediakan di pinggan. Nak makan dengan Nenek! :'D

Kami bersembang di ruang tamu sambil menonton Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 14 sehingga waktu tengahari. Nenek Laki turut duduk bersama kami tidak lama selepas aku sampai. Ya Allah, hanya Engkau saja yang tahu betapa sayangnya aku pada mereka. Sayang sangat-sangat. Nenek Laki sudah menjangkau usia 74 tahun, manakala Nenek Bini sudah menghampiri...mungkin 75 atau 76 tahun. Aku tidak pasti. Seingatku, Nenek Bini tua setahun atau pun dua tahun dari Nenek Laki.

Dan petang itu, aku menghabiskan masaku bersama kedua orang nenekku. Though I had a short nap just after I had my lunch :p Pukul 3:30 petang, aku berangkat pulang. Berat rasa kaki ini melankah keluar pintu. Nenek Bini pun kelihatan tidak tentu duduk sebab aku sudah ingin pulang. Kalau bukan kerana esok aku kerja, tentu aku tidak pulang awal. Dia keluar masuk dapur, sambil mencari-cari apa yang patut dibekalkan untukku bawa pulang ke rumah. Somehow, I could feel her feelings. I know, she was sad. Sebaik sahaja aku salam dan cium tangan Nenek Bini, kiss her on the cheeks, I terus turun dari rumah. Di kereta, air mata ku gugur. Fuh~ aku hanya melambai dengan senyuman dari kereta sebaik sahaja keretaku meninggalkan halaman rumah Nenek. Nenek Laki sibuk memotong rumput di halaman kerbaunya. Jadi, aku hanya mampu melambainya dari dalam kereta. Fuh~ Hujan lah hatiku. 

Di dalam perjalanan, hanya mereka di dalam fikiranku. Ya, mereka sudah meningkat tua. Inilah masanya untukku mencurahkan kasih sayang dan perhatian buat mereka. Sungguh, aku sungguh sungguh sayangkan mereka. Tuhan saja yang tahu bagaimana rasa hati ini... Semoga Nenek Laki dan Nenek Bini sentiasa dikurniakan kesehatan yang berpanjangan. Amin Amin Amin~ I miss them now... :( Insya Allah, this Friday aku mahu ke kampung lagi.

Friday, April 06, 2012

Suatu Hari di Gerai Ramadhan

Terkejut tengok tajuk post ni? Hehehe.. Bukannya apa. Aku cuma teringat kisahku sewaktu membeli juadah di Gerai Ramadhan suatu ketika dahulu. Ceritanya macam ni:

Waktu tu, hanya aku dan Adik yang pergi ke sana. Lebih kurang satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Bau makanan, mak oi~ memang mengundang selera lah. Kami pergi round and round and round tempat tu, memikirkan apa yang patut dibeli. Pengunjung pun ramai lah juga. Kawasan tu menempatkan lebih kurang (agak-agak) 100 lebih gerai lah. Banyaakk~ Raamaai~~ and before balik, aku dan Adik singgah ke sebuah gerai, nak beli Roti John. Waktu tu, aku masih tengok-tengok makanan yang ada jual kat gerai tu dan setelah memilih Roti John yang memikat hati, aku pun angkat bungkusan roti tu. Nak bayar.

Tiba-tiba, aku terkedu apabila aku melihat si penjual di gerai itu. Tanpa kusedari, aku tersenyum. Lebar selebar lebarnya. Nampak gigi. Mata bersinar. Lelaki tu hairan tengok aku. Dengan penuh awkward, dia ambil bungkusan roti tadi dan terus memasukkannya ke dalam plastik. Aku masih juga tersenyum. Adik tidak menyedari apa yang berlaku waktu itu. Dia sedang sibuk melihat-lihat juadah lain yang ada dijual di sana. Setelah selesai sesi jual beli tadi, aku pun cakap "Terima kasih," dengan wajah yang paling manis sekali. Lelaki tu cuma senyum sikit je. Masih dengan muka bengangnya.

Sebaik sahaja kami beredar dari situ, aku terus menceritakan pada Adik apa yang berlaku sebentar tadi. Dia cuma ketawakan aku. Mana taknya, aku senyum sebab lelaki tu seiras sangat dengan Zizan~! Waktu tu, aku memang sudah minat kat Zizan. Dan ketika itu, Raja Lawak baru saja masuk musim ke 2. Hehehe~ Dan sampai masa ni, aku masih tertanya-tanya, siapakah lelaki itu?