Sunday, May 27, 2012

Errr...

Minda berserabut. Mata kabur. Kepala sakit. Otak lelah. Nafas mengah. Tangan lelah. Hati kusut. Fuh~! 
Tiba-tiba, wajah mu ada di depan mata.
Tiba-tiba,
Minda tenang. Mata terang. Kepala ringan. Otak lapang. Nafas stabil. Tangan dah tak terasa lelah. Hati riang. Alhamdulillah~!
Mengapa boleh jadi begini?

Thursday, May 24, 2012

Hanya Dia yang dapat membantuku.

Hari ini aku berdepan dengan cabaran yang amat hebat. Sungguh-sungguh hebat sehingga hampir saja aku menitiskan airmataku. Namun, Alhamdulillah. Tuhan memberiku kekuatan dan kesabaran yang begitu kental sehingga membuatku mudah memaafkan mereka yang memang senghaja menyakitiku. Entah, kadang-kadang aku tidak faham kenapa aku susah untuk marah. Namun, ini aku. Aku tidak ingin menyia-nyiakan hidupku dan nafasku untuk menjadi seorang yang pemarah dan pendendam. Bagiku, hidupku ini jauh lebih berharga daripada menjadi seseorang yang hatinya penuh dengan api kemarahan dan benci. Entahlah. Bukan aku tidak kisah, tapi, apabila sesuatu yang terjadi sudah melampau dan tidak mampu aku mengawalnya, aku hanya berserah pada Tuhan. Hanya Dia yang dapat membantuku...

Somehow, these come at the right time both on my twitter and facebook timelines:



 

Wednesday, May 23, 2012

Faith.Hope.Time.

Image source : www.trekearth.com
If Allah brings you to it, He will bring you through it. 
Whatever misfortune you you have experienced, let Allah show you the way out.

Has your heart been broken? Have you ever experienced disappointment and loss?
Trying to figure out how to be happy again? 
You need only three things : FAITH, HOPE, TIME.
Keep the faith alive in your heart, even if it's just a spark.
Hold on to your hope for the future, even by the tips of your fingers.
And let time pass...
In time your faith will blaze again, your hope will soar.

So be patient, trust Allah, thank Him and look for the light at the end of the tunnel.
Hang in there. He will bring you through.

'Attach your heart to Allah and you will never be let down' - Imam Zaid Shakir.

"When I cry, or lose, or bruise, so long as I am still alive, noting is ultimate.
So long as there is still a tomorrow, a next moment, there is hope, there is change, there is redemption.
What is lost, is not lost forever" - Yasmin Mogahed.

Di Wajah Itu

Hari ini merupakan hari terakhir bagi para penuntut Tahun 9,10 dan 11 untuk menghadapi Mid-Year Examination mereka. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semua penuntutku sudah pun menjawab kertas soalan mereka, tidak ada yang ketinggalan pun. Kecuali seorang penuntut Tahun 11, yang sudah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.

Anyhow, talking about 'berhenti sekolah', tadi aku masuk kelasku seperti biasa. Aku terkejut apabila melihat kelasku itu kosong, hanya tinggal dua orang penuntut. Mereka memberitahuku bahawa rakan-rakan mereka yang lain sedang berada di Art Room, membuat projek Batik untuk O-level mereka. Aku berjumpa dengan guru Art mereka untuk mendapat kepastian, and yes, they've been there since morning. 'Rosak lagi lesson plan aku,' rungutku. So, I decided to sit down in class, and had a 'free talk' with these two students. Dengan niat untuk mengenali, mendalami dan memahami lagi situasi dan gaya hidup mereka di sana.

For one hour, I gained a lot. And I realised, reality is really really harsh. Mereka ini merupakan penuntut yang dikategorikan sebagai lemah di dalam pelajaran. And all that I could see was faces of giving up. As if they cannot improve further. Namun, aku dapat merasakan bahawa mereka sebenarnya ingin belajar cuma faktor keluarga dan kewangan membuatkan mereka menjadi bosan dan tidak bersemangat. Di dalam minda mereka hanya memikirkan, berhenti sekolah, cari kerja, dapat duit, bantu keluarga. Memang sedih sebenarnya memikirkan hal sebegini...  Sepatutnya golongan seperti ini memikirkan hal-ehwal maju di dalam pelajaran, bukannya sibuk mencari duit. Education is everything!

Aku sebagai guru baru mereka mencuba sedaya upaya untuk mendengar luahan hati mereka dan memberi kata-kata semangat yang boleh membantu menaikkan semangat mereka. Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur kerana dilahirkan sebegini kerana ada lagi golongan yang jauh lebih susah dari aku. Luahan hati penuntut-penuntut ku tadi memberiku semangat baru agar sentiasa kuat untuk membantu dan membimbing mereka. As I have always told them before, "I believe you all can succeed given that you believe in yourselves". Hatiku sentiasa berdoa agar perjalanan hidup mereka akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan semoga Allah akan sentiasa membantu mereka...

Sunday, May 20, 2012

Apakah Makna Mimpiku Ini...?

Image captured from the Empire Hotel and Country Club, Brunei Darussalam

 Tadi Subuh, aku bermimpi sesuatu yang amat ganjil. It goes like this :

Waktu tu, aku dan adikku bersama beberapa orang yang tidak aku kenali, sedang berada di tepi lautan. Kami sedang menyaksikan matahari yang sedang terbenam perlahan-lahan. Memang suasana pada waktu itu amat indah. Langit yang kekuning-kuningan dan dihiasi oleh awan yang berwarna keungguan dan kelabu. Keadaan laut pun tenang. Tiada gelora.

Sedang matahari itu berada hampir dengan horizon, tiba-tiba ia berhenti. Lalu terus naik semula ke langit dengan lajunya. Kami semua terperanjat. Dan pada masa yang sama, bulan sabit turun dengan lajunya ke horizon. Keadaan mula kecoh. Kedengaran suara-suara orang berteriak, "Kiamat!" Dengan tidak semena-mena, kami terus melarikan diri apabila melihat ombak mula mengejar dari tengah lautan.

Aku dan adikku turut berlari sekuat hati kami bersama orang ramai... And somehow, we both managed to escape from the wave. Selepas itu, aku tidak ingat apa yang terjadi... Sebab aku dah terbangun.

Friday, May 18, 2012

This Birthday Girl

Jumaat. 6 pagi. Aku memulakan hariku dengan penuh ceria dan rasa syukur kerana hari ini merupakan kali ke 26 aku berjumpa dengan tarikh 18/5 di dalam hidupku. Alhamdulillah ^_^ Happy birthday to me~ Hehehe :D Matahari bersinar dengan penuh ceria dan langit pula sudah mula kelihatan membiru. Dengan kicauan burung-burung yang sedang sibuk mencari makanan di pagi hari, aku rasa amat-amat bahagia. Allah telah memberiku umur yang panjang lagi untuk menikmati anugerah yang telah diberinya. Alhamdulillah... :) Di sepanjang hari, hatiku dipenuhi dengan rasa syukur berserta kupanjatkan doa padaNya.... :') 

Below are some tweets I got from my cuz, my loves, my girls and a twitter friend.







Oh, not forgetting this too : 
 
 
Hehehe... :)

Anyhow, 

My first birthday wish tahun ni : Spending time with my Nenek di kampung :D Tengahari, me and Adik went to rumah Nenek :D Ahh.. It was really a good time! Lepas juga rindu pada Nenek~ :') I love you Nenek! I had my birthday lunch there as well! :D :D Kami lepak sana saaaammpai malam :D :D Saaaaaayaaaang Nenek! :D :D Suka sangat tengok dia senyum!
My second birthday wish tahun ni : Zizan reply my tweet! Hehe.. Awal-awal pagi aku sudah memulakan 'projekku'. Aku cuba tweet dia, lepas tu kawan-kawan dia...Lepas tu ZFC people :p Aku berusaha sedaya upaya, termasuk DM dia kat twitter :p Fanatic? No. Sayang... Hehehe~ So, aku tunggu dan tunggu dan tunggu. Hampir setiap 5 minit aku cek twitterku... Pendekkan cerita, at the end of the day, yes, I did get some tweets. But not from Zizan. But from them (as seen below) :D :D Which I feel happy about it too~ :) Oh, Saiful Apek cakap macam tu sebab dia tak dapat nak tolong aku..aku faham.hehe :D thanks Saiful!!






Oh, I had a surprise birthday celebration from my family as soon as we got home from rumah Nenek. :'D :'D Aww...love them much!!!! Love Babah, Mummy, Adik, Moni and Soni!!! :D :D

Malam, I watched Super Spontan. Actually, still hoping for Zizan to reply my tweet :p Though memang tiada juga. Hohoho.. Tapi kan, waktu Super Spontan tu, aku rasa bagaikan diraikan juga sebab Johan bagi Zizan hadiah belated birthday. And geng SS nyanyikan lagu Happy Birthday buat Afdlin and Harun. Awwww.. I feel merry! Hehehehe~ So, takpelah tak dapat tweet dari Zizan. At least, aku rasa merry sebab SS nyanyi lagu birthday juga :p

And yes, it was really a blast day! Doa dari semua buat aku terharu~ :') And I got this from my lovely Sut!!!! I SERIOUSLY LOVE IT!!! Thank you sugar~! Oh, Noni-Zan tu comes from my name and Zizan. Sut and Nad yang genius-ly created that name for me. Hahaha :D :D <3


Sunday, May 06, 2012

Mengajar dan mendidik...

Hari ini merupakan hari minggu yang paling sekejap bagiku. Entah mengapa pada hari ini, aku terasa waktu itu berjalan terlalu pantas. Bagaikan tidak sempat berkelip mata rasanya. Mungkin disebabkan aku bangun akhir tadi pagi. Jam 9:30 pagi. Manakan tidaknya, rasa penat selepas terlibat dengan acara Hari Keluarga di sekolah kelmarin masih terasa. Dan tadi pagi, aku dan sahabatku, Sut, menghadiri acara majlis persandingan sahabat lama kami sewaktu di UBD dulu... Qilah :) She is the first MPP to get married in our MPP family. Whee~ Tahniah Qilah~ Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin~ And I love her dress! So cute~ :)

Anyhow, di sepanjang aku menjadi guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di sini, aku telah banyak mempelajari dan mengalami pelbagai pengalaman yang mengajarku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan penuh keyakinan. Setiap pagi, aku sentiasa mengingatkan diriku sendiri bahawa setiap hari merupakan hari yang baru. Yang berlalu, biarlah berlalu. Belajar dari kesilapan dan perbaiki kelemahan. Itulah yang sentiasa aku sematkan di mindaku. Dan so far, Alhamdulillah, hari-hariku berjalan dengan lancar. 

Aku tidak pasti bagaimana dan macamana boleh perasaan sayang kepada para pelajarku sudah mulai timbul. Aku tidak faham macamana boleh ia terjadi. Sedangkan baru sebulan saja aku mengajar mereka. Entah, aku bagaikan dapat merasakan siatuasi mereka walaupun tidak sepenuhnya. Terutama pelajar yang low ability. Aku dapat melihat di dalam diri mereka ada perasaan low self esteem, walaupun hakikatnya mereka sungguh-sungguh nakal. Di sebalik wajah yang selalu ketawa dan bermain di dalam kelas itu, aku dapat melihat mereka yang memerlukan perhatian dari seorang guru. Memerlukan kasih sayang yang tidak mereka dapat dari rumah.

Aku hairan. Kerana mereka dari golongan kelas yang selalu dilabel oleh guru-guru lain sebagai kelas yang nakal, pemalas dan suka melawan cakap guru ini sebenarnya boleh jadi pandai. Mereka pernah mengadu padaku kerana ada guru mereka yang melabel mereka sebagai 'tidak pandai'. Bukankah kata-kata seorang guru itu bagaikan doa? Sama seperti kata-kata dari kedua ibu bapa? Jadi, kalau seorang guru itu melabel mereka sebagai penuntut yang bermasalah, sudah tentu mereka akan sentiasa menjadi penuntut yang bermasalah. Kerana tiada yang membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Bukankah seorang guru itu sepatutnya mempunyai sifat empathy?

Aku masih teringat kata-kata salah seorang guru kaunseling ketika kami mengadakan meeting di suatu ketika dahulu. "Kita sebagai guru bukan sahaja mengajar penuntut malah kita juga mendidik penuntut untuk menjadi pelapis generasi kita di masa akan datang". Sentiasa ku pegang kata-katanya itu. Memang susah mendidik anak orang tetapi sekiranya kita benar-benar ikhlas, dengan niat demi meraih keberkatan Allah kerana menyenangkan kehidupan manusia lain, insya Allah, akan dipermudahkan jua. Aku sendiri sedang mengalaminya. Aku mencuba dan terus mencuba untuk mendidik mereka dengan ikhlas dan penuh perhatian serta komited kerana mereka inilah bakal peneraju negara di masa hadapan.

Aku dahulu bukanlah seorang penuntut yang sentiasa mendapat markah cemerlang ketika di sekolah. Aku hanyalah penuntut biasa. Namun, aku percaya, dengan didikanku, penuntut ku sekarang akan boleh berjaya sekiranya mereka juga mahu berusaha bersamaku. Aku sering memberikan mereka dorongan dan kata-kata motivasi agar mereka percaya bahawa mereka juga boleh berjaya seperti orang lain.
 
Aku juga sering menanamkan sifat percaya dengan diriku sendiri bahawa aku boleh mengajar mereka dengan baik, walaupun hakikatnya aku seorang yang mudah gelabah. Terutama apabila mengajar topik yang susah seperti Transformation dan Vectors. Memang aku seorang yang mudah gelabah sekiranya apa yang aku hadapi adalah sesuatu yang sukar bagiku. Namun, aku sudah mulai pandai mengawal daya pemikiranku. Kerana 'kegelabahan'ku itu datangya dari pemikiran yang berkecamuk. Positive thinking yield positive results. Jadi, aku sering berkata dengan diriku sendiri, "You can do this". So, I believe that if I believe in myself, students will believe in me too, and hence, they also will believe in themselves. :)

Okaylah, terlebih panjang post ku malam ni. Yeah, I just need to get rid of all thoughts in my mind right now... Good night :)