Saturday, June 30, 2012

Hari Terakhir di Bulan Jun 2012

Hari ini merupakan hari terakhir Jun bagi tahun 2012. Tidak akan datang lagi hari ini. Tidak akan terganti lagi setiap saat yang berlalu. Dan tidak akan terulang lagi apa yang telah terjadi di hari ini. Semuanya sudah pergi meninggalkan kita. Jadi kenangan, jadi sejarah.

Soalannya : Adakah kita sudah melakukan yang terbaik pada hari ini? Jawapannya, terpulang pada diri sendiri. Tanya hati, tanya minda.

Friday, June 29, 2012

Majlis Pengislaman dan Birthday Combo

Semalam aku pergi ke rumah sepupuku di atas jemputannya. Dia dan adiknya masuk Islam. Aku dan kedua orang tuaku pergi ke sana. Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar dan sempurna. Tiada cacat celanya. Aku juga bertemu dengan kakaknya, Nunoi. Wah, sudah lama tidak berjumpa, terasa rindu sangat di hati. Dia baru saja melahirkan anak pertamanya pada 16 Jun yang lalu. Anaknya masih merah lagi. Namanya Zara Aamily.

Sewaktu bercerita itulah aku mula teringat kisah sewaktu kami masih lagi muda remaja. Macam-macam cerita dan luahan hati yang timbul. Sekarang dia sudah berkahwin. Perbualan kami tidak lagi macam dulu. Biasalah kan, semakin meningkat dewasa, corak pemikiran pun berubah. Wah, rindunya... Sepulangnya aku dari sana, aku rasa gembira semacam. Entahlah, mungkin sebab sudah terlepas rasa rindu di hati.

Tadi tengahari pula, aku ada lunch date dengan kawan-kawanku, Nad and Sut. Oh yeah, Nad's sister pun ada. It was really a good time. Sudah lama tidak duduk dan bersembang macam itu, jadi macam-macam lah yang keluar. Hehehe... Love you girls!

Petang pula, kami menyambut birthday combo di rumah Nenek. Birthday Adik, and my two cousins, Diding and Azura. It was really fun! And the most fun thing was... The food that I prepared habis semua :D puas rasa di hati melihat semua ahli keluarga yang hadir kenyang. Masing-masing menunjukkan wajah puas. Hehehe... Ni yang buat aku ingin mendalami ilmu masakan lagi :D

Apa pun, hari ini dan semalam merupakan di antara hari yang begitu bermakna buatku... I feel different now. I feel...happier :) Semoga ikatan kekeluargaan kami tidak akan longgar buat selama-lamanya... Amin...

Monday, June 25, 2012

Wanita dan Pohon Semalu...

 
Pada suatu hari Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu. Kakinya berdarah lalu dia mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini, iaitu :
  • Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  • Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .
  •  Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna, wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah.
  • Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Saturday, June 23, 2012

Pujian...

Bilaku Terkenang...


home-biba.blogspot.com
Bilaku terkenang waktu itu, aku tersenyum sendiri. Entah macamana boleh ia berlaku tapi kenangan itu terpahat kemas di minda ini. Setiap perpisahan yang berlaku membawa kepada pertemuan baru. Aku percayakan itu. Apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Mungkin aku tidak mengetahuinya ketika ini tetapi di masa akan datang, insya Allah, apa yang telah terjadi akan membawa petunjuk yang pasti. Tidak akan aku luahkan perkara itu di sini. Biar ia sentiasa tersemat di hati. Yang penting, peristiwa itu memberiku harapan dan semangat baru. Dan ia seolah-olah memberitahuku bahawa hidup ini jauh lebih indah dan berseri dari yang aku sangkakan. Alhamdulillah~ Pertemuan itu memberi sinar baru di dalam hidupku. Apapun, I'm going to miss that moment... Insya Allah, dengan izin Allah jua, kita akan bertemu lagi :)

Tuesday, June 19, 2012

A Message to The Youth...

via: psychomind.tumblr.com
 
Northland College (NZ) principal John Tapene quoted the following words from a judge who regularly deals with youth.

"Always we hear the cry from teenagers 'What can we do, where can we go?" My answer is, "Go home, mow the lawn, wash the windows, learn to cook, build a raft, get a job, visit the sick, study your lessons, and after you've finished, read a book."

"Your town does not owe you recreational facilities and your parents do not owe you fun. The world does not owe you a living, you owe the world something. You owe it your time, energy and talent so that no one will be at war, in poverty or sick and lonely again."

"In other words, grow up, stop being a cry baby, get out of your dream world and develop a backbone, not a wishbone. Start behaving like a responsible person. You are important and you are needed. It's too late to sit around and wait for somebody to do something someday. Someday is now and that somebody is you..."
Source: anakbrunei.org

Sunday, June 17, 2012

Mimpiku di waktu Subuh Isra' Mi'raj...

Waktu itu, aku sedang bercerita bersama rakan-rakanku di beranda sebuah pondok usang. Hujan yang turun renyai-renyai membuatkan suasana begitu sejuk dan tenang. Kami semua berasa gembira dengan kehadiran masing-masing kerana sudah lama tidak berjumpa. Aku masih ingat waktu itu aku mengenakan blouse putih kegemaranku, dihiasi bunga-bunga kecil berwana merah dan hijau, pendek lengan dan seluar jeans favourite ku yang berwarna biru tua. Aku tidak bertudung. Boleh lah dikatakan penampilanku waktu itu sempoi saja.

Tidak lama kemudian, salah seorang dari rakanku mengajak kami semua untuk sembahyang. Aku tidak pasti waktu apa tapi one of them gave me a telekung. I could feel myself holding onto it so tightly, and just merenung telekung yang sungguh putih dan bersih itu. Dalam hatiku berbisik, "Boleh tutup auratku ni". Lalu, aku bersama rakan-rakanku yang lain melangkahkan kaki ke tempat sembahyang yang terletak tidak jauh dari situ. In another pondok yang berhampiran. Sejadah sudah pun tersedia untuk kami. Aku mengambil tempat di hujung sekali.

Malangnya tempat kami sembahyang itu terkena tempias hujan yang masih belum berhenti. Sejadahku basah. Namun, memandangkan hanya di sana tempat yang ada, kami pun sembahyang. Tapi tidak berimam. Niat sembahyang seorang diri. Aku masih ingat kami menunaikan sembahyang empat rakaat. Memang tepat dan complete setiap pergerakanku. Cuma, aku bagaikan tersekat-sekat sewaktu membaca bacaan-bacaan di dalam setiap pergerakan...

Selesai sembahyang, aku tidak menanggalkan telekungku, malah terus memakainya sehingga kami sama-sama pulang ke pondok yang usang tadi...

>> Mimpiku terputus hingga di situ. Aku lantas tersedar dan terus mandi... memikirkan apakah maksud di sebalik mimpiku itu. And I realised, aku mendapat mimpi itu sewaktu Subuh Isra' Mi'raj...

Wednesday, June 13, 2012

Mencintai-Mu...

google.com

Ya Allah,
Kurniakanlah aku kesabaran,
Kurniakanlah aku kekuatan,
Kurniakanlah aku ketabahan,
Kurniakanlah aku kecekalan,
Di dalam menghadapi hidup,
Yang sentiasa mencabar ini...

Ya Allah,
Jangan Kau biarkan aku sendiri,
Jangan Kau biarkan aku menangis,
Jangan Kau biarkan aku lemah,
Jangan Kau biarkan aku sesat,
Di dalam mencari rahmat dan nurkasihMu...

Ya Allah,
Tolonglah aku,
Bantulah aku,
Pandulah aku,
Bimbinglah aku,
Agar aku tidak mencintai selain dariMu...

Sesak.

Kadang-kadang...aku merasa begitu takut untuk keluar rumah...takut kerana terlalu banyak kemungkaran...terlalu banyak kelalaian...terlalu banyak kesesatan...

Selalu...aku merasa sungguh sesak...sungguh senak...sungguh lemas...tenggelam...dalam...kerana kehidupan manusia yang sungguh tamakkan harta duniawi...harta yang membutakan hati...

Pernah sekali...aku ingin dimatikan saja...kerana dunia yang sungguh menyeksakan...dunia yang terlalu tua...dunia yang gilakan harta...dunia yang tidak pedulikan maruah...dunia yang sungguh gila...

Tapi...aku lebih takut...kerana aku langsung tidak bersedia untuk dunia sana...

Wednesday, June 06, 2012

Empty.

Image source : google.com

I was listening to Jason Mraz's I Wont Give Up. Somehow the lyrics made me feel...empty. Yeah, empty. And I realised, I have been alone for so long. It's not that I don't want to fall in love again but I am scared. Scared of being hurt again. Scared of being left alone again. And the most important thing is, I am scared of being diverted away from Him... *Pray hard. 

"Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision."
Surah An-Nur, verse 26.

Tuesday, June 05, 2012

Hopes and happiness...

Alhamdulillah, hari ini aku dapat lalui sesi persekolahan dengan tenang. Pagi-pagi lagi, hujan sudah mula membasahi bumi. Suasana sekolah begitu aman dan damai. Dan hari ini, aku mula menjalankan tugas sebagai assistant form teacher. And the class that I am managing is my own Math class. The class yang selalu buat aku sakit kepala. 

Jam 7:15 pagi, aku sudah pun berada di dalam kelas mereka. Memeriksa kehadiran dan keramaian penuntut yang ada. Selama 15 minit aku di sana, Alhamdulillah, semuanya lancar. Beberapa orang penuntut berborak bersamaku pagi itu, and at the same time, I was sticking their classlist on the inside cover of their attendance book. And this one boy was actually watching me and said, "Cher, baru tah ada urang pernah ni buat macam ani untuk kami". I was stunned for seconds but didn't really show it on my face. I didn't do much! I was just sticking their classlist (which was never been there all this time and gave problems to the subject teachers in checking students' names) into the attendance book and taking their attendance! That's all! And I was like, "Oh yea?" And just smiled to them. And with that pure, sincere smile, I saw faces of hopes and happiness...

Entah somehow, hatiku tersentuh. Ya Allah, kesian students ni. Memang I was already informed that their class teacher seldom and almost never enter their class for early morning registration. I don't know why and I don't want to know. All I want to do is to carry out my responsibility. And realised, just because their teacher doesn't enter their class, these students terasa bagaikan terpinggir. Terasa bagaikan tidak dipedulikan. Tadi pagi, somehow, hatiku terasa bahagia dan puas kerana aku dapat melihat senyuman gembira di wajah-wajah penuntutku di pagi hari...

Di sepanjang hari, aku banyak mendiamkan diri. Berfikir dan berfikir. Apa sebenarnya masalah penuntut-penuntut yang di label sebagai "pemalas, melawan, tidak berdisiplin" ... yada-yada-yada~ Jauh di sudut hatiku, perasaan sayang itu semakin kuat. Sayang bukan kerana apa. Sayang kerana mereka ini bakal peneraju negara. Bakal menjadi pemimpin generasi akan datang...

Dan petang tadi, aku menghadiri sesi Induksi untuk guru-guru baru. Alhamdulillah, dari sesi itu, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat di ambil. Aku sedar, I've been so carried away lately. Banyak yang aku terlepas pandang dan banyak yang buat aku terlalai. Aku sedar, aku masih perlu belajar banyak perkara untuk menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Sesi Induksi tadi focused more towards kerohanian and tanggungjawab guru dari segi Islam. And seriously, I just felt like crying tadi. Entah lah. And aku masih teringat-ingat lagi kata-kata that boy tadi pagi. Sighs~

Ok lah, that's all. I feel different today.


Saturday, June 02, 2012

Pfft.

Ditindas dan tertindas. Bila kuasa disalahguna, orang lain jadi mangsa. Jangan disalahkan keadaan. Jangan disalahkan sesiapa. Sifat dengki dan tamak menimbulkan semua. Apakah penyebabnya?

Just a random post.

Hai :) Tadi aku tengok Super Spontan Final. Zizan jadi Juara untuk SS musim pertama ni :) And Johan came 2nd. Really, I envy their friendship. Tadi Zizan nangis, aku pun terikut mengalirkan airmata. Sweet sangat-sangat :') Tersentuh pula hati ini melihat persahabatan Jozan. Apa pun, tahniah Zizan :) Tahniah Johan. Tahniah Jozan! :) Memang dah terbukti you both are the best. Kata-kata Zizan yang menyentuh hati aku ialah "Tidak ada orang yang boleh pisahkan Jozan" Sweet kan? :') Ok. Good night. <3 <3 <3