Saturday, June 23, 2012

Bilaku Terkenang...


home-biba.blogspot.com
Bilaku terkenang waktu itu, aku tersenyum sendiri. Entah macamana boleh ia berlaku tapi kenangan itu terpahat kemas di minda ini. Setiap perpisahan yang berlaku membawa kepada pertemuan baru. Aku percayakan itu. Apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Mungkin aku tidak mengetahuinya ketika ini tetapi di masa akan datang, insya Allah, apa yang telah terjadi akan membawa petunjuk yang pasti. Tidak akan aku luahkan perkara itu di sini. Biar ia sentiasa tersemat di hati. Yang penting, peristiwa itu memberiku harapan dan semangat baru. Dan ia seolah-olah memberitahuku bahawa hidup ini jauh lebih indah dan berseri dari yang aku sangkakan. Alhamdulillah~ Pertemuan itu memberi sinar baru di dalam hidupku. Apapun, I'm going to miss that moment... Insya Allah, dengan izin Allah jua, kita akan bertemu lagi :)

2 comments:

  1. Curious.. curious hehehe >_<). Allah Maha Merancang. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya :). Mayb nanti u'll meet him again in d future. Or is it a she? XD

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete