Sunday, June 17, 2012

Mimpiku di waktu Subuh Isra' Mi'raj...

Waktu itu, aku sedang bercerita bersama rakan-rakanku di beranda sebuah pondok usang. Hujan yang turun renyai-renyai membuatkan suasana begitu sejuk dan tenang. Kami semua berasa gembira dengan kehadiran masing-masing kerana sudah lama tidak berjumpa. Aku masih ingat waktu itu aku mengenakan blouse putih kegemaranku, dihiasi bunga-bunga kecil berwana merah dan hijau, pendek lengan dan seluar jeans favourite ku yang berwarna biru tua. Aku tidak bertudung. Boleh lah dikatakan penampilanku waktu itu sempoi saja.

Tidak lama kemudian, salah seorang dari rakanku mengajak kami semua untuk sembahyang. Aku tidak pasti waktu apa tapi one of them gave me a telekung. I could feel myself holding onto it so tightly, and just merenung telekung yang sungguh putih dan bersih itu. Dalam hatiku berbisik, "Boleh tutup auratku ni". Lalu, aku bersama rakan-rakanku yang lain melangkahkan kaki ke tempat sembahyang yang terletak tidak jauh dari situ. In another pondok yang berhampiran. Sejadah sudah pun tersedia untuk kami. Aku mengambil tempat di hujung sekali.

Malangnya tempat kami sembahyang itu terkena tempias hujan yang masih belum berhenti. Sejadahku basah. Namun, memandangkan hanya di sana tempat yang ada, kami pun sembahyang. Tapi tidak berimam. Niat sembahyang seorang diri. Aku masih ingat kami menunaikan sembahyang empat rakaat. Memang tepat dan complete setiap pergerakanku. Cuma, aku bagaikan tersekat-sekat sewaktu membaca bacaan-bacaan di dalam setiap pergerakan...

Selesai sembahyang, aku tidak menanggalkan telekungku, malah terus memakainya sehingga kami sama-sama pulang ke pondok yang usang tadi...

>> Mimpiku terputus hingga di situ. Aku lantas tersedar dan terus mandi... memikirkan apakah maksud di sebalik mimpiku itu. And I realised, aku mendapat mimpi itu sewaktu Subuh Isra' Mi'raj...

No comments:

Post a Comment