Monday, July 02, 2012

Baby uncle~

Malam ini aku dan Mummy serta Adik pergi ke Hospital RIPAS untuk melawat cousin baru aku ^_^ Anak lelaki pertama kepada Uncle Winnie dan Aunt Amey yang lahir pada jam 1215 tengahari tadi. Sebaik saja kaki ini melangkah masuk ke dalam wad, bau yang begitu harum mula keciuman. Ahhh... Bau anak damit yang baru lahir... ^_^ Terasa tenang di hati ini tiba-tiba... Dan apabila mata ini melabuh pandangan ke wajah sepupu baruku, hatiku tersentuh... Ingin saja ku mengalirkan airmata. Wah...cantiknya...sucinya...hati ini memuji kebesaran-Nya :') Apa pun, sekalung tahniah buat Uncle Winne dan isteri kerana selamat menimang cahayamata yang pertama :)

No comments:

Post a Comment