Saturday, July 28, 2012

Bilaku Merindu~

Hari ini merupakan sesi orientasi bagi mahasiswa/i yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan kedoktoran di Universiti Brunei Darussalam. Aku merupakan salah seorang daripada mereka. Aku tidak pasti bagaimana untuk meluahkan perasaanku yang sebenarnya. Gembira, sedih, teruja, berdebar, takut dan macam-macam lagi. Baru 2 tahun ku meninggalkan alam universiti dan kini aku kembali lagi. Sesungguhnya aku benar-benar nervous dan..entah. No words can describe my feelings. Aku sedih juga sebenarnya sebab kawan-kawanku tiada di sisi. Sedihlah sangat. Tapi on the other hand, aku rasa gembira kerana mendapat peluang ini. Alhamdulillah.

Hari pertama aku mula menjejakkan kaki ke universiti sudah disambut dengan ke-tidak-lancar-an pengurusan oleh ahli sukarelawan yang terlibat dengan sesi orientasi. Ah well, who am I to judge kan? Mula dari sana, aku sudah mula tersentuh hati. Terkenang saat-saat aku dan kawan-kawanku sewaktu bertugas sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dahulu. Kami juga pernah mengalami situasi sebegitu. Ingin saja ku mengalirkan airmataku tadi bila perasaan rinduku mula membuak-buak.

Sebaik sahaja pendaftaran selesai, sesi taklimat bermula. Macam biasalah. Taklimat... So, yeah... And when it came to HEP matters, sekali lagi aku hampir saja emotional breakdown. Bukannya apa. Kerana teringat lagi kawan-kawan MPP ku dahulu. Sungguh, aku rindu. Rindu sangat-sangat. Ku tahan saja airmataku dari mengalir. Terlalu banyak kenanganku bersama mereka. Terlaluuuuuu banyak. Penerangan daripada pegawai HEP pun tidak dapat ku fokus. Entah mengapa. Setiap sudut di Senate Room itu mengingatkan aku pada teman-teman MPP ku dulu... :') Nasib baiklah aku tidak menangis pada waktu itu juga.. Kalau tidak, entahlah apa akan terjadi.

Selepas dari sesi taklimat, aku dan kawanku mula sibuk menguruskan hal-ehwal scholarship dan pendaftaran modul untuk program kami. Aku mengambil Master in Management. Satu dunia baru buatku. Mana tidaknya. Kelulusanku dulu Bachelor of Science (Education). Tau-tau, belajar peringkat sarjana di dunia baru. Tidak dapat dinafikan bermacam-macam yang ada di dalam mindaku. Resah gelisah, takut, negative thinking, mediocre dan sebagainya. Ya lah, mostly yang ambil programme ni orang-orang in-service, background finance and accounting. Aku pula? Background Mathematics dan Biologi. Memang, aku ingin nangis juga sebenarnya sebab terlalu nervous. Kerana dunia ini begitu asing bagiku.

Tapi aku percaya, Tuhan telah memberikan aku satu peluang keemasan. Aku percaya Dia bagi aku peluang ini sebab Dia tahu aku akan dapat melakukan yang terbaik. Insya Allah... Ada hikmah di sebalik semua ini. Aku percaya. Mungkin sebab tadi aku culture shock, dan dah 2 tahun meninggalkan UBD. Sebab itu aku rasa asing sangat. Plus, tidak ramai kawanku yang ada. Kalau ada pun, program lain... Dan aku percaya, this is my best choice. I won't step back. Instead, I will pursue and will stay strong, insya Allah... Hari Isnin ini akan bermula satu period baru di dalam hidupku. Semoga akan dipermudahkan perjalananku kali ini. Amin amin amin~!

 


No comments:

Post a Comment