Wednesday, September 05, 2012

Hati memilih untuk bahagia

Malam berganti siang, siang berganti malam. Pejam celik pejam celik, sekarang sudah pun memasuki 19 Syawal 1433H. Rasanya belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam terutama ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh mahu pun dekat. Alhamdulillah, aku sendiri turut merasa kemeriahan Raya tahun ini walaupun diselang-selikan dengan perasaan sedih dan berdukacita apabila mendengar berita-berita yang kurang menyamankan hati di luar sana. Dunia...dunia... Bila ia dikejar, semakin ia membuatkan hati ini menjadi tamak. Ingin lagi dan lagi. Sehingga lupa tujuan dan matlamat sebenar di dalam hidup.

Ya, aku sedar di akhir-akhir ini, hidupku terlalu sibuk dipenuhi dengan urusan dunia sehingga kadangkan aku sendiri merasa terlalu lalai dan hanyut dari tujuanku sebenar. Sinar itu sebenarnya yang ku kejar. Yang ku idam-idamkan. Yang ingin ku capaikan. Yang ingin kugapai. Adakalanya aku merasa dekat sangat dengan-Nya sehinggakan apa yang aku inginkan dikabulkan. Aku merasa selamat dekat dengan-Nya. Dan adakalanya aku merasa terlalu jauh dari sinar-Nya sehingga membuatkan aku terlalu lalai dan alpa. Lupa dan hati mula terasa resah dan kelam. Bagaikan melalui terowong yang gelap, tiada cahaya. Dan pada saat inilah hati ini mula menangis dan meronta agar tidak dijauhkan sinar itu. Agar tidak diambil hidayah yang diberi. Dan agar tidak dijauhkan dari-Nya.

Aku bersyukur kerana dengan menjaga dan memahami kehendak hati ini, aku telah dapat melangkah perlahan-lahan menuju ke arah sinar itu. Aku mempunyai rakan-rakan yang mempunyai tujuan yang sama, walaupun mereka telah melangkah lebih jauh dari aku. Namun aku bersyukur sekali kerana mereka sentiasa menghulurkan genggaman tangan yang erat untuk membantuku sama-sama melangkah ke arah sinar itu. Alhamdulillah... :') Semoga umur ini dipanjangkan untuk menggapai sinar itu. Amin...

Baru-baru ini, aku menerima satu sms dari seorang sahabat lama yang sangat-sangat ku kenal luar dan dalamnya. Perpisahan dipersetujui di antara kami demi menjaga hati dan persahabatan yang terjalin. Sms itu mengatakan bahawa Raya tahun ini agak kelam dan tidak berseri. Begitu berlawanan sekali dengan Rayaku. Yang sebenarnya jauh lebih meriah dan indah walaupun sederhana. Aku merasa kasihan sebenarnya... Tapi... Itu apa yang dikehendaki hati. Kalau hati ingin bahagia, apa yang ada disekeliling akan turut membahagiakan, walaupun sebenarnya tiada apa yang membahagiakan. Namun, sekiranya hati memilih untuk bersedih, walau banyak mana pun harta yang ada, walau ramai kawan sekali pun, apa yang dipandang dan dirasa hanyalah kesedihan. Tiada kebahagiaan. Malah setiap senyuman yang diberikan mungkin dianggap sebagai satu sindiran. Itu adalah pandangan dari mata seorang pesimis.

Ok, sebelum aku bermotivasi panjang lebar, lebih baik aku berhenti di situ sahaja. Hehehe... ;) Apapun, aku sekarang merasa lebih bahagia dan gembira berbanding dengan sebelum ini. Aku telah banyak belajar dari pengalaman dan memerhatikan orang-orang di sekelilingku. Kebahagiaan bukan bermula dari orang lain. Ia bermula dari kita sendiri. Jika kita sendiri tidak memilih untuk bahagia, masakan kebahagiaan itu datang, kan? :) Ok dear, enough with the lecture.... Sebelum itu, aku sudah mula memegang hadis ini sekuat-kuatnya :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Ok... selamat malam :)

2 comments:

  1. Asalamu alaikum,

    JazakAllah khair for sharing this lovely post may Allah (subhana wa ta'ala) bless your soul & accept your efforts for Islam inshAllah, Aameen.

    Have replied to your comments over at my blog, sorry was a bit late in replying.

    Take Care
    Fee Amanillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      thank you so much for the du'a. :') you made me teared...

      Ameen ameen ameen...the same du'a goes to you too...

      And take care too :)

      Delete