Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha :)

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam yang menyambutnya :) Tadi kedengaran suara Takbir bergema di TV setelah usainya azan fardhu Maghrib. Hati ini terasa sayu mendengar kemerduan suara yang melantunkan takbir yang sungguh indah itu. Terdiam seketika menghayati kalimat-kalimat indah yang dialunkan sebegitu merdu. Berterima kasihku kepada Mu kerana masih lagi bernafas diri ini untuk menghayati alunan takbir Raya. :')

Tadi tengahari, aku dan Mummy sedang menonton siaran langsung penukaran kain kiswah Ka'abah di TV Al-Hijrah. Entah aku pun tak ingat macamana aku tertukar ke channel itu. Di sana, jam baru saja menunjukkan pukul 7++ pagi. Alangkah indahnya suasana di sana. aku sungguh terpegun melihat umat Islam yang sedang tawaf mengelilingi Ka'abah. Tidak terkata-kata untuk menerangkan perasaan di hati ini. Namun, cita-citaku ingin ke sana suatu hari nanti.

"Siuk usulnya ah di sana. Kan Islam ku ni. Kan merasa ku nanti ke sana. Mudahan badan sihat," tiba-tiba Mummy berkata. Aku yang sedang sibuk bermain iPadku tersentak. Hati terasa berbunga-bunga. Terhenti jariku bermain seketika.
"Bah, bila?" aku bertanya. Gembira. Terasa bagaikan diri ini sudah berada di sana. Dekat dengan-Nya.
"Nanti, Islam ku ni nanti," jawab Mummyku. Aku hanya terdiam. Gembira.Waaaahhhh~ :') Niat itu sudah ada. Kuat. Terasa dari cara Mummy bercakap :') Kuat hatiku ingin membawa dia ke sana suatu hari nanti. Semoga akan dipermudahkan jua. Amin~



No comments:

Post a Comment