Wednesday, November 21, 2012

~Untitled~


Pagi tadi aku tersedar pada jam 4 pagi. Entah kenapa aku rasa lain macam. Sunyi. Sepi. Sesekali terdengar bunyi motor di jalan besar yang letaknya kira-kira 200 meter dari rumahku. Mungkin orang yang kerja shift pagi. Baru pulang atau pun baru mula kerja. Suasana di luar masih gelap. Kaku. Aku hanya berbaring melihat ke arah jendela. Memandang langit yang kelam.

Tiba-tiba hatiku merasa sedih. Ingin mengalir airmataku. Aku tiba-tiba terbayang suasana di Gaza Palestin sekarang yang dihujani oleh roket-roket tentera Yahudi. Berkali-kali ku terbaca berita tentang krisis Gaza-Israel, aku menangis. Mengalir airmataku melihat berita-berita yang sungguh hiba ini. Betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di sana sini tersebar gambar-gambar para Syahid yang sungguh memilukan sehingga aku tidak sanggup lagi melayari laman sosial yang banyak menyebarkan berita ini. Kanak-kanak, dewasa, dan orang tua. Semuanya menjadi mangsa kejam tentera Yahudi. Sungguh, di manakah letaknya perikemanusiaan mereka? Apakah mereka itu manusia?

Setiap waktu, hatiku berdoa. Berdoa dan berdoa memohon bantuan Tuhan untuk menolong warga Palestin yang sengsara. Sungguh, aku menangis hiba dengan keadaan nasib yang menimpa mereka. Hanya Dia yang tahu apa yang kurasakan. Dan aku pasti, ramai yang merasakannya juga. Pada waktu yang sama, aku menjadi takut. Apakah ini tandanya hari Kebangkitan bakal tiba tidak lama lagi? Melalui tanda-tanda yang sudah jelas kelihatan, memang hampir kesemuanya sudah ada. Hatiku jadi kecut. Aku menangis lagi bila memikirkan hal ini. Di manakah aku diletakkan nanti di 'sana'? Sungguh... Aku takut........ Sungguh tidak ku termampu menyampaikan melalui kata-kata perasaan takutku ini...... Ya Allah, Kau matikanlah aku di dalam keadaan yang beriman pada Mu........Ya Allah.....Ya Allah....Ya Allah..................

Wednesday, November 14, 2012

When We Just Can't Let Go of Each Other

Harini aku ada janji temu dengan kawan-kawan tersayang!! Sut, Nad and Zira! Rinduku pada mereka memang tahap yang tidak terbendung lagi. The last time we met was at Sut's house. Last September. So, it was a 5 minute instant plan last night and we decided to meet up at CA Mohammad, Gadong. Today. At 5 pm. Aahhhh....! Rindunyeeeee~~~! And there, at the restaurant, we chit-chatted like we couldn't stop. I just can't explain how I love them so much but yeah, I love them so much. Lepas tu kan, we all went temankan Nad shopping for her mum. It was around 7pm when we decided to go home. It was all smooches-and-hugs-and-multiple-goodbyes when each of us had this feeling of not wanting to go home at that moment. So, we decided to go watch a movie instead. A random one. And it was Istanbul Aku Datang.

Seriously, this movie was the only Malay movie yang buat aku emosi dan touched sangat-sangat. Like, seriously touched me deep-deep down there at the bottom of my heart. Eseh. Hehe~ Lisa! Beto! Gosh, just the perfect combination :D The storyline was just awesome! And till now, at this moment, aku masih ada this unexplainable happy and blessed feeling. I think because ada some parts of the movie actually happened to me before. Seriously sama that I really could understand the whole situation. And yeah, it's an A++ (x 1,000,000) movie; for a Malay movie of course. No, I'm not exaggerating. It's true. Go see yourselves! :D 

And yeah, that was really a wonderful night spent with my lovely friends! That moment of when-we-just-can't-let-go-of-each-other was just hilarious! Orang sekeliling tengok kami dan mungkin mereka pun hairan. Tak jadi pulang ke rumah lah pula budak-budak ni. Bukan main hugs-and-kisses-and-goodbyes diorang! Hehehe~ Alhamdulillah for giving me and my friends this moment! xoxo D. "published" --> trademark Lisa as Dian in the movie. Cute!

Monday, November 12, 2012

Matamu, senyummu.


Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana kuatnya dirimu,
di dalam mengharungi hidup yang penuh liku.

Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana ikhlasnya hatimu,
untuk menghiburkan hati para peminatmu.

Melalui matamu,
ku dapat melihat,
bagaimana sayangnya dirimu,
pada keluarga dan teman-temanmu.

Dan

Melalui senyummu,
ku dapat melihat,
bagaimana jerihnya usahamu,
demi mendaki ke puncak impianmu.

Melalui senyummu,
ku dapat melihat,
bagaimana gigihnya semangatmu,
demi meneruskan perjuanganmu.

Melalui senyummu,
Ku dapat melihat,
bagaimana kau berusaha menyembunyikan,
apa yang tersirat di hatimu.

Kau sumber inspirasiku.

Tanya hati, tanya minda.

"Vaccinate yourself against excusitis, the disease of failures" (Schwartz, 1959). 

Apa itu excusitis? Dr. David J. Schwartz, di dalam bukunya, The Magic of Thinking Big, ada menerangkan bahawa excusitis ialah sejenis 'penyakit' minda yang menghalang kita daripada berjaya. Singkatnya, excusitis ialah sikap yang suka memberi alasan. Excusitis boleh muncul di dalam pelbagai jenis tapi di antara yang paling teruk ialah: health excusitis, intelligence excusitis, age excusitis dan luck excusitis.

 Health excusitis: Menjadikan kesihatan sebagai alasan. Contoh: "Saya ada penyakit X. Tak mungkin saya mampu membuatnya"

Intelligence excusitis: Kadar kepintaran sebagai alasan. Contoh: "Saya bukannya ada ijazah pun. Tak mungkin saya boleh berjaya dalam hidup"

Age excusitis: Umur sebagai alasan. Contoh: "Saya sudah tua. Tak mungkin saya boleh buat begini"

Luck excusitis: Menyalahkan nasib. Contoh: "Saya memang sentiasa tidak bernasib baik. Saya takkan mampu buat itu semua"

Sumber: Schwartz, D.J., (2007). The Magic of Thinking Big. 3rd ed. New York, USA: Prentice-Hall Inc.

******

Semua ini merupakan di antara perkara yang sering kita keluh-kesahkan. Kita suka menyalahkan itu, menyalahkan ini sedangkan kita jarang atau mungkin tidak pernah bertanya atau mencuba apa yang kita fikir kita tak mampu buat. Memang, tidak ada manusia yang sempurna, kecuali Rasulullah SAW. Setiap seorang di antara kita memang ada cacat celanya. Hanya yang membezakan di antara orang yang berjaya dan tidak berjaya ialah corak pemikiran dan daya ketahanan mereka di dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Ada yang mengalah sebelum mencuba. Ada yang tumbang sebelum berusaha. Ada yang berpaling sebelum sempat mencari jalan keluar.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (Surah Al-'Ankabut, ayat 2-3).

Setiap ujian yang datang dalam hidup ini bukannya musibah yang perlu diratap tangis malah ia merupakan satu pengajaran dan peringatan agar kita sentiasa kuat dan tabah serta ingat akan adanya Allah tempat kita mengadu. Walau sebesar mana pun ujian yang melanda, Allah memberinya kerana Dia ingin mengajar kita untuk terus berusaha dan bertahan demi mencapai keredhaan-Nya. Sedang Nabi Muhammad SAW lagi ditimpa dengan pelbagai musibah besar sejak baginda diputerakan hinggalah baginda wafat namun baginda tetap kuat dengan pertolongan-Nya.

Setiap ujian yang hadir juga bukannya untuk menghancurkan harapan kita di dalam hidup malah sebagai pelajaran bagi kita untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk. Setiap ujian yang Allah datangkan merupakan peringatan bagi kita agar tetap kembali pada-Nya. Berusaha, bekerja dan berdoa pada-Nya. Janganlah kita mengeluh kerana mengeluh itu boleh membawa pada kemurkaan-Nya. Mengeluh boleh membawa kepada sikap tidak bersyukur dan tidak menerima pemberian Allah sedangkan setiap pemberian Allah itu merupakan seindah-indahnya nikmat yang kita dapat di dalam hidup, kan? 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Surah Al-Baqarah, ayat 286).

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

So, there is no reason why we can't succeed in life. Bak kata Zizan Razak, "Sebelum kita kecundang, kita usaha dulu". Kata-kata Zizan inilah yang sentiasa tersemat di dalam hatiku hingga kini. Hehehe~
Bersyukurlah kita masih boleh bernafas kerana di saat ini, 
ada yang sedang nazak berdepan malaikatulmaut. 

Bersyukurlah kita masih mampu tersenyum kerana di saat ini,
ada yang sedang mengalirkan airmata.

Bersyukurlah kita masih mampu merasa kenyang kerana di saat ini,
ada yang sedang terseksa kebuluran.

Bersyukurlah kita masih mempunyai pancaindera untuk menikmati keajaiban dunia kerana di saat ini,
ada yang tidak mampu menggerakkan tubuhnya hatta sedikit pun.

Bersyukurlah kita masih mempunyai kesihatan kerana di saat ini,
ada yang hidup bergelumang ubat dan mesin penyambung nyawa.
 
Jadi, apa alasan kita untuk tidak berjaya?
Tanya hati, tanya minda :)

Saturday, November 10, 2012

My Snack Break and Zizan

I was reading and revising my Research Methodology module when I remembered Anugerah Skrin 2012 was at 9 pm tonight. Zizan! I looked at the clock, it was already 9:04 pm. Deciding not to watch (because I know it's gonna be something not worth watching, especially at this time), so I continued revising. Even though hati menjerit-jerit nak tengok Zizan, tapi I fought over it. Exam dulu...Exam dulu...Tapi aku sempat tengok Sleeq live sekejap tadi :p Kak Needa told me about Zizan's appearance at ASK too, tapi I really-really need to get my hands on the books. So I requested her to take a picture of Zizan when he appeared.

It was during my snack break when I checked my Twitter TL. Wow. Zizan was mentioned everywhere. So, I ended up reading tweets that appeared with 'Zizan' dan rata-rata menyatakan mereka suka dengan kehadiran Zizan sebagai Robin Hood. Ark! Aku tiba-tiba rasa menyesal pula tak tengok Zizan tadi. Tapi reading all those tweets made me feel happy and teary. Everyone loves Zizan! And all my Zizans-Twitter-Family sisters were hyped about him too~! They said he only appeared for 2 minutes but he managed to rock the stage. Audience pun tak henti-henti ketawa. Gosh, how I really am proud of him. Semalam Kak Marina cakap, Zizan tak sihat. But, despite of that, he managed to capture the audience's hearts tonight and even made himself into the Twitter's Trending Topics for Malaysia. Now, how cool is that?! 

Apapun, we love you Zizan. Very much. (Seriously, I would try to control myself from breaking down crying if I happen to meet him one day. Crying of joy~ Hehe~). As I always said, "makin hari, makin sayang~" Each and every day, I feel closer to him. And, as Kak Needa said "cos' he is our bro". Yes, he is and always will! :D Semoga Zizan akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan...Amin~

Monday, November 05, 2012

Ada Yang...

Ada yang cantik,
Tapi hati busuk

Ada yang hodoh,
Tapi hati mulia

Ada yang kaya,
Tapi miskin akhlak

Ada yang miskin,
Tapi hidup bahagia

Ada yang berilmu,
Tapi sangat kedekut

Jadi, jangan percaya apa yang dilihat di mata
Kerana hati penentu segala