Sunday, April 28, 2013

Bila ku renung kembali

Malam ini terasa sungguh sunyi. Tadi di dalam perjalanan pulang dari makan malam bersama keluarga, aku hanya diam memerhatikan sang purnama yang sungguh indah menyinari malam. Kereta yang dipandu Babah menyusuri jalan dengan begitu tenang. Aku terus menatap bulan di atas sana. Walaupun dikaburi oleh awan dan kabus, namun cahayanya tetap indah. Sungguh indah ciptaanMu, ya Allah... Tenang sungguh rasanya...

Sejenak ku berfikir... Melihat kembali hidup yang telah kujalani beberapa bulan ini. Alhamdulillah, aku sudah menghampiri hujung semester 2. Minggu depan aku bakal menghadapi peperiksaan akhir. Semoga semuanya akan dipermudahkan dan dilancarkan jua olehNya. Amin... :)

Pada April 15 yang lepas, ZTF mengadakan Fans' Night bersama Zizan Razak, bersempena dengan harijadi Zizan yang ke 29 tahun. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku hanya mampu melibatkan diri secara virtual, namun aku sungguh gembira. Ternyata, segala persediaan dan hasil usaha ZTF membuahkan hasil yang tidak terduga. Rata-rata, ramai yang berpuas hati dengan majlis malam itu :) Dan yang paling bermakna sekali bagi kami ialah melihat Zizan gembira di malam itu :') Alhamdulillah~ ZTF tetap bersama Zizan, menyokong Zizan dan yang penting sekali, kata-kata Zizan pada malam itu akan sentiasa menjadi kekuatan dan dorongan buat ZTF: "...kerana anda adalah darah saya, kerana anda adalah jantung saya dan kerana anda adalah separuh dari nyawa saya..." :') 

Anyway, sejak beberapa minggu lepas, hatiku terasa gundah dan tiba-tiba saja merasa rindu. Rindu yang sungguh mendalam dan tak mampu ku ungkapkan. Aku cuba mencari dari arah mana datangnya rindu itu dan akhirnya aku berjumpa jua. Aku rindu padaNya... :'( Sungguh-sungguh rindu... Aku meluahkan rasa rinduku ini pada sahabat-sahabat An-Nisaa ku dan dari sana, aku mendapat ketenangan...dan kesedaran. A wake up call. Aku lalai rupanya... Sungguh lalai sehingga tidak menyedari, masaku berlalu begitu sahaja dan sia-sia...Rugi sungguh rasanya bila ku merenung balik masaku yang terlah berlalu :'( :'( Ya Allah, aku sungguh-sungguh sayangkan sahabat-sahabat An-Nisaa ku. Mereka membawa aku dekat padaMu... I really love you girls... Engkau rahmatilah mereka selalu... Ya Allah, jangan Engkau cabut cahaya hidayahMu dari hatiku...Sesungguhnya aku begitu lemah dan tidak berdaya...