Wednesday, May 29, 2013

Bila mata susah mau tidur

Selamat mentuwong. Buai dah andih kuh update entri mok blog kuh atih. Been busy lately. Macam paya' rasoh oh kan nggium peluang update blog. Taman mentuwong atih kuji aroh peluang kan update. Noh pun dah kuji andih kalap modop. Antah puro mentuwong dah kuji modop aher... Aisehmen... Bahasa Dusun tu~~ Hehehehe~ ^_^ Proud of my native language, ok... :D

Anyhow, sedar tak sedar, dah hampir hujung bulan Mei. Tak sangka kan? Terasa masa itu cepat berlalu. Bulan Rejab pun tak lama lagi habis. Ramadhan, bulan yang dinantikan sudah semakin hampir. Apakah usahaku selama ini untuk meningkatkan diri sudah banyak...? Hm... Adakalanya aku termenung memikirkan hal ehwal hidupku sendiri. Memikirkan berapa banyak yang telah ku lalui selama aku bernafas di bumi ini. Tidak ku nafikan, aku telah banyak mengalami perubahan demi perubahan dan banyak belajar dari pelbagai pengalaman yang aku hadapi. Alhamdulillah, sehingga sekarang, aku masih seperti dulu. Tetap seorang gadis desa... (Aiseymen...) Dan sentiasa belajar dan belajar untuk meningkatkan diri... Hehehe ;) I believe, whatever it is that I am having now is rahmat dan rezeki dariNya... 

Alhamdulillah, aku kuat, dengan pertolonganNya jua. Setiap kali aku berhadapan dengan masalah, aku selalu mengingatkan diriku agar sentiasa bersikap tenang dan tidak gelabah (cos' I tend to be a gelabah person). Daripada tenang itulah minda dan fikiran akan berjalan dengan lancar dan tindakan yang diambil pun rasional dan wajar, kan? :) Dan yang paling kuat sekali ialah do'a. Jangan pernah berhenti berdoa (dan berusaha, of course). Do'a dengan penuh ikhlas akan membawa kepada ketenangan, dan insya Allah, jalan penyelesaian. I've been there :) So, jangan diremehkan kekuatan do'a. Berdo'a di setiap waktu; both kelapangan dan kesusahan. Insya Allah, hati akan sentiasa tenang and more rezeki will come. For He is the perfect planner :) -n-

No comments:

Post a Comment