Thursday, June 13, 2013

Some thoughts after midnight

Hai :) Malam ni dah malam ke berapa entah aku tidur lewat. Lewat tu maknanya selepas tengah malam. Sejak aku cuti semester bulan Mei lepas, body clock ku mula terganggu. Tidur pagi buta, bangun pun awal pagi. Memang tak cukup tidur tapi aku rasa hyper hampir setiap hari. It must be the cappuccino I am having almost every day. Hehehe~

Anyway, hari ni aku pulang lagi ke kampung menemani ibu saudaraku dan sepupuku. Minggu ni sudah semakin sibuk setiap hari kerana membuat persediaan untuk majlis perkahwinan sepupuku yang bakal berlangsung di hujung minggu ni. I am soooooo excited!!! ^_^ Tadi pelaminan sudah dipasang di ruang tamu. Tetibe teringat waktu aku menjadi pengapit sepupuku yang kahwin hampir 3 tahun yang lalu. It was fun!! ^_^ Sebuah pengalaman yang takkan ku lupakan :D Dan kali ni, untuk sepupuku yang seorang ni, aku diberi penghargaan untuk meng-order kek perkahwinannya, 100% depending on my own decision! I feel so honoured to do it for her :D :D I was so excited that I went to order the cake a day after she told me about it. Hahaha :D :D

Dan malam ni, aku tetibe je rasa macam ingin membuka balik photo albums yang lama. Albums sewaktu aku masih lagi undergrad dan menjadi salah seorang daripada ahli MPP. Rasa ingin bergenang air mata ini bila melihat balik foto-foto lama. Bukannya apa, aku bersyukur kerana diberi peluang sebegitu rupa dan menikmati anugerah hidup yang diberi-Nya. Alhamdulillah, persahabatan MPP masih terjalin hingga ke hari ni... Aku tertawa dan blushing sendiri melihat kerenah kami dulu. Sungguh, aku seorang yang pemalu pada waktu itu. Bukan malu pada lelaki, tapi malu pada perempuan! Hahaha~ Entah ganjil nya di mana aku pun tak pasti. Di awal-awal sesi perlantikan MPP, aku lebih banyak meluangkan masa dengan MPP lelaki berbanding dengan yang perempuan. Entah aku pun tak pasti macamana tapi the guys were awesome! Tapi, tak lama selepas itu, hubungan kami semakin rapat dan semua ahli MPP sudah terasa seperti adik-beradik. Again, syukur Alhamdulillah, persahabatan itu terjalin hingga kini. 

Aku percaya, setiap pertemuan itu bukanlah sebuah kebetulan tetapi ia memang ditakdirkan Tuhan. Dan hasilnya, hidup aku begitu bermakna dengan kehadiran orang-orang yang ku sayang :) Di antara pertemuan yang paling indah dan terkesan hingga ke hari ini ialah pertemuanku dengan 'adik-beradik' di Malaysia. Sebuah pertemuan yang indah yang tidak mampu kuungkapkan dengan kata-kata :') Alhamdulillah, sehingga kini, ikatan persahabatan itu tetap utuh, malah semakin hari semakin kuat.

Ok...laptop aku crashed just now. Blergh~

Anyhow, apapun yang telah terjadi dan bakal terjadi, aku percaya Tuhan memberiku anugerah terindah, iaitu hidup. I keep telling myself to enjoy and appreciate the present moments because that's the way it's supposed to be. Aku masih ingat mimpiku beberapa hari yang lalu. Seseorang yang tak ku kenali di dalam mimpi itu memberitahuku, "Berbuatlah kebaikan, biar Allah menunjukkan jalan".... :) And I keep reminding myself of it cos' I believe, He is helping me out towards something I don't know yet (but I know it will be good for me).

Alright, that's all for this post. Good night.

p/s: I miss Mr. Zizan, the starfish. It's been almost 6 months since the last time I met him.

No comments:

Post a Comment