Monday, July 22, 2013

Malam yang indah.

Hai :) Malam ini sudah memasuki 14 Ramadhan 1434 Hijrah. Masa berlalu begitu cepatnya dan aku sudah mula merindui bulan Ramadhan. Suasana bulan puasa memang sungguh indah. Tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata. Ramadhan tahun ini bagiku terasa jauh lebih indah dari sebelumnya. Entah aku pun tak pasti mengapa tapi terasa sesuatu di dalamnya yang begitu menenangkan. Sungguh... Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan saja yang tau perasaanku... :') Aku hanya berharap agar Ramadhan ini berlalu dengan begitu perlahan agar dapat ku nikmati setiap malamnya yang sungguh tenang lagi indah...

Tadi pagi aku menonton sebuah telemovie lakonan Andre Taulany; Kiamat Sudah Dekat. Filem lama, tahun 2003. Sebuah telemovie yang penuh dengan pesanan dan ilmu yang bermakna. "Kuasai ilmu ikhlas". Bukan saja kerana pelakonnya Andre (heheheh~ :p ), tapi aku menangis menonton telemovie ini kerana ia sedikit sebanyak meyentuh kalbuku dengan begitu mendalam. It's an indescribable feeling. Seriously. Pokoknya, fikiranku bagaikan diterangi, hatiku bagaikan semakin disinari dan aku percaya masa itu semakin dekat. Aku semakin bersemangat untuk mencapai impianku. Terima kasih Tuhan kerana memberiku aqal untuk berfikir sejauh dan sedalam ini. Sungguh...aku berasa begitu tenang... Sepanjang hari ini ku lalui dengan rasa yang penuh syukur kerana masih diberi nafas dan masih mampu berjalan di atas muka bumi ini dengan tenang. Dan aku juga bersyukur kerana Tuhan telah membawa aku ke hari ini. Aku merasa sungguh bahagia kerana-Nya :') I am smiling now cos' I feel happy inside. I feel loved...

Okay, that's all for tonight. Good night :)


No comments:

Post a Comment