Thursday, August 01, 2013

Sentiasa bersyukur

Hai dan selamat malam :) Mataku masih belum mau tidur so I decided to post something up tonight. Malam ini aku diberi peluang lagi oleh Tuhan untuk mempelajari sesuatu yang sungguh berharga dari orang yang berjaya. Seperti yang aku pernah post sebelum ini, satu attitude orang yang berjaya yang sangat-sangat ku admire ialah sifat rendah hati. Malam ini, aku dapat mengenalpasti lagi satu attitude orang yang berjaya, iaitu sifat sentiasa bersyukur. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan dari Tuhan, besar atau pun kecil dan sentiasa bersyukur dengan segala ujian yang diberi. Sifat bersyukur ini lah yang memberi keberkatan pada hidup orang yang berjaya... Dan bila ku fikirkan balik, memang betul. Setiap orang yang berjaya yang pernah ku jumpa, aku boleh melihat mereka tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur kepada-Nya kerana diberikan hidup yang begitu cukup bagi mereka. :') Alhamdulillah... Tuhan telah mendengar doaku kerana aku betul-betul ingin belajar dan bersama orang yang berjaya di dalam hidup dan aku telah ditemukan dengan mereka. Semoga hidup mereka ini sentiasa diberkahi kerana telah banyak memberi semangat dan inspirasi buat ku dan orang-orang di sekeliling mereka. Amin~

Semalam, July 31st, 2013, followers ZTF sudah mencapai 6000 followers. Entah aku pun tak pasti nak respon macamana. Hebat luarbiasa sekali! Aku tak henti-henti bersyukur dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa menyokong kami. Alhamdulillah~ Walau jarak terpisah di antara kami, namun ZTF tetap bersatu. Kak Needa, we do have that lucky charm kan? Just like Zizan :) I love you very much Kak! Bila niat itu betul, insya Allah setiap urusan kita akan dipermudahkan... Alhamdulillah~ :') Semoga ZTF akan tetap bersatu, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi di antara sesama. Amin~ Amin~ Amin~

No comments:

Post a Comment