Friday, October 04, 2013

Biarlah sendiri

#nowplaying Rio Febrian - Biarlah sendiri

Hi :) Selamat malam~ Semenjak dua menjak ini, aku rasa senak dan sesak. Fikiranku bercelaru dan hatiku terasa gundah. Entah aku sendiri pun tak pasti mengapa. Ingin dilepaskan tapi pada siapa? Aku hanya mampu melepaskan keluh kesahku padaNya kerana aku pasti Dia mendengarku. Walaupun aku tak tau macamana ingin berbicara mengenai keluh kesahku sebenarnya. 

Lalu petang tadi aku mengambil keputusan untuk melupakan dulu semua masalah dan ku berhentikan semua pekerjaanku. Aku ingin keluar rumah dan berjalan-jalan mengambil udara segar. Sudah lama rasanya aku tidak meluangkan masa untuk berehat dan keluar rumah. Bersama siblingsku, kami berjalan-jalan menikmati indahnya petang di Bandar Seri Begawan. Syukur Alhamdulillah, cuaca amat mengizinkan. Suasana perayaan masih lagi terasa walaupun tidak lagi ramai yang membuka pondok jualan mereka di kawasan bandar. Keadaaan terasa begitu tenang dan ceria. Hati berkali-kali mengucapkan syukur kerana aku dilahirkan di bumi bertuah, Brunei Darussalam. Sebuah negara yang begitu aman damai dan sentosa di bawah pimpinan seorang Sultan yang bijaksana. Petang tadi, fikiranku mulai terasa tenang dan segala kekusutan di dalam minda mula terlerai. Alhamdulillah...

Dan malam ini, aku berasa tenang sekali :) Semoga aku sentiasa kuat menghadapi segala cubaan dan rintangan yang ada. Amin~

Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Tuesday, October 01, 2013

A midnight call.

Hi :) Yesterday evening I successfully uploaded the long awaited video (by some people) of the first gathering organised by ZTF! Aww...Rindunya bila tengok video ni. Kenangan terindah, hanya yang hadir pada malam itu sahaja yang tau. Video yang ni was taken by my sister pada malam gathering tu, dan waktu ni Zizan dah sebak dengan sokongan dan semangat yang diberikan pada dirinya daripada peminat-peminatnya. Awww... we love you Zizan :) We always do. 

Last night I also got a surprise call. I was actually so sleepy and a bit sulky because I waited for my cousins to come home for almost two hours, who actually didn't. I was on my way to my room when my low-batt handphone rang. I picked up the call almost instantly. Excited! Oh, I miss you kak!! Tak lama lepas tu, haa...suara hos kesayangan ramai tu kedengaran di sebelah sana. ^_^ Aww...hati merajuk dah baik. Lain ditunggu, lain yang telefon. In this (RARE) case, menunggu cousins yang tak kunjung tiba tapi yang hadir hero ZTF! Wahahaha~ Anyhow, love you Kak Needa and brother Zizan Razak :) I am blessed dengan kehadiran orang-orang yang banyak mewarnai hidupku, termasuk ZTF dan Zizan sendiri. 

Alhamdulillah... Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Tak sangka pula boleh menjadi sebahagian daripada hidup dia, kan? :) Apapun yang sedang terjadi, Tuhan sedang merancang sesuatu. Alhamdulillah... Berkali-kali ku ucapkan syukur kerana dihadirkan orang-orang yang sungguh-sungguh mempunyai impak yang besar di dalam hidupku. Bukan saja Zizan dan ZTF, malah rakan-rakan seperjuangan yang banyak mengajar aku erti dan tujuan hidup yang sebenar. Alhamdulillah :') Semoga mereka semua akan sentiasa dirahmati dan diperluaskan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin...