Friday, October 04, 2013

Biarlah sendiri

#nowplaying Rio Febrian - Biarlah sendiri

Hi :) Selamat malam~ Semenjak dua menjak ini, aku rasa senak dan sesak. Fikiranku bercelaru dan hatiku terasa gundah. Entah aku sendiri pun tak pasti mengapa. Ingin dilepaskan tapi pada siapa? Aku hanya mampu melepaskan keluh kesahku padaNya kerana aku pasti Dia mendengarku. Walaupun aku tak tau macamana ingin berbicara mengenai keluh kesahku sebenarnya. 

Lalu petang tadi aku mengambil keputusan untuk melupakan dulu semua masalah dan ku berhentikan semua pekerjaanku. Aku ingin keluar rumah dan berjalan-jalan mengambil udara segar. Sudah lama rasanya aku tidak meluangkan masa untuk berehat dan keluar rumah. Bersama siblingsku, kami berjalan-jalan menikmati indahnya petang di Bandar Seri Begawan. Syukur Alhamdulillah, cuaca amat mengizinkan. Suasana perayaan masih lagi terasa walaupun tidak lagi ramai yang membuka pondok jualan mereka di kawasan bandar. Keadaaan terasa begitu tenang dan ceria. Hati berkali-kali mengucapkan syukur kerana aku dilahirkan di bumi bertuah, Brunei Darussalam. Sebuah negara yang begitu aman damai dan sentosa di bawah pimpinan seorang Sultan yang bijaksana. Petang tadi, fikiranku mulai terasa tenang dan segala kekusutan di dalam minda mula terlerai. Alhamdulillah...

Dan malam ini, aku berasa tenang sekali :) Semoga aku sentiasa kuat menghadapi segala cubaan dan rintangan yang ada. Amin~

Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

No comments:

Post a Comment