Friday, November 29, 2013

Kisah Perahu Kertas

Source: Google
Sahabat baikku, Lyn, pernah memberitahuku, "Mak kita cakap, kalau main perahu kertas atas air, dalam hati ada taman". Hatiku terkesan dengan kata-katanya. Aku bertanya sebab di sebalik kata-kata ibunya itu. Rupanya dulu ibu dan ayahnya bercinta disebabkan oleh perahu kertas. Manis sangat, tak gitu? Lyn bercerita tentang perahu kertas padaku kerana aku memberitahunya aku suka melihat perahu kertas. 

"...aku takut bicara tentang hati, maka ku tuliskan saja, lalu kusimpan, dan mungkin kukirimkan ke...entah ke mana" - Dee, Perahu Kertas.

Apabila orang bertanya tentang hati dan perasaan, aku sengaja mengalihkan topik mengenainya. Entah, aku tidak berapa berminat bila berbicara mengenai hati atau cinta. Bagiku, semua itu urusan Allah, kerana Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Aku bagaikan malas memikirkan tentang perkara sebegitu kerana aku yakin akan janji-Nya. Tidak perlu didebatkan, tidak perlu dikasihankan. Jodoh terletak di tangan-Nya dan aku percaya Dia ingin aku bersiap sebelum aku ditemukan dengan my other half. If it's meant to happen, it will happen. Kun fayakun.

As Kak Needa said, "Kalau perahu tidak singgah, kasih kita berlabuh di Jannah...Insya Allah". Aku setuju dengan kata-katanya... :') Yang perlu aku buat sekarang ialah mencari dan terus mencari redha-Nya agar tidak terlepas dari sinaran hidayah-Nya. I want to live this life fully, have fun, take risks and go for adventures as well as spread love and happiness to the people around me. Dan aku hanya ingin membahagiakan kedua ibubapaku selagi hayat dikandung badan. Bukan cinta manusia yang ku buru, tapi aku lebih memburu cintaNya. CintaNya yang kekal dan tidak pernah menyakitkan. CintaNya yang suci dan tidak pernah ternoda. CintaNya yang indah dan tidak pernah menyeksakan... -n- 

No comments:

Post a Comment