Wednesday, December 25, 2013

Wahai hatiku...

Hello :) Malam ini aku ditemani oleh sebuah gitar, seekor patung beruang putih yang hampir sama saiznya dengan gitar, sebatang lilin yang menyalakan cahaya kuningnya dan kesunyian malam. Aku duduk di lantai beralaskan sehelai tikar yang diperbuat daripada rotan yang telah dibentuk dengan halus. Bilik aku masih black out dan aku masih menunggu kehadiran tukang repair. Fuh~ Sabar sajalah...

Anyhow, malam ini hatiku bagaikan terkesan dan tersentuh. Entah mengapa tiba-tiba saja hatiku bagai dipanggil-panggil lagi. Hatiku bagaikan diseru-seru lagi. Dan di dalam mindaku cuma satu. "Kembali mencari hidayah-Nya". Aku percaya panggilan ini datang daripadaNya. Hatiku tadi berbisik sendiri, "Nikmat akhirat yang perlu dicari dan dunia hanyalah hiasan semata-mata". Aku pun tak tahu dari mana datangnya bisikan itu tapi mindaku ternyata banyak memikirkan soal masa depanku. It's been a wonderful life journey and aku bersyukur sebanyak-banyaknya kerana hidup ini indah dengan nikmat dunia yang diberi dan impian yang telah dimakbulkan olehNya. Aku bersyukur kerana Tuhan banyak mengajarku agar tidak terlalu taksub dengan dunia and I believe in it. Buktinya, aku tidak mudah diperdaya dengan harta benda. Mungkin aku belum diuji dengan banyaknya harta sebab itu aku belum mengerti. Tapi, sampai sekarang, aku tidak memandang pada harta benda seseorang. Sudah ramai insan yang jauh lebih kaya dariku yang aku kenal namun aku tak teruja. Aku tak hairan sekiranya seseorang itu kaya. Aku tak memandang tinggi seseorang yang penuh poketnya dengan duit. Yang aku lihat hanyalah hati dan minda seseorang. Sikap dan perangai seseorang. Itu yang membuatku hormat padanya. Itu yang buatku terpegun. Kalau hanya harta semta-mata, aku tak kisah itu semua. There is something more beautiful than diamonds; it's the heart and the mind of a person that makes that person handsome or beautiful. Ok, terkeluar topik sikit. Hehe~ Apapun, this is me. And I guess I'm not the only one who has this thought.

I love this:


AKU MALU


Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.

Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.

Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

~ credit Scha Myiera

I got it from Ustazah Pilihan Fairuz's facebook page :) It's beautiful yeah? It says a lot about me too... :'( Aku sudah nekad untuk berubah. Dan aku sentiasa berdoa semoga hatiku akan sentiasa ditetapkan di jalan-Nya. Amin amin amin... Kerana hanya Dia yang berkuasa di atas hati setiap manusia...

No comments:

Post a Comment