Monday, November 24, 2014

I love my life :)

Hai~! ^_^ Whoa! One week to go and it's the end of November 2014. Cepat je masa berlalu kan? A lot has been happening to my life lately. And Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik dan berlaku di atas keizinan-Nya jua. Semakin hari, hidupku semakin terasa berseri dan penuh dengan warna-warni kehidupan. Hampir setiap hari, hati ini sentiasa dikurniakan rasa kebahagiaan dan kegembiraan. Alhamdulillah~ Walaupun ada masanya aku stress dengan pekerjaan, namun itu adalah sesuatu yang memang perlu dihadapi untuk kemajuan diri. There are always ups and downs. So, as my AnNisaa sister pesankan tadi petang, "setiap ujian itu adalah nikmat" Yes, memang betul katanya. Sebab Dia ingin kita sentiasa berdoa dan meminta pada-Nya. Dia rindukan doa dari kita sebab itu diberiNya kita ujian. Dan itu tanda-Nya Dia ingatkan kita. So, Alhamdulillah... Aku berasa bersyukur sangat-sangat kerana aku dikirimkan sahabat-sahabat tersayang sebagai pemberi ingatan dan pemujuk hati. 

Pernah sekali, rakan sekerjaku bertanya padaku, "What is it that you appreciate the most?" Dan aku jawab, "Life" :) Yes, life. I really love my life. I love me. And I love everything that I have now. Family, friends, health, job, time... Everything. What I see around me is just the beauty of life. Yang buruk pun ku anggap the beauty of life sebab without those bad things, we can't learn something, kan? :) So, yeah. I love my life and everything in it. I really can't be more than thankful for having this life. Okay, that's all. I actually have a lot in mind but I just can't express them in words at this moment... :) Till next time :) :) :)


Saturday, October 18, 2014

Cantiknya rencana Tuhan

Suasana petang itu sungguh nyaman. Sesekali terasa angin sepoi-sepoi bahasa membelai lembut wajah manis si gadis. Sambil berdiri di sudut beranda rumah, si gadis merenung keluar jalan yang berada tidak jauh dari situ sambil menikmati keindahan alam yang ada di sekelilingnya. Sungguh, sungguh tenang rasanya. Sebuah jam lama yang diletakkan di bahagian ruang tamu rumah tiba-tiba berdenting, menunjukkan pukul 4 petang. Lamunan si gadis terhenti seketika... Dia menoleh ke arah jendela di belakangnya, niat di hati ingin melihat suasana shooting di dalam rumah. 'Oh, masih sibuk,' bisik hatinya, sambil memerhatikan para pelakon dan pengarah yang sedang sibuk berbincang. Dia menyambung kembali aktiviti merenungnya sambil melayan bisik hati sendiri. 'This is just..beautiful,' bisik hatinya lagi. Si gadis merasa hatinya bagaikan dibelai dan dipujuk ketika itu dengan keindahan suasana kampung yang permai serta hiasan alam yang ada di sekeliling rumah kayu yang baru pertama kali dinaikinya itu... Bunga yang berwarna-warni yang ada di sekeliling rumah itu bagaikan mengerti betapa bahagianya rasa di hati si gadis.

Bunga kertas @ bougainvillea berlatarbelakangkan rumah kampung tempat shooting
Si gadis berfikir lagi...sambil mengimbas kembali tujuan mereka ke sana pada petang itu. Mereka ke sana sebenarnya tidak berancang. Semuanya impromptu! Cuma melalui pesanan di Whatsapp, semuanya terus menjadi. As always... Itu pun setelah keputusan dibuat dua atau tiga jam sebelumnya. Dia ke sana bersama dua orang temannya, Ana dan Wan, dan penuntut-penuntut universiti yang juga merupakan anak buah Ana untuk menjalankan sesi shooting bagi projek MIB mereka. Niat di hati hanya ingin menemani Ana dan kumpulan penuntut tadi dan juga ingin explore kawasan baru yang tak pernah dijejakinya. Dan keputusannya tepat. Dia berasa sungguh beruntung mempunyai kesempatan dan peluang itu kerana dia diberi rezeki nikmat menghayati alam pemberian Tuhan di depan matanya sendiri. 

Dentingan jam yang merdu membuai hati dan perasaan yang sedang berbunga-bunga
Pada pagi hari yang sama, si gadis dan teman-teman production Ulfah Jannah telah dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah. Ia memang satu kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila pihak Pengerusi dan AJK majlis telah sebulat suara mengambil keputusan untuk menayangkan video drama pendek hasil team Ulfah Jannah ketika majlis. Betapa terharunya rasa di hati bila melihat video yang diusahakan mendapat penghargaan yang sebegitu tinggi sehinggakan ramai yang memuji hasil kerja team Ulfah Jannah. Mengalir juga airmata bila drama tersebut ditayangkan bagi tontonan para guru yang hadir di majlis itu. Rata-rata guru memuji team Ulfah Jannah kerana berjaya menyampaikan message yang bermakna buat mereka... Si gadis tersenyum sendiri memikirkan perjalanan dan perjuangan team Ulfah Jannah. Sebuah perjalanan yang memberi kesan terdalam di hatinya.

Si gadis termenung lagi... Memikirkan perjalanan hidupnya hingga kini. Yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Dia berasa sungguh beruntung dan bertuah kerana mempunyai keluarga dan teman-teman yang memahami. Dan dia berasa sangat-sangat bersyukur kerana dilibatkan dengan team Ulfah Jannah. Sungguh-sungguh sayangnya dia dengan mereka ini...Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya dia dengan mereka. Sebelum ini, si gadis tak pasti sama ada wujudnya orang-orang yang mempunyai cara pemikiran, minat dan tujuan hidup yang sama. Turns out, mereka ini adalah kawan-kawannya sendiri. Yang memang selama ini sudah pernah kenal sewaktu di universiti dahulu. Cantik sungguh rencana Tuhan. Dipertemukannya mereka dengan cara halus dan akhirnya, dengan wujudnya talian persahabatan dan niat yang sama, team Ulfah Jannah pun ditubuhkan... Betapa sayangnya dia dengan sahabat-sahabatnya di sini. Baginya, setiap detik yang dilalui bersama mereka terasa begitu indah dan bermakna. Malahan, baginya, setiap detik yang dilalui mempunyai kenangan yang tersendiri... Sungguh indahnya nikmat bersahabat kerana-Nya. An-Nisaa juga merupakan sebahagian daripada team Ulfah Jannah dan ini membuatkan rasa sayangnya terhadap pertalian persahabatan yang dibina begitu mendalam... *touching kejap...fuh~* Apapun, dia menyayangi mereka kerana-Nya <3 Mereka sentiasa ada di dalam hati dan doanya di setiap masa... -n-

Drama Pendek Dakwah hasil team Ulfah Jannah - Guru oh Guru

Thursday, October 09, 2014

Hati dan kenangan

"Eh, bulan tujuh, 2008 tani ke KL jua," kata Haziq, sambil menggerakkan jarinya dalam bulatan, memberi maksud bahawa mereka semua pernah pergi ke KL bersama. Naila confused sekejap. 'Huh? Bila ku pernah ke KL sama durang?', bisik hati kecilnya. Naila melihat wajah Haziq dengan muka yang penuh tanda tanya. Minda Naila dengan pantas cuba mengingati kembali kenangannya bersama mereka. "Eh, kitani menari jua dulu," sambung Haziq lagi. Seperti pancaran kilat, kenangan itu kembali semula. Satu-persatu kenangan mula hadir ke dalam benak dan fikiran Naila. Bagaikan butang rewind ditekan, kenangan 2008 kembali semula. Naila terus mengiyakan kata-kata Haziq dengan berat hati. 'Awu ah, banar jua,' bisik hati Naila lagi.

Her another friend, Rossa, pun terus mengiyakan kata-kata Haziq. In fact, Naila, Rossa dan Haziq pernah ke KL bersama untuk menjayakan program lawatan universiti di sana. "Serious Ziq, aku nda ingat banar-banar tu tani ke sana ah... Memoriku terpadam sudah tu," jawab Naila sambil merenung dalam mata Haziq. Serius. Naila dan Rossa sama-sama mengaku bahawa mereka sudah lama memadamkan kenangan mereka di sana di atas sebab-sebab yang tertentu. Ada lah sedikit cebisan kenangan yang Naila boleh ingat tapi tak semua. Dan Naila sendiri telah lupa insan yang bersamanya ketika itu. Memang dia ingin melupakan jua dan sebolehnya dia tak ingin mengingati kenangan itu kembali. Haziq cuma terdiam, wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir...mengingati kenangan lama... 

Bermula dari sana, ketiga-tiga sahabat itu mula berbicara mengenai hati dan kenangan. Haziq berkata bahawa dia tidak mudah melupakan perkara silam dan baginya, tidak semua kenangan boleh dilupakan. Rossa memberitahu, ada sesetengah kenangan yang kita boleh pilih untuk melupakan dan memang ia tidak akan ada lagi dalam ingatan. Naila dan Rossa sependapat mengenai hal itu. Dan pada ketika itulah, timbul cerita-cerita lama sewaktu mereka berada di zaman persekolahan. Terdengar gelak tawa tiga bersahabat itu di dalam restoran sushi kegemaran mereka. Sesekali timbul kembali perbincangan mereka mengenai hati dan kenangan. 

Dan Haziq memberitahu, baginya, kenangan bagaikan gelas yang pecah. Walaupun dibersihkan, tetap ada sisanya walau kecil. Naila terdiam sebentar mendengar ungkapan dari Haziq dan melihat wajahnya dengan penuh pengertian. Naila faham maksud Haziq.... "Awu, banar pulang tu Ziq tapi kalau aku, ku vacuum tu semua. Nda lagi ada tinggal," jawab Naila. Rossa pun turut mengiyakan. Haziq cuma tersenyum sedikit dan memberitahu baginya ada sesetengah kenangan itu amat berharga. Kalau teringat kembali, pasti masih terasa akan kesan kenangan itu di hati... Dan mereka bertiga mula berbicara mengenai move on dan letting go... Entah macamana boleh topik itu menjadi perbincangan mereka pada malam itu. Sebenarnya, pertemuan mereka malam itu tak dirancang. Naila yang mengajak mereka petang itu selepas waktu bekerja untuk menemaninya makan sushi kegemarannya. Sebelum itu, seorang lagi sahabat mereka, Dira, turut sama menikmati early dinner tapi she had to go early. Dan plan mereka untuk membuat advanced birthday surprise untuk Rossa menjadi! ^_^ 

Di sepanjang perjalanan pulang, Naila memikirkan kembali perbincangan mereka malam itu. Ingin lagi rasanya duduk berbincang mengenai topik moving on dan letting go bersama mereka tapi...Masa begitu cemburu waktu itu. Takpelah, mungkin lain kali. Seperti Haziq kata, "Of all people, aku cakap pasal ani sama kamu". Like, yes. Of all people, Naila had that discussion with them.... And it made her feel more thankful for having them in her life as her good friends. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan membawa ke Jannah... Amin.. :)

"Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula - Bonda Nor, Saya Tunggu Awak"

Monday, October 06, 2014

Ready to love.

Semalam merupakan hari terakhir team Ulfah Jannah mengadakan sesi shooting Guru oh Guru. Semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... "Trust Allah and everything will always turn out fine" Magic, setiap yang kami kekurangan pada setiap kali shooting, mesti ada saja yang boleh mengganti. Mungkin itulah di antara bukti tanda restu dariNya kerana niat kami hanya satu...iaitu untuk menyebarkan dakwah. Sekarang, filem pendek Guru oh Guru sedang di dalam proses editing. Can't wait for its release! *iski*

Anyway, lately kan, I have been thinking a lot. Like, a lot. But I can't really put them in proper words. Let's try to put them in a poetry, like this:

Ingin rasanya aku lari
Lari dari yang membelenggu fikiran
Lari dari yang mengikat hati
Tapi...
Aku tak mampu
Aku tak berdaya
Kerana hati ini
Kerana fikiran ini
Sentiasa menuju ke arah itu
Aku pasrah
Aku redha
Aku hanya serahkan padaNya untuk menentukan
Kerana aku tau
Dia Maha Mengetahui siapa yang aku perlukan
Dan siapa yang perlukan aku

So, yeah :) Nasihat kawanku masih melekat di mindaku. 'Be open'. I know, I am in the state of 'be open' now. As I posted before, I have already found the answer during my vacation and that answer had led me to many conclusions. It, too, led me to the state of 'be open'. It feels good :) And now, I can confidently say, I am ready to love again...I'll just let the time decides cos' I know setiap perancangan Allah itu memang sempurna. "Trust Allah and everything will always turn out fine" 

Anyhow, I miss Terengganu already! Huhuhu~ I miss Ibu, Zizan and his whole family. And I miss my ZTF family too! T_T Thinking of having another vacation with them. Semoga dipermudahkan semunanya. Amin~

Saturday, October 04, 2014

#HatiTerpujukSudah ... di malam Raya Aidiladha

"Ibrahim a.s mampu mencari tuhan dengan cara Mentadabbur Alam.
Bintang-bintang yang berkerdipan, bulan yang indah menawan, itu yang pada mulanya disangka tuhan. Namun tatkala malam bertukar siang, semuanya itu hilang. Lantas matahari pula dianggap tuhan.
Dan bila malam tiba, ternyata matahari juga tidak kekal lama. Ibrahim a.s sekali lagi merasa kecewa.
Akhirnya, dengan jalan mentadabbur alam, misi mencari tuhan ditemukan. Sedarlah Ibrahim bahawa Allah yang Maha Besar ialah tuhan semesta alam.
Tanda kekuasaan Allah ada di mana-mana. Langit yang tidak bertali, bumi yang tidak bertiang, burung-burung yang bebas berterbangan. AllahuAkbar, hebatnya alam ciptaan tuhan.
Tadabburlah alam ciptaan tuhan walau hanya keluar sebentar di luar halaman.
Salam Aidil Adha, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Menjalani Majlis Ibadah Qurban. Semoga semua amalan diterima Allah Ar-Rahman."

Photo courtesy of Lensa Syuna Artworks, 2014
Aku menerima message kisah Nabi Ibrahim a.s. di atas melalui wall FB ku, daripada sahabat An-Nisaa ku, Ana July. Kisah Nabi Ibrahim a.s. merupakan salah satu daripada kisah-kisah nabi yang sentiasa aku ingat sehingga kini... Dan di saat aku membaca message ini, hatiku tersentuh...lagi... Mataku terasa berkaca...Terasa sejuk dan tenang di dalam hati hingga menusuk ke kalbu...

Di dalam perjalananku dari Bandar Seri Begawan hingga ke Tutong pada malam ini, hujan turun renyai-renyai. "Rahmat", kata Zizan (he informed us as soon as he reached Terengganu tadi sebab Ganu pun hujan katanya). Takbir Raya bergema di radio, menyentuh dan memujuk setiap hati yang menghayati setiap ayat yang dialun dengan begitu merdu. Sungguh tenang rasanya bila hati ini dapat merasai dan mengerti akan keindahan takbir Raya yang begitu syahdu. #HatiTerpujukSudah Aku teringat lagi message yang dipost oleh sahabatku tadi. Tiba-tiba, aku terkenang sewaktu aku berada di Masjid Kristal tempoh hari. Dan, aku mulai faham apa yang sedang terjadi padaku.... Kisah Nabi Ibrahim di atas dapat aku kaitkan dengan diriku sendiri... Sungguh, setiap apa yang terjadi itu bukan kebetulan melainkan sebagai asbab untuk sesuatu yang bakal berlaku... :') -n-

Tuesday, September 30, 2014

Travelogue: Jendela kenangan...Dungun, Terengganu.

Ada kisah indah di sebalik gambar ini...Dungun, Terengganu.
“Tambah lagi…” kata Wan pada ku. Aku yang ketika itu sedang duduk bersila di lantai dapur rumah Wan mengangguk sambil tersenyum. Tanganku memegang sebiji pinggan berisi nasi dagang berlaukkan gulai ikan yang disediakan oleh adik Ibu. Perlahan-lahan aku menyenduk nasi dan menyuapnya ke mulut. Setiap kunyahan terasa begitu nikmat.. Ahh…sedapnya…

“Ye Wan…lepas ni..biar turun dulu nasik kat dalam perut ni…hehehe…” jawabku sambil tersenyum. 
"Haa tu kene bawa menari tu" sahut Wan sambil tersenyum melihat telatahku yang makan dengan wajah yang penuh nikmat. Sedap…..sangat!

Nasi dagang, gulai ikan dan acar.
“Haa…Noni mesti makan sampai tiga kali,” jawab Ibu sambil ketawa.  Ibu yang ketika itu duduk bersila di sebelahku turut sama menikmati juadah bersama aku dan Zura. Aku hanya ketawa sambil berkali-kali memuji masakan adik Ibu. Hasilnya, petang itu aku makan dua pinggan nasi dagang dan semangkuk tumis laksa. Tak cukup duduk bersila di lantai, aku melayan tumis laksa di meja makan pulak. Punyalah kenyang sampai tersadai… Manakan tidaknya, Ibu pun mendulur kami makan sampai kenyang. Hahaha… Makanan Terengganu memang best-best belaka! Dari kepok lekor ke nasi kerabu ke sare ke nasi dagang ke tumis laksa ke sotong celup tepung dan banyak lagi…. (berkali-kali telan air liur). Petang itu, aku dan rakan-rakanku yang lain meluangkan masa di rumah Wan bersama keluarga Ibu yang lain. Hari itu merupakan hari terakhir kami berada di Terengganu, dan malam itu juga kami semua akan pulang ke Kuala Lumpur.

Di malam sebelumnya, sewaktu kami sedang menikmati makan malam di Restoran D Wira Seafood, Ibu ada bertanya pada kami sekiranya kami ada plan untuk hari terakhir di Terengganu. Masing-masing tak pasti nak buat apa sebab kebanyakan daripada kami first time datang ke Terengganu. Ibu pun ada suggest nak pergi ke mana tapi masing-masing masih undecided. Lalu, Ibu bertanya padaku, "Noni, nak pergi mana besok? Ibu boleh bawak. Sebok je mane2 tepak Noni nak pegi, Ibu bawak" Kalau dulu aku tak berapa faham loghat Tranung, sekarang aku dah pandai mendengar sikit-sikit.
Aku dengan rasa excited bagitau Ibu, “Bu, kita pergi Dungun bu!” Wajah Ibu nampak iski sangat dan dia terus called adik dia, prepare ini itu. Aku terkejut sebab Ibu sanggup called adik dia tengah-tengah malam, bagitau rombongan kami akan ke sana pada esok hari. Hatiku rasa terharu….sangat! Ibu, I love you so much..! Aku pun excited sangat sebab ini kali pertama aku berjumpa dengan keluarga Zizan di kampung kelahirannya.

Ibu dan Haziq yang jadi driver kami dari our Mawar Homestay di Kuala Terengganu menuju ke Dungun pada petang terakhir kami di Terengganu. Aku terlupa pulak Terengganu ni besar. Punyalah letih dalam kereta hingga aku tertidur sekejap. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya kami di sana, Ibu terus memperkenalkan kami kepada semua ahli keluarga yang ada. Semua ahli keluarga Ibu memang welcoming dan peramah, dan aku rasa seperti aku bertemu dengan ahli keluarga sendiri yang sudah lama terpisah. Ibu bagitau, “Inilah tempat kelahiran Zizan…dan ni Wan Zizan,” kata Ibu sambil memperkenalkan kami pada Wan ketika kami melangkahkan kaki masuk ke rumah Wan. Aku salam dan cium tangan Wan sambil tersenyum meliaht wajahnya. Umur Wan lebih kurang macam umur Nenek aku di kampung. Watak dia pun similar to my Nenek, and that made me really feel at home :’)

Dan di petang terakhir aku di Terengganu, aku mengambil peluang untuk menikmati suasana kampung kelahiran Zizan Razak yang begitu indah dan permai. Sepupu-sepupu Zizan yang kecil sedang seronok bermain sesama sendiri di halaman rumah dan kedengaran suara mereka sedang riuh rendah bermain bola. Waktu itu sudah menjangkau selepas waktu Asar dan suasana rumah Wan sungguh tenang. Aku hanya duduk di ruang tamu bersama rakan-rakanku manakala yang lain ada yang bersembang di ruang dapur bersama ahli keluarga Zizan yang lain. Petang tu, ramai pulak saudara-mara Zizan yang datang. Haziq cakap diorang macam tau-tau je kite datang J

Sunset at Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu.
Selesai sahaja solat waktu Maghrib, kami bersedia untuk berangkat pulang. Semua ahli keluarga Zizan keluar ke beranda rumah. Aku pada waktu itu mencari-cari kelibat Wan. Entah kenapa aku betul-betul rasa attached dengan dia walaupun aku tak banyak bersembang dengan dia waktu tu. Aku difahami dia sedang bersedia untuk solat so aku terus turun dari rumah, praying hard in my heart that I would meet her again next time. Belum lama kami turun, tiba-tiba Wan muncul di depan pintu. My prayer was answered instantly. I felt so happy and terus I approached her, cium tangan dia and hugged her. Wan cakap, “Nanti datang lagi…” She smiled to me…and that smile really made me missed my Nenek back in Brunei… :’) Waktu kereta kami meninggalkan kawasan rumah Wan, semua yang ada di beranda rumah melambai kami. At that moment, I told myself quietly, “I am so gonna miss this moment” :’) Then Zura cakap, “Wah…dah macam vip pulak rase…” and we burst out laughing. We went back to Kuala Terengganu that night, bringing with us beautiful memories with Ibu, Wan and family J

So, itulah kisah indah di sebalik gambar jendela tadi. Kenapa jendela? I can associate it with the phrase jendela kenangan … :p 

Thursday, September 25, 2014

Travelogue: #HatiTerpujukSudah (di Terengganu)

Setiap orang mempunyai cara tersendiri di kala mereka mencari-cari jawapan yang mereka inginkan. Ada yang bertanya pada yang lebih arif, dan ada pula yang ingin mencari jawapan itu sendiri menurut kata hati dan intuisi. Aku sendiri punya persoalan yang sentiasa berlegar-legar di minda dan di hati. Dan kali ini, aku membawa persoalan itu bersamaku ketika aku bercuti ke Terengganu beberapa hari lepas.

Pada hari pertama kami di Terengganu, Ibu dan Abah membawa kami melawat Zizan shooting movie terbarunya, Polis Evo, di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. Walau sesibuk mana pun, Zizan tetap sempat meluangkan masa bersama kami walau sekejap. Terasa sangat-sangat dihargai diri ini bila Zizan sendiri datang berjumpa kami :) Love you very much Zizan-san~ He really is an awesome brother! Oleh kerana super busy nya Zizan, kami tak menunggu lama di situ. Tambahan lagi, hujan turun dengan lebatnya. So, Ibu dan Abah decided to take us jalan-jalan at Kuala Terengganu. It took us about one hour plus to go to Masjid Kristal, one of Terengganu's famous landmarks. We spent the whole afternoon jalan-jalan, makan di tepi sungai and ambil gambar di sana. Sungguh, sungguh indah tempat itu. Seperti yang pernah aku post sebelum ini, Masjid Kristal, Terengganu, benar-benar telah memujuk hatiku. Aku merasa begitu bertuah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini. 

Seusai menikmati minum petang, aku, bersama Ibu dan mereka yang lain meluangkan masa untuk berehat dan menikmati keindahan Sungai Terenganu dan suasana matahari terbenam. Keadaan langit sudah mula berwarna jingga, menandakan waktu Maghrib sudah hampir tiba. Dari jauh, aku dapat melihat susunan board "Allah Peliharakanlah Terengganu" yang diletakkan di kawasan yang berbukit tidak jauh dari situ (I don't know nama bukit tu...haha). Suasana di sekeliling masjid tidak begitu sibuk waktu itu walaupun penngunjung tidak putus-putus datang.

Dan...di saat berkumandangnya azan Maghrib dari Masjid Kristal dan beberapa buah masjid yang berdekatan, di saat itulah aku menemukan jawapan yang ku cari. Di saat itulah persoalan yang ada di minda dan di benakku terjawab. Dan dengan serta-merta, airmataku bagaikan ingin mengalir kerana aku terasa bersyukur yang amat sangat. Hatiku tidak putus-putus mengucapkan kalimah Alhamdulillah pada waktu itu. Entah macamana boleh ia terjadi aku pun tak tau. Namun aku pasti perasaan itu didatangkan padaku tepat pada waktu aku benar-benar memerlukannya. Aku cuma mampu memejamkan mata dan menyentuh dadaku. Aku betul-betul dapat merasakan sesuatu mengalir di dalam diriku pada waktu itu. Cuma aku tak mampu untuk mengungkapkan atau menerangkannya dengan kata-kata. Perasaan itu sungguh-sungguh indah sehingga membuatkan aku merasa sangat-sangat disayangi dan hati ini benar-benar terasa terpujuk...terpujuk dari perasaan yang bercampur-baur dan kondisi yang goyah. Laungan azan Maghrib yang bersambung-sambung dari masjid ke masjid ketika itu membuatku terdiam dan terkedu sehingga aku bagaikan dapat menyaksikan seluruh alam sedang berzikir dan menyahut azan yang berkumandang... Indahnya... Ciptaan Tuhan...

Sebaik sahaja kami melangkah kaki keluar dari kawasan masjid, aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat rumah Allah yang indah itu buat terakhir kalinya. Bukan hanya sebuah masjid tersergam indah yang ku lihat tetapi aku dapat melihat cinta yang suci ada di sana dan aku dapat merasakan kasih sayang yang tulus juga turut berada di sana. Cinta dan kasih yang kekal abadi menyusup ke dalam hatiku... Cinta dan kasih yang begitu tulus dan murni... Adui..rindunya suasana itu... #HatiTerpujukSudah 

Itulah kisah bagaimana hatiku terpujuk ketika melawat Masjid Kristal di Terengganu. Sungguh indah perancangan-Nya. Di beriNya aku peluang untuk melawat rumahNya di sana dan di situ juga aku terus menemukan jawapan yang ku cari-cari... :') Oh, dan something beautiful happened selepas itu. :) I'll share it in the next post yea? :)



Tuesday, September 23, 2014

Rakan-rakan...dan Terengganu.

Mungkin apa yang bakal aku luahkan kali ini adalah perkara yang sama dan berulang kali pernah aku luahkan dulu. Namun bagiku ia tidak pernah melelahkan. Malah aku merasa bahagia dan pada masa yang sama, aku merasa ketenangan yang luarbiasa hadir di dalam hati… Aku bersyukur kerana Tuhan memberiku perasaan sebegini. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ingin menerangkan perasaanku. Hanya Dia sahaja yang memahaminya…

Di samping keluarga yang begitu memahami dan menyokong setiap yang aku lakukan, aku juga ingin melahirkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana dikurniakan rakan-rakan yang begitu memahami dan sekepala! Hidupku sentiasa ceria diwarnai oleh mereka. Melalui gambar-gambar yang aku muat naik di laman social instagram dan photo album di dalam handphone, aku sentiasa tersenyum riang sekiranya aku mengenang kembali saat-saat indah yang aku luangkan bersama rakan-rakanku. Sungguh, rancanganNya begitu sempurna sehingga setiap detik aku dapat rasakan bahawa itu adalah kurnia terindah daripadaNya. Tidak pernah ku sangka aku akan punya kehidupan yang indah seperti ini. Mungkin ini adalah hadiah daripada Tuhan untukku kerana aku sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang ku lalui selama ini. DiberiNya aku rakan-rakan yang memang sekepala dan ‘ngam’ denganku. DiberiNya rezeki buat kami semua agar kami dapat bersama-sama menikmati indahnya hidup bersahabat keranaNya. Diberinya nikmat fikiran dan perasaan yang mampu mencipta sebuah ikatan yang tulus dan murni di antara kami agar kami sentiasa menyintai dan menghargai satu sama lain demi meraih keredhaanNya. Sungguh, aku merasa sungguh bertuah kerana diberi kehidupan seperti ini walaupun aku sedar kekuranganku banyak di sana sini. Namun, seperti yang aku pernah diberi nasihat, hargai apa yang ada sekarang. Kita takkan tahu bila Dia akan menarik balik nikmat dan rezeki yang dipinjamkan. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali… 

Ok, cerita tukar channel! Hihihi~ 

Baru-baru ini, satu lagi impianku telah tercapai iaitu bercuti ke negeri Terengganu. Memang Terengganu sudah lama ada di dalam senarai percutianku sebelum ini kerana aku peminat pantai dan laut (oh, dan juga Zizan Razak…haha). Aku dan rakan-rakanku telah berpeluang bercuti ke Terengganu selama 3 hari 2 malam dan meluangkan masa bersama keluarga Zizan Razak (yes, Zizan Razak, the one and only Zizan Razak). Memang ia merupakan satu kenangan yang indah dan sangat-sangat manis! Ibu dan Abah sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membawa kami melawat tempat-tempat menarik di Terengganu. Terima kasih Ibu! Terima kasih Abah! And we had a chance to visit Zizan while he was shooting for Polis Evo at Kampong Mangkuk, Setiu, Terengganu… Aku juga berpeluang untuk melawat kampung kelahiran Zizan, iaitu Dungun, dan beramah mesra bersama Wan dan ahli keluarga Zizan yang lain. Semua ahli keluarga Zizan sungguh mesra dan begitu sporting. Apalagi Wan... Aku dapat merasakan aura dan ikatan kasih sayang yang sangat kuat di sana. Keluarga Zizan juga turut menyediakan nasi dagang dan tumis laksa sebagai juadah di petang itu. Sedak boh! Suasana kampung yang begitu indah dan tenang itu juga membuatku terasa seperti aku berada di rumah nenekku sendiri…  :’)

“Masjid Kristal, Kuala Terengganu telah memujuk hatiku…”

Waktu itu sudah hampir waktu Maghrib. Alangkah indahnya suasana di tepian Sungai Terengganu. Aku turut berpeluang untuk menikmati keindahan dan ketenangan suasana masjid yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Hanya mata menjadi saksi dan hati yang berbicara ketika mendengar laungan azan dari Masjid Kristal dan juga beberapa buah masjid yang berdekatan. Laungan Azan yang bersambung-sambung membuatkan hatiku terasa tenang dan terpujuk. Hence, my hashtag #HatikuTerpujukSudah ku gunakan untuk setiap gambar di laman Instagram ku. Sebelum ini, aku menggunakan hashtag #MisiMemujukHati (I will write another post about this)… I really can’t explain how magnificent and how beautiful that moment was… Aku sendiri sempat memejamkan mata beberapa saat ketika itu untuk menikmati suasana yang aku rasakan penuh dengan cinta dan kasih sayang... Hatiku sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke sini…malah dikurniakan rezeki untuk berpeluang bercuti di negeri Terengganu bersama keluarga Zizan Razak! Sungguh-sungguh indah ketetapan Tuhan. Alhamdulillah~

Ok, sampai sini saja dulu ye~ Nanti I will write another post regarding Misi Memujuk Hati (di Terengganu).

Thursday, July 17, 2014

Lisa's words

"We cannot replace the time we have lost. Many people do not realise that. Spend your time wisely with the people you love before you lose them" These were the words I got from Lisa, translated in English (cos' I just can't remember the exact Malay words she used. But she said something like that, as how my brain can recall them). It's been a long time since I last spent my time watching TV and really pamper myself, so this afternoon I decided to watch any random TV channels, just to entertain myself. And there it was, a small interview with Lisa and that was when she talked about spending quality time with your loved ones. Though it was just a simple advice, her words really went deep down into my heart and soul...

Ok, let's ask ourselves these questions:
What have we done so far? Have we done enough to help others? Have we done enough to make our parents happy? Have we done enough to prepare ourselves for the future? Have we invested in our time properly towards achieving our goals in life?  Have we done enough to obtain His blessings? Have we done enough to stay healthy? etc. etc.

I can go on listing all the questions that I have in mind (and I am sure you have more than what I have right now). So, my question is, have we really invested in our time properly? Each and every one of us has a unique amount of time given to us and it is up to us to spend on it wisely. I remember a friend told me, "If only we could buy time with money". I actually laughed at his statement cos' I found it too funny (yeah, he was cracking a joke at that time). But then, when I think about it again, I now realise that time is way too precious and more valuable than money, and yet, many of us waste our time without us even realising it. I feel bad now :,[ Guilty of wasting a lot of time in my life when I actually can do a lot of good and useful things.

Let's just appreciate the time we have right now. Appreciate love, appreciate all the kindness around us, appreciate each and every breath we have (because at this moment, someone, somewhere is having his/her last breath), appreciate all the good and bad things we've had (bad things teach us good lessons).  Ok? So, I'll end tonight's post with this hadith:

“Rasulullah SAW said: 
Take advantage of five things before five others happen: 
your youth before you grow old; 
your health before you fall sick; 
your money before you become poor; 
your leisure before you become busy, and 
your life before you die.” [Tirmidhi]


Tuesday, July 15, 2014

A lot has happened~

Salam dan selamat malam :) Malam ni merupakan malam Nuzul Al-Quran...17 Ramadhan 1435 Hijrah dan di malam ni juga aku menyaksikan peristiwa bersejarah Brunei apabila baginda Sultan merasmikan Mushaf Brunei Darussalam 30 juzuk bersempena Sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini. Alhamdulillah~ :) Semoga bumi Brunei Darussalam akan sentiasa terpelihara dan dirahmati serta sentiasa dilimpahi berkah dariNya jua. Amin amin amin~

Anyway, sudah masuk dua bulan lebih aku bekerja di tempat baru. Walaupun pada awalnya susah bagiku untuk menyesuaikan diri kerana aku tidak mempunyai ramai teman di sana, namun aku tetap bersyukur kerana rezeki ini datang tanpa disangka-sangka. Alhamdulillah~ Masih banyak yang perlu aku pelajari dan explore. Semoga setiap urusanku akan dipermudahkan jua. Amin amin amin~

Dan sekarang sudah masuk bulan Julai... A lot has happened. Like... a lot. And unexpectedly.

Ulfah Jannah:
My drama tarbiyyah team is moving ahead step by step. Having them in my life is so meaningful that because of this friendship, I learn about Islam more. Niat kami cuma satu. Menyebarkan dakwah melalui media. Aku anggap ini sebagai investment untuk masa depan. Investment dari segi amal jariyyah. Hatiku terbuka luas saat sahabat AnNisaa ku menyampaikan usul ini padaku beberapa minggu lalu. Aku merasa sungguh terharu kerana aku telah dijemput untuk menyertai niat murni sekumpulan sahabat-sahabatku ini :_) Alhamdulillah~

ZTF, my beloved family:
Semakin hari, hubungan aku, ZTF sisters dan brother Zizan semakin terjalin mesra. Kemesraan kami sebagai sebuah keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh di antara satu sama lain. Kami sudah seperti adik-beradik walaupun hakikatnya kami terpisah oleh darat dan laut. Mungkin orang tak percaya bagaimana kami bertemu. Malah aku sendiri pun bagai tak percaya kalau diingat kembali kenangan pertama kali berjumpa. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. I can't wait to meet them soon. Semoga dipermudahkan...

Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin ini telah banyak mengajar aku erti sebuah penghargaan dan kasih sayang yang ikhlas. Selagi takdir menentukan kami tetap bersama, aku akan tetap sentiasa bersama mereka. Walau apa pun yang terjadi. Kerana aku betul-betul sayangkan keluargaku yang satu ini. Keluarga yang unik dan penuh warna-warni. Hehehe~ Zizan, Kak Nida, Kak T, Kak CC, Ira, Ika, Jura, Aida~ You are always in my prayers and in my heart :) 

And guess what? My network has moved a step ahead! I have new friends dan ia datang dengan sendirinya. Alhamdulillah~ Sesungguhnya semua ini datang dariMu jua :) Semoga hubungan yang terjalin akan sentiasa kekal. Amin amin amin. I am sure Allah has given me this opportunity to learn from other people. He wants me to see what I really need to see and He wants me to learn for myself so that I know how to walk steadily in this journey of life. Apapun asbab dan sebabnya, aku percaya Allah melihatkan aku semua ini agar aku tahu menilai kehidupan ni macamana sebenarnya. Alhamdulillah, so far, aku banyak mempelajari positive things from them and I am happy :) I feel so lucky.

So, it's been two years since we first met. And as Zizan said, "...biarlah kita sentiasa rasa baru kerana ia akan boleh mengeratkan hubungan sesama kita dan hubungan kasih sayang..." Each and every day, I am loving him more and more. Tak salah aku mula meminati dia sejak dulu kerana Zizan banyak memberiku inspirasi hidup...being just the way he is. I don't know how others see him but I see him as someone who is full of love and inspiration. I can't explain in words how much I love him. He is always a good brother to me. Love you Zizan :)

Thursday, June 05, 2014

Hidupku indah...

Sedar tak sedar, rupanya kita sudah melangkah ke pertengahan tahun 2014. Alangkah cepatnya masa berlalu. Bila ku melihat kembali setiap peristiwa yang berlaku sejak dari bulan Januari tahun ini, alangkah bersyukur rasa di hati. Boleh dikatakan aku melalui banyak kenangan manis sejak bulan Januari lepas. Alhamdulillah… Sungguh aku tak tau macamana nak describe perjalanan hidupku pada tahun ini tapi aku sangat-sangat bersyukur kerana hidupku terasa semakin indah terutama dengan kehadiran orang-orang baru di dalam hidupku. Aku merasa sungguh bahagia dengan kehidupanku sekarang. Setiap orang yang pernah ku jumpa sejak dari awal Januari lalu banyak meninggalkan kesan di dalam hatiku. Kesan yang begitu dalam hingga membuatku terasa sayang untuk melupakan setiap kenangan yang pernah ku lalui bersama mereka. Setiap kali aku terkenang kembali saat-saat indah bersama mereka, aku akan tersenyum sendiri. Bagiku, mereka merupakan salah satu daripada sumber motivasiku setiap pagi aku turun bekerja. Seriously, thinking about them makes me happy inside… Dan juga, keluarga dan sahabat-handai yang sentiasa bersamaku sejak dari dulu lagi membuat aku sedar bahawa hidup ini tak bererti tanpa kehadiran orang yang menyayangi dan memahami kita.Sungguh, aku merasa begitu bahagia dengan anugerah-Nya yang terindah ini. 

Dan di kala waktu ini juga, aku masih tidak terlepas dari pertanyaan orang-orang yang ada di sekelilingku, “Bila kawin?” Entah, aku sudah immune dengan soalan sedemikian. Jawapanku senang saja, “Tunggu saja jemputan”. Aku sudah lali dengan pertanyaan sedemikian. Bagiku soalan seperti itu hanyalah dugaan dari-Nya. Aku percaya Dia akan memberikan yang terbaik buatku. So, I don’t have to think too much about it. In the mean time, I’m living my life fully. Enjoying the bits and pieces of my life. *smiling widely* I really can feel the happiness inside me right now. Like, there is a garden of blooming flowers inside me. Harum semerbak,  berwarna-warni dan indah… Hanya Dia saja yang tahu perasaanku pada waktu ini… Alhamdulillah…

Anyway, baru-baru ni, aku dan kawan-kawanku cuba menjinakkan diri dengan bidang drama dan short film. Kami sama-sama menghasilkan siri drama Tarbiyyah yang diadaptasi dari buku Pujuklah Hati, tulisan Bonda Nor. Memang ia sesuatu yang datang secara spontan dan random tapi di atas usaha dan semangat kami bersama, sekarang episode 1 drama tersebut sudah di dalam proses editing. Hanya tinggal masa untuk premiere sahaja lagi. Semoga niat baik team Ulfah Jannah akan sentiasa dipermudahkan. Amin.

In addition……ZTF is getting cooler and awesome-er now! Oh gosh, I love ZTF and I love Zizan Razak! :D :D He’s been so supportive and so~~kewl! Love you so much brother! <3 <3 <3 Can’t wait to see you again soon! And the rest of my sisters too! :’D Sekarang Zizan sedang berada di Jepun. Wait till you get back home and we have a surprise waiting for you.