Sedar tak sedar, rupanya kita sudah melangkah ke pertengahan
tahun 2014. Alangkah cepatnya masa berlalu. Bila ku melihat kembali setiap
peristiwa yang berlaku sejak dari bulan Januari tahun ini, alangkah bersyukur
rasa di hati. Boleh dikatakan aku melalui banyak kenangan manis sejak bulan
Januari lepas. Alhamdulillah… Sungguh aku tak tau macamana nak describe
perjalanan hidupku pada tahun ini tapi aku sangat-sangat bersyukur kerana
hidupku terasa semakin indah terutama dengan kehadiran orang-orang baru di
dalam hidupku. Aku merasa sungguh bahagia dengan kehidupanku sekarang. Setiap
orang yang pernah ku jumpa sejak dari awal Januari lalu banyak meninggalkan
kesan di dalam hatiku. Kesan yang begitu dalam hingga membuatku terasa sayang untuk
melupakan setiap kenangan yang pernah ku lalui bersama mereka. Setiap kali aku
terkenang kembali saat-saat indah bersama mereka, aku akan tersenyum sendiri.
Bagiku, mereka merupakan salah satu daripada sumber motivasiku setiap pagi aku
turun bekerja. Seriously, thinking about them makes me happy inside… Dan juga,
keluarga dan sahabat-handai yang sentiasa bersamaku sejak dari dulu lagi membuat aku
sedar bahawa hidup ini tak bererti tanpa kehadiran orang yang menyayangi dan
memahami kita.Sungguh, aku merasa begitu bahagia dengan anugerah-Nya yang
terindah ini.
Dan di kala waktu ini juga, aku masih tidak terlepas dari pertanyaan
orang-orang yang ada di sekelilingku, “Bila kawin?” Entah, aku sudah immune
dengan soalan sedemikian. Jawapanku senang saja, “Tunggu saja jemputan”. Aku
sudah lali dengan pertanyaan sedemikian. Bagiku soalan seperti itu hanyalah dugaan
dari-Nya. Aku percaya Dia akan memberikan yang terbaik buatku. So, I don’t have
to think too much about it. In the mean time, I’m living my life fully. Enjoying the bits and pieces of my life. *smiling widely* I really can feel the
happiness inside me right now. Like, there is a garden of blooming flowers
inside me. Harum semerbak, berwarna-warni dan indah… Hanya Dia saja yang
tahu perasaanku pada waktu ini… Alhamdulillah…
Anyway, baru-baru ni, aku dan kawan-kawanku cuba menjinakkan
diri dengan bidang drama dan short film. Kami sama-sama menghasilkan siri drama
Tarbiyyah yang diadaptasi dari buku Pujuklah Hati, tulisan Bonda Nor. Memang ia
sesuatu yang datang secara spontan dan random tapi di atas usaha dan semangat
kami bersama, sekarang episode 1 drama tersebut sudah di dalam proses editing.
Hanya tinggal masa untuk premiere sahaja lagi. Semoga niat baik team Ulfah
Jannah akan sentiasa dipermudahkan. Amin.
In addition……ZTF is getting cooler and awesome-er now! Oh
gosh, I love ZTF and I love Zizan Razak! :D :D He’s been so supportive and
so~~kewl! Love you so much brother! <3 <3 <3 Can’t wait to see you
again soon! And the rest of my sisters too! :’D Sekarang Zizan sedang berada di
Jepun. Wait till you get back home and we have a surprise waiting for you.