Ada kisah indah di sebalik gambar ini...Dungun, Terengganu. |
“Tambah lagi…” kata Wan pada ku. Aku yang ketika itu sedang
duduk bersila di lantai dapur rumah Wan mengangguk sambil tersenyum. Tanganku
memegang sebiji pinggan berisi nasi dagang berlaukkan gulai ikan yang
disediakan oleh adik Ibu. Perlahan-lahan aku menyenduk nasi dan menyuapnya ke
mulut. Setiap kunyahan terasa begitu nikmat.. Ahh…sedapnya…
“Ye Wan…lepas ni..biar turun dulu nasik kat dalam perut ni…hehehe…” jawabku sambil
tersenyum.
"Haa tu kene bawa menari tu" sahut Wan sambil tersenyum melihat telatahku yang makan dengan wajah yang penuh
nikmat. Sedap…..sangat!
Nasi dagang, gulai ikan dan acar. |
“Haa…Noni mesti makan sampai tiga kali,” jawab Ibu sambil
ketawa. Ibu yang ketika itu duduk
bersila di sebelahku turut sama menikmati juadah bersama aku dan Zura. Aku
hanya ketawa sambil berkali-kali memuji masakan adik Ibu. Hasilnya, petang itu
aku makan dua pinggan nasi dagang dan semangkuk tumis laksa. Tak cukup duduk
bersila di lantai, aku melayan tumis laksa di meja makan pulak. Punyalah
kenyang sampai tersadai… Manakan tidaknya, Ibu pun mendulur kami makan sampai kenyang. Hahaha…
Makanan Terengganu memang best-best belaka! Dari kepok lekor ke nasi kerabu ke
sare ke nasi dagang ke tumis laksa ke sotong celup tepung dan banyak lagi…. (berkali-kali
telan air liur). Petang itu, aku dan rakan-rakanku yang lain meluangkan masa di
rumah Wan bersama keluarga Ibu yang lain. Hari itu merupakan hari terakhir kami
berada di Terengganu, dan malam itu juga kami semua akan pulang ke Kuala
Lumpur.
Di malam sebelumnya, sewaktu kami sedang menikmati makan
malam di Restoran D Wira Seafood, Ibu ada bertanya pada kami sekiranya kami ada
plan untuk hari terakhir di Terengganu. Masing-masing tak pasti nak buat apa
sebab kebanyakan daripada kami first time datang ke Terengganu. Ibu pun ada suggest nak pergi ke mana tapi masing-masing masih undecided. Lalu, Ibu bertanya
padaku, "Noni, nak pergi mana besok? Ibu boleh bawak. Sebok je mane2 tepak Noni nak pegi, Ibu bawak" Kalau dulu aku tak berapa faham loghat Tranung, sekarang aku dah pandai mendengar sikit-sikit.
Aku dengan rasa excited bagitau Ibu, “Bu, kita pergi Dungun bu!” Wajah
Ibu nampak iski sangat dan dia terus called adik dia, prepare ini itu. Aku
terkejut sebab Ibu sanggup called adik dia tengah-tengah malam, bagitau
rombongan kami akan ke sana pada esok hari. Hatiku rasa terharu….sangat! Ibu, I
love you so much..! Aku pun excited sangat sebab ini kali pertama aku berjumpa
dengan keluarga Zizan di kampung kelahirannya.
Ibu dan Haziq yang jadi driver kami dari our Mawar Homestay
di Kuala Terengganu menuju ke Dungun pada petang terakhir kami di Terengganu.
Aku terlupa pulak Terengganu ni besar. Punyalah letih dalam kereta hingga aku
tertidur sekejap. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam
setengah. Setibanya kami di sana, Ibu terus memperkenalkan kami kepada semua
ahli keluarga yang ada. Semua ahli keluarga Ibu memang welcoming dan peramah,
dan aku rasa seperti aku bertemu dengan ahli keluarga sendiri yang sudah lama
terpisah. Ibu bagitau, “Inilah tempat kelahiran Zizan…dan ni Wan Zizan,” kata
Ibu sambil memperkenalkan kami pada Wan ketika kami melangkahkan kaki masuk ke
rumah Wan. Aku salam dan cium tangan Wan sambil tersenyum meliaht wajahnya. Umur
Wan lebih kurang macam umur Nenek aku di kampung. Watak dia pun similar to my
Nenek, and that made me really feel at home :’)
Dan di petang terakhir aku di Terengganu, aku mengambil
peluang untuk menikmati suasana kampung kelahiran Zizan Razak yang begitu indah
dan permai. Sepupu-sepupu Zizan yang kecil sedang seronok bermain sesama sendiri
di halaman rumah dan kedengaran suara mereka sedang riuh rendah bermain bola. Waktu
itu sudah menjangkau selepas waktu Asar dan suasana rumah Wan sungguh tenang. Aku
hanya duduk di ruang tamu bersama rakan-rakanku manakala yang lain ada yang
bersembang di ruang dapur bersama ahli keluarga Zizan yang lain. Petang tu,
ramai pulak saudara-mara Zizan yang datang. Haziq cakap diorang macam tau-tau je
kite datang J
Sunset at Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu. |
Selesai sahaja solat waktu Maghrib, kami bersedia untuk berangkat
pulang. Semua ahli keluarga Zizan keluar ke beranda rumah. Aku pada waktu itu mencari-cari
kelibat Wan. Entah kenapa aku betul-betul rasa attached dengan dia walaupun aku
tak banyak bersembang dengan dia waktu tu. Aku difahami dia sedang bersedia
untuk solat so aku terus turun dari rumah, praying hard in my heart that I
would meet her again next time. Belum lama kami turun, tiba-tiba Wan muncul di
depan pintu. My prayer was answered instantly. I felt so happy and terus I approached
her, cium tangan dia and hugged her. Wan cakap, “Nanti datang lagi…” She smiled
to me…and that smile really made me missed my Nenek back in Brunei… :’) Waktu
kereta kami meninggalkan kawasan rumah Wan, semua yang ada di beranda rumah
melambai kami. At that moment, I told myself quietly, “I am so gonna miss this
moment” :’) Then Zura cakap, “Wah…dah macam vip pulak rase…” and we burst out
laughing. We went back to Kuala Terengganu that night, bringing with us
beautiful memories with Ibu, Wan and family J
So, itulah kisah indah di sebalik gambar jendela tadi.
Kenapa jendela? I can associate it with the phrase jendela kenangan … :p