Tuesday, September 30, 2014

Travelogue: Jendela kenangan...Dungun, Terengganu.

Ada kisah indah di sebalik gambar ini...Dungun, Terengganu.
“Tambah lagi…” kata Wan pada ku. Aku yang ketika itu sedang duduk bersila di lantai dapur rumah Wan mengangguk sambil tersenyum. Tanganku memegang sebiji pinggan berisi nasi dagang berlaukkan gulai ikan yang disediakan oleh adik Ibu. Perlahan-lahan aku menyenduk nasi dan menyuapnya ke mulut. Setiap kunyahan terasa begitu nikmat.. Ahh…sedapnya…

“Ye Wan…lepas ni..biar turun dulu nasik kat dalam perut ni…hehehe…” jawabku sambil tersenyum. 
"Haa tu kene bawa menari tu" sahut Wan sambil tersenyum melihat telatahku yang makan dengan wajah yang penuh nikmat. Sedap…..sangat!

Nasi dagang, gulai ikan dan acar.
“Haa…Noni mesti makan sampai tiga kali,” jawab Ibu sambil ketawa.  Ibu yang ketika itu duduk bersila di sebelahku turut sama menikmati juadah bersama aku dan Zura. Aku hanya ketawa sambil berkali-kali memuji masakan adik Ibu. Hasilnya, petang itu aku makan dua pinggan nasi dagang dan semangkuk tumis laksa. Tak cukup duduk bersila di lantai, aku melayan tumis laksa di meja makan pulak. Punyalah kenyang sampai tersadai… Manakan tidaknya, Ibu pun mendulur kami makan sampai kenyang. Hahaha… Makanan Terengganu memang best-best belaka! Dari kepok lekor ke nasi kerabu ke sare ke nasi dagang ke tumis laksa ke sotong celup tepung dan banyak lagi…. (berkali-kali telan air liur). Petang itu, aku dan rakan-rakanku yang lain meluangkan masa di rumah Wan bersama keluarga Ibu yang lain. Hari itu merupakan hari terakhir kami berada di Terengganu, dan malam itu juga kami semua akan pulang ke Kuala Lumpur.

Di malam sebelumnya, sewaktu kami sedang menikmati makan malam di Restoran D Wira Seafood, Ibu ada bertanya pada kami sekiranya kami ada plan untuk hari terakhir di Terengganu. Masing-masing tak pasti nak buat apa sebab kebanyakan daripada kami first time datang ke Terengganu. Ibu pun ada suggest nak pergi ke mana tapi masing-masing masih undecided. Lalu, Ibu bertanya padaku, "Noni, nak pergi mana besok? Ibu boleh bawak. Sebok je mane2 tepak Noni nak pegi, Ibu bawak" Kalau dulu aku tak berapa faham loghat Tranung, sekarang aku dah pandai mendengar sikit-sikit.
Aku dengan rasa excited bagitau Ibu, “Bu, kita pergi Dungun bu!” Wajah Ibu nampak iski sangat dan dia terus called adik dia, prepare ini itu. Aku terkejut sebab Ibu sanggup called adik dia tengah-tengah malam, bagitau rombongan kami akan ke sana pada esok hari. Hatiku rasa terharu….sangat! Ibu, I love you so much..! Aku pun excited sangat sebab ini kali pertama aku berjumpa dengan keluarga Zizan di kampung kelahirannya.

Ibu dan Haziq yang jadi driver kami dari our Mawar Homestay di Kuala Terengganu menuju ke Dungun pada petang terakhir kami di Terengganu. Aku terlupa pulak Terengganu ni besar. Punyalah letih dalam kereta hingga aku tertidur sekejap. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya kami di sana, Ibu terus memperkenalkan kami kepada semua ahli keluarga yang ada. Semua ahli keluarga Ibu memang welcoming dan peramah, dan aku rasa seperti aku bertemu dengan ahli keluarga sendiri yang sudah lama terpisah. Ibu bagitau, “Inilah tempat kelahiran Zizan…dan ni Wan Zizan,” kata Ibu sambil memperkenalkan kami pada Wan ketika kami melangkahkan kaki masuk ke rumah Wan. Aku salam dan cium tangan Wan sambil tersenyum meliaht wajahnya. Umur Wan lebih kurang macam umur Nenek aku di kampung. Watak dia pun similar to my Nenek, and that made me really feel at home :’)

Dan di petang terakhir aku di Terengganu, aku mengambil peluang untuk menikmati suasana kampung kelahiran Zizan Razak yang begitu indah dan permai. Sepupu-sepupu Zizan yang kecil sedang seronok bermain sesama sendiri di halaman rumah dan kedengaran suara mereka sedang riuh rendah bermain bola. Waktu itu sudah menjangkau selepas waktu Asar dan suasana rumah Wan sungguh tenang. Aku hanya duduk di ruang tamu bersama rakan-rakanku manakala yang lain ada yang bersembang di ruang dapur bersama ahli keluarga Zizan yang lain. Petang tu, ramai pulak saudara-mara Zizan yang datang. Haziq cakap diorang macam tau-tau je kite datang J

Sunset at Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu.
Selesai sahaja solat waktu Maghrib, kami bersedia untuk berangkat pulang. Semua ahli keluarga Zizan keluar ke beranda rumah. Aku pada waktu itu mencari-cari kelibat Wan. Entah kenapa aku betul-betul rasa attached dengan dia walaupun aku tak banyak bersembang dengan dia waktu tu. Aku difahami dia sedang bersedia untuk solat so aku terus turun dari rumah, praying hard in my heart that I would meet her again next time. Belum lama kami turun, tiba-tiba Wan muncul di depan pintu. My prayer was answered instantly. I felt so happy and terus I approached her, cium tangan dia and hugged her. Wan cakap, “Nanti datang lagi…” She smiled to me…and that smile really made me missed my Nenek back in Brunei… :’) Waktu kereta kami meninggalkan kawasan rumah Wan, semua yang ada di beranda rumah melambai kami. At that moment, I told myself quietly, “I am so gonna miss this moment” :’) Then Zura cakap, “Wah…dah macam vip pulak rase…” and we burst out laughing. We went back to Kuala Terengganu that night, bringing with us beautiful memories with Ibu, Wan and family J

So, itulah kisah indah di sebalik gambar jendela tadi. Kenapa jendela? I can associate it with the phrase jendela kenangan … :p 

No comments:

Post a Comment