Tuesday, September 23, 2014

Rakan-rakan...dan Terengganu.

Mungkin apa yang bakal aku luahkan kali ini adalah perkara yang sama dan berulang kali pernah aku luahkan dulu. Namun bagiku ia tidak pernah melelahkan. Malah aku merasa bahagia dan pada masa yang sama, aku merasa ketenangan yang luarbiasa hadir di dalam hati… Aku bersyukur kerana Tuhan memberiku perasaan sebegini. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ingin menerangkan perasaanku. Hanya Dia sahaja yang memahaminya…

Di samping keluarga yang begitu memahami dan menyokong setiap yang aku lakukan, aku juga ingin melahirkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana dikurniakan rakan-rakan yang begitu memahami dan sekepala! Hidupku sentiasa ceria diwarnai oleh mereka. Melalui gambar-gambar yang aku muat naik di laman social instagram dan photo album di dalam handphone, aku sentiasa tersenyum riang sekiranya aku mengenang kembali saat-saat indah yang aku luangkan bersama rakan-rakanku. Sungguh, rancanganNya begitu sempurna sehingga setiap detik aku dapat rasakan bahawa itu adalah kurnia terindah daripadaNya. Tidak pernah ku sangka aku akan punya kehidupan yang indah seperti ini. Mungkin ini adalah hadiah daripada Tuhan untukku kerana aku sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang ku lalui selama ini. DiberiNya aku rakan-rakan yang memang sekepala dan ‘ngam’ denganku. DiberiNya rezeki buat kami semua agar kami dapat bersama-sama menikmati indahnya hidup bersahabat keranaNya. Diberinya nikmat fikiran dan perasaan yang mampu mencipta sebuah ikatan yang tulus dan murni di antara kami agar kami sentiasa menyintai dan menghargai satu sama lain demi meraih keredhaanNya. Sungguh, aku merasa sungguh bertuah kerana diberi kehidupan seperti ini walaupun aku sedar kekuranganku banyak di sana sini. Namun, seperti yang aku pernah diberi nasihat, hargai apa yang ada sekarang. Kita takkan tahu bila Dia akan menarik balik nikmat dan rezeki yang dipinjamkan. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali… 

Ok, cerita tukar channel! Hihihi~ 

Baru-baru ini, satu lagi impianku telah tercapai iaitu bercuti ke negeri Terengganu. Memang Terengganu sudah lama ada di dalam senarai percutianku sebelum ini kerana aku peminat pantai dan laut (oh, dan juga Zizan Razak…haha). Aku dan rakan-rakanku telah berpeluang bercuti ke Terengganu selama 3 hari 2 malam dan meluangkan masa bersama keluarga Zizan Razak (yes, Zizan Razak, the one and only Zizan Razak). Memang ia merupakan satu kenangan yang indah dan sangat-sangat manis! Ibu dan Abah sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membawa kami melawat tempat-tempat menarik di Terengganu. Terima kasih Ibu! Terima kasih Abah! And we had a chance to visit Zizan while he was shooting for Polis Evo at Kampong Mangkuk, Setiu, Terengganu… Aku juga berpeluang untuk melawat kampung kelahiran Zizan, iaitu Dungun, dan beramah mesra bersama Wan dan ahli keluarga Zizan yang lain. Semua ahli keluarga Zizan sungguh mesra dan begitu sporting. Apalagi Wan... Aku dapat merasakan aura dan ikatan kasih sayang yang sangat kuat di sana. Keluarga Zizan juga turut menyediakan nasi dagang dan tumis laksa sebagai juadah di petang itu. Sedak boh! Suasana kampung yang begitu indah dan tenang itu juga membuatku terasa seperti aku berada di rumah nenekku sendiri…  :’)

“Masjid Kristal, Kuala Terengganu telah memujuk hatiku…”

Waktu itu sudah hampir waktu Maghrib. Alangkah indahnya suasana di tepian Sungai Terengganu. Aku turut berpeluang untuk menikmati keindahan dan ketenangan suasana masjid yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Hanya mata menjadi saksi dan hati yang berbicara ketika mendengar laungan azan dari Masjid Kristal dan juga beberapa buah masjid yang berdekatan. Laungan Azan yang bersambung-sambung membuatkan hatiku terasa tenang dan terpujuk. Hence, my hashtag #HatikuTerpujukSudah ku gunakan untuk setiap gambar di laman Instagram ku. Sebelum ini, aku menggunakan hashtag #MisiMemujukHati (I will write another post about this)… I really can’t explain how magnificent and how beautiful that moment was… Aku sendiri sempat memejamkan mata beberapa saat ketika itu untuk menikmati suasana yang aku rasakan penuh dengan cinta dan kasih sayang... Hatiku sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke sini…malah dikurniakan rezeki untuk berpeluang bercuti di negeri Terengganu bersama keluarga Zizan Razak! Sungguh-sungguh indah ketetapan Tuhan. Alhamdulillah~

Ok, sampai sini saja dulu ye~ Nanti I will write another post regarding Misi Memujuk Hati (di Terengganu).

No comments:

Post a Comment