Thursday, October 09, 2014

Hati dan kenangan

"Eh, bulan tujuh, 2008 tani ke KL jua," kata Haziq, sambil menggerakkan jarinya dalam bulatan, memberi maksud bahawa mereka semua pernah pergi ke KL bersama. Naila confused sekejap. 'Huh? Bila ku pernah ke KL sama durang?', bisik hati kecilnya. Naila melihat wajah Haziq dengan muka yang penuh tanda tanya. Minda Naila dengan pantas cuba mengingati kembali kenangannya bersama mereka. "Eh, kitani menari jua dulu," sambung Haziq lagi. Seperti pancaran kilat, kenangan itu kembali semula. Satu-persatu kenangan mula hadir ke dalam benak dan fikiran Naila. Bagaikan butang rewind ditekan, kenangan 2008 kembali semula. Naila terus mengiyakan kata-kata Haziq dengan berat hati. 'Awu ah, banar jua,' bisik hati Naila lagi.

Her another friend, Rossa, pun terus mengiyakan kata-kata Haziq. In fact, Naila, Rossa dan Haziq pernah ke KL bersama untuk menjayakan program lawatan universiti di sana. "Serious Ziq, aku nda ingat banar-banar tu tani ke sana ah... Memoriku terpadam sudah tu," jawab Naila sambil merenung dalam mata Haziq. Serius. Naila dan Rossa sama-sama mengaku bahawa mereka sudah lama memadamkan kenangan mereka di sana di atas sebab-sebab yang tertentu. Ada lah sedikit cebisan kenangan yang Naila boleh ingat tapi tak semua. Dan Naila sendiri telah lupa insan yang bersamanya ketika itu. Memang dia ingin melupakan jua dan sebolehnya dia tak ingin mengingati kenangan itu kembali. Haziq cuma terdiam, wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir...mengingati kenangan lama... 

Bermula dari sana, ketiga-tiga sahabat itu mula berbicara mengenai hati dan kenangan. Haziq berkata bahawa dia tidak mudah melupakan perkara silam dan baginya, tidak semua kenangan boleh dilupakan. Rossa memberitahu, ada sesetengah kenangan yang kita boleh pilih untuk melupakan dan memang ia tidak akan ada lagi dalam ingatan. Naila dan Rossa sependapat mengenai hal itu. Dan pada ketika itulah, timbul cerita-cerita lama sewaktu mereka berada di zaman persekolahan. Terdengar gelak tawa tiga bersahabat itu di dalam restoran sushi kegemaran mereka. Sesekali timbul kembali perbincangan mereka mengenai hati dan kenangan. 

Dan Haziq memberitahu, baginya, kenangan bagaikan gelas yang pecah. Walaupun dibersihkan, tetap ada sisanya walau kecil. Naila terdiam sebentar mendengar ungkapan dari Haziq dan melihat wajahnya dengan penuh pengertian. Naila faham maksud Haziq.... "Awu, banar pulang tu Ziq tapi kalau aku, ku vacuum tu semua. Nda lagi ada tinggal," jawab Naila. Rossa pun turut mengiyakan. Haziq cuma tersenyum sedikit dan memberitahu baginya ada sesetengah kenangan itu amat berharga. Kalau teringat kembali, pasti masih terasa akan kesan kenangan itu di hati... Dan mereka bertiga mula berbicara mengenai move on dan letting go... Entah macamana boleh topik itu menjadi perbincangan mereka pada malam itu. Sebenarnya, pertemuan mereka malam itu tak dirancang. Naila yang mengajak mereka petang itu selepas waktu bekerja untuk menemaninya makan sushi kegemarannya. Sebelum itu, seorang lagi sahabat mereka, Dira, turut sama menikmati early dinner tapi she had to go early. Dan plan mereka untuk membuat advanced birthday surprise untuk Rossa menjadi! ^_^ 

Di sepanjang perjalanan pulang, Naila memikirkan kembali perbincangan mereka malam itu. Ingin lagi rasanya duduk berbincang mengenai topik moving on dan letting go bersama mereka tapi...Masa begitu cemburu waktu itu. Takpelah, mungkin lain kali. Seperti Haziq kata, "Of all people, aku cakap pasal ani sama kamu". Like, yes. Of all people, Naila had that discussion with them.... And it made her feel more thankful for having them in her life as her good friends. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan membawa ke Jannah... Amin.. :)

"Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula - Bonda Nor, Saya Tunggu Awak"

No comments:

Post a Comment