Saturday, October 04, 2014

#HatiTerpujukSudah ... di malam Raya Aidiladha

"Ibrahim a.s mampu mencari tuhan dengan cara Mentadabbur Alam.
Bintang-bintang yang berkerdipan, bulan yang indah menawan, itu yang pada mulanya disangka tuhan. Namun tatkala malam bertukar siang, semuanya itu hilang. Lantas matahari pula dianggap tuhan.
Dan bila malam tiba, ternyata matahari juga tidak kekal lama. Ibrahim a.s sekali lagi merasa kecewa.
Akhirnya, dengan jalan mentadabbur alam, misi mencari tuhan ditemukan. Sedarlah Ibrahim bahawa Allah yang Maha Besar ialah tuhan semesta alam.
Tanda kekuasaan Allah ada di mana-mana. Langit yang tidak bertali, bumi yang tidak bertiang, burung-burung yang bebas berterbangan. AllahuAkbar, hebatnya alam ciptaan tuhan.
Tadabburlah alam ciptaan tuhan walau hanya keluar sebentar di luar halaman.
Salam Aidil Adha, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Menjalani Majlis Ibadah Qurban. Semoga semua amalan diterima Allah Ar-Rahman."

Photo courtesy of Lensa Syuna Artworks, 2014
Aku menerima message kisah Nabi Ibrahim a.s. di atas melalui wall FB ku, daripada sahabat An-Nisaa ku, Ana July. Kisah Nabi Ibrahim a.s. merupakan salah satu daripada kisah-kisah nabi yang sentiasa aku ingat sehingga kini... Dan di saat aku membaca message ini, hatiku tersentuh...lagi... Mataku terasa berkaca...Terasa sejuk dan tenang di dalam hati hingga menusuk ke kalbu...

Di dalam perjalananku dari Bandar Seri Begawan hingga ke Tutong pada malam ini, hujan turun renyai-renyai. "Rahmat", kata Zizan (he informed us as soon as he reached Terengganu tadi sebab Ganu pun hujan katanya). Takbir Raya bergema di radio, menyentuh dan memujuk setiap hati yang menghayati setiap ayat yang dialun dengan begitu merdu. Sungguh tenang rasanya bila hati ini dapat merasai dan mengerti akan keindahan takbir Raya yang begitu syahdu. #HatiTerpujukSudah Aku teringat lagi message yang dipost oleh sahabatku tadi. Tiba-tiba, aku terkenang sewaktu aku berada di Masjid Kristal tempoh hari. Dan, aku mulai faham apa yang sedang terjadi padaku.... Kisah Nabi Ibrahim di atas dapat aku kaitkan dengan diriku sendiri... Sungguh, setiap apa yang terjadi itu bukan kebetulan melainkan sebagai asbab untuk sesuatu yang bakal berlaku... :') -n-

No comments:

Post a Comment