Saturday, October 15, 2011

I Love Them Much

Empat tahun berlalu sudah namun kenangan itu tetap sentiasa berada di ingatan. Kenangan sejak kali pertama aku mula menjalin persahabatan bersama mereka. Pada awalnya, agak kekok juga kerana aku pendiam sikit orangnya. Namun dengan keperibadian yang peramah dan mesra, mereka membuat aku merasa selesa berada bersama mereka. Malah saat-saat bersama mereka merupakan di antara detik-detik indah yang pernah ku lalui. Dan tanpa ku sedari, pergaulanku bersama mereka membuat aku berfikiran lebih matang serta peka akan selok-belok kehidupan. Kerana mereka hidupku berubah. Pandangan ku terhadap hidup ini semakin luas dan lebih bererti. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dipertemukan dengan mereka. Mereka membuat aku sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk dipersia-siakan. Haluan hidupku kini berubah dan aku akan tetap berada di jalan ini kerana aku tahu jalan ini membawa kepada kebahagiaan yang abadi. Aku akan sentiasa menghargai persahabatan ini dan doaku akan sentiasa bersama mereka.

No comments:

Post a Comment