Monday, December 19, 2011

Si Gadis Gangsa

     "Cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita" Lagu Laskar Pelangi berkumandang di telingaku. Jariku mencari-cari di manakah gerangan bunyi lagu itu sementara mataku masih tertutup. Aku terjumpa. Ah, handphone ku. Ku tekan handphone ku secara rambang dan sekali gus, lagu itu terus hilang. 'Ish, karang tah ku bangun. 5 minit lagi,' bisik hatiku. Tetapi hatiku menyambung lagu yang ku jadikan alarm bangun tidurku setiap hari. 'laskar pelangi tak kan terikat waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi,' hatiku bernyanyi. Aku tertidur semula bersama nada lagu di dalam hati...

     Handphone ku berbunyi lagi. Kali ini, aku benar-benar sudah sedar. Mimpiku yang indah terus hilang dari kotak ingatanku lantas ku capai handphone dan alamak! Aku overslept! Jam sudah pukul 9 pagi! Rupanya alarm itu merupakan reminder bahawa hari ini adalah hari jadi kawanku yang memang senghaja ku set kan pada jam 9 pagi. Alarm Laskar Pelangi tidak lagi berbunyi sejak aku tersedar buat kali pertama pada jam 6 pagi tadi. Aku lantas mencapai tualaku dan terus menuju ke bilik mandi.

     Selesai mengenakan baju kurung fesyen berwarna merah jambu, aku terus menikmati sarapan yang sudah terhidang di dapur. Rumah nenek sudah sunyi waktu itu. Hanya kelihatan beberapa orang sepupuku yang juga turut menikmati sarapan pagi bersamaku. Kedua orang nenekku sudah awal pagi lagi berangkat ke rumah Aunt Yumi. Hari ini merupakan hari pertunangan sepupuku, Lagai. Dan aku sudah diberikan tanggungjawab untuk mengangkat gangsa cincin pertunangan. Aku lantas minum secawan teh kerana memang aku benar-benar kesuntukan masa. Selepas 5 minit, aku terus turun dari rumah berjalan kaki bersama dua orang amah menuju ke rumah Aunt Yumi. Mummy, Aunt Esah dan sepupu-sepupuku yang lain ku tinggalkan.

     Setibanya aku di sana, para jemputan sedang menikmati hidangan yang disediakan. Lagai sudah menantiku di ambang pintu. Wajahnya kelihatan lega melihat kehadiranku. 
"Aaahh! Ni nah! Bah, kau karang angkat ah," katanya sambil tersenyum riang. Senyuman orang yang bakal terikat sebentar lagi.
"Haha ok tu! Sorry, aku ter akhir bangun!" jawabku sambil tersenyum lebar. Aku memang sedia maklum akan tanggungjawabku. Termasuk hari ini, sudah lebih empat kali aku diberi tanggungjawab unuk mengangkat gangsa, termasuk majlis pertunangan dan perkahwinan sepupu-sepupuku sebelum ini. Jadi, aku tidaklah merasa janggal sangat. Ironically, tukang angkat gangsanya ani still single. Hati tiada yang punya. Hehe...

     Aku terus melangkahkan kaki menuju ke meja hidangan. Macam-macam makanan telah tersedia. Karipap, tat telur, tat blueberry, cakoi, kusoi dan kelupis adalah di antara dessert yang ada. Manakala makanan utama pada pagi itu ialah mee rebus dan sayur pucuk berkuahkan santan. Memang menyelerakan. Namun aku hanya menjamah kuih yang ada. Kenyang juga.

     Lebih kurang pada jam 10:45 pagi, rombongan bertunang pun bertolak. Aku menaiki kereta bersama ibubapa Lagai. Lebih kurang 7 buah kereta yang menyertai rombongan itu. Manakala ada yang berjalan kaki kerana rumah bakal tunang Lagai hanya terletak beberapa meter sahaja dari situ. 

     Setibanya kami di sana, kami dipersilakan naik oleh tuan rumah. Aku pun turut serta (Gadis gangsa kan..Hehehe). Dan di sepanjang majlis, aku hanya duduk diam di ruang tamu. Bersama-sama dengan orang-orang yang jauh (super jauh) lebih tua dari aku. Selesai saja adat menyarungkan cincin, kami dipersilakan untuk menikmati jamuan di kem. Aku sempat bergambar bersama Lagai dan Christie, tunangnya sebelum turun. Ah, lawa dia :) Di kem, aku duduk bersama ibu saudaraku dan kami hanya bersembang kosong. Dia memberitahuku bahawa ada di kalangan anak buahku di sebelah Babah akan masuk Islam minggu hadapan. Hatiku terdetik apabila mendengar berita itu. Sempat lagi hatiku berkata,' Soon, I'll be like them'.

     Lebih kurang pada jam 12:30 tengah hari, rombongan kami pulang. Ada pulak yang berkata padaku, "Ani, nda lagi batah ni," sambil tersenyum penuh makna. Aku hanya tersenyum. Mengangguk faham. Aku membalas, "Tunggu tah saja. Ntah bila kah aku pun nda tau," kataku sambil berjenaka. Mindaku berfikir, 'Entah siapakah nanti danganku.' Aku cepat-cepat melupakan hal itu. Ah! Malas nak fikirkan. Sudah selalu aku diberi statement macam tu tapi aku malas nak endahkan sangat. Aku layan jer... Dan berjenaka memberitahu bahawa aku menunggu anak raja datang meminang. Hehe...

     Dan petang tadi, aku join Mummy and durang Aunt Nining ke Rambai. Lama sudah nda ke sana. Really miss the environment and the family there. And yea, I had a really epic journey today... Oh yea, Steven, our French-German friend happened to be there too, making my day even more wonderful! :D

Cincin Pertunangan



No comments:

Post a Comment