Monday, December 31, 2012

Zizan's Twitter Family Gathering - part 1.


Aku melihat keluar jendela. Hanya kelihatan kepulan awan yang kelabu. Suasana langit yang kelam, menandakan pertukaran masa siang ke malam. Penerbangan Royal Brunei BI 874 sudah memakan masa lebih kurang 1 jam. Aku hanya duduk diam sambil mengenangkan saat-saat indah yang terakam sewaktu aku berjumpa dengan Zizan's Twitter Family pada malam 26 hb Disember yang lalu. Saat-saat yang tidak mungkin aku lupakan di sepanjang hidupku. Sesekali hatiku terasa sebak. Sebak kerana perjumpaan yang sungguh singkat itu membuatkan aku merasa bagaikan tidak ingin berpisah dngan mereka... Dan yang paling istimewa lagi ialah apabila aku berpeluang berjumpa dan bersembang dengan Zizan sendiri.................... Ok, let me start from the beginning. 

Warning: This is going to be a long post...

26 hb Disember, 2012. Hari Rabu. Jam: 3:50 petang. Aku dan keluarga sudah berangkat meninggalkan hotel untuk pergi menuju ke Mutiara Damansara. Destinasi kami ialah The Curve. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit itu bagiku bagaikan lebih dari satu jam. Manakan tidaknya, hati sudah merasa sungguh-sungguh teruja ingin btemu dengan sisters dari Zizan's Twitter Family. Setibanya di sana, jam baru saja menunjukkan pukul 4:30 petang. Masih awal lagi. So, aku dan keluarga berjalan-jalan. Tak pernah sampai ke sana so, we took our time :)

Jam 6:30 petang. Aku sudah semakin rasa excited dan nervous at the same time. Aku menelefon kak Needa and she told me she was already at the Red Box. I was so anxious that my palms were sweaty and cold at the same time...

Jam 7:15 malam. Aku dan my sister naik ke tingkat satu dan terus masuk ke dalam The Red Box. Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke dalam bilik yang dikhaskan untuk Gathering ZTF, aku merasa sungguh tenang dan gembira. Manakan tidaknya, semua yang ada di situ sungguh-sunguh welcoming dan mesra. I introduced myself first to Kak Yan. And from there, I felt like I was in my real family, when in fact, we are the ZTF sisters. Ya Allah, sungguh gembiranya aku bersama mereka. Among the first few people I met were Aida, Kak Nurul, Ain, Ika, Zati, Nano and of course, Kak Needa! :D While waiting for the event to start, my sister and me duduk bersembang dengan mereka yang ada. Seriously, they were soooooo friendly! ^_^ 

Jam 8++ malam. Aku dan my sister, and together with the rest of the ZTF sisters sedang duduk bercerita apabila Zizan datang. Waktu tu, kami sudah pun berpindah ke bilik sebelah where the real event took place. Pada mulanya, aku ingin menangis kerana bagaikan tak percaya Zizan kini berada di depan mata. Tapi entah macamana boleh, hatiku terus merasa tenang dan lapang bila melihat wajahnya...*malunye~ Sebaik sahaja Zizan masuk, dia terus approach semua orang dan bersalam. Bila tiba giliran kami, aku hanya senyum lebar sambil membalas salam dari tangannya. Dalam hati bercakap, "Aaahhhhhh aku salam Zizannnnnnn!!!!" Hati melonjak riang tapi muka tetap cool. Hahaha.. Lepas tu kan, Zizan mula mundar mandir depan kami dan bila dia nampak saja microphone yang ada di depan kami, dia mula bermain dengan mics tu... Waktu tu, kami masih lagi menunggu orang lain untuk datang.

Jam 830++ malam. Acara bermula. Kak Needa arahkan semua orang untuk duduk. Betul-betul dengan style cikgu dia. Hehe. Dan Zizan terus duduk di sebelahku. Zizan cakap, "Dah macam cikgu tuisyen". Kami tertawa. Hatiku riang dan senyum tetap terpampang di bibirku. Hahahaha! Akak Needa made such a beautiful welcoming speech and to my surprise, dia bacakan my blog post about the Zizan's Twitter Family pada semua orang di dalam bilik itu. Walaupun agak hyper sikit semua orang di dalam bilik tu, namun aku sungguh terharu bila melihat Zizan mendengar dengan penuh khusyuk, walaupun blog tu in English. Ika bertanya, "Abg, faham ke?" Zizan angguk dan mendengar lagi. Bila kak Needa baca the part, "...one of the guys who have the sweetest smile on earth" semua orang went.. " aaaaa...." Aku pula yang malu. Hahaha..

Dah kak Needa habis baca, Zizan cakap, "Terima kasih" padaku. And that was one of the greatest moments ever! Dah tu, Zizan pula beri ucapan. Macam biasa, dengan style dia yang santai dan mesra, setiap bait perkataan yang keluar dari mulutnya buat orang merasa dihargai dan disayangi. And of course, tidak kurang juga dengan lawaknya. Haaii... I love him very much. And, lastly, Kaka too made her speech ;) She is really as amazing as Zizan :D :D Mesra and sooooo sporting!

Pastu kan, bila akak Needa perkenalkan aku dan my sis dari Brunei, Zizan terus ajak sembang. Dia kata, "Saya dari Terengganu". Hehehe even that simple statement pun dia boleh buat orang gelak. Actually dah dua kali dia perkenalkan dirinya pada kami dengan that statement. The first was when dia took pictures with his fans for the reporters. Masa tu, kak Needa juga yang introduced us to him.

Ok, balik semula part sembang tadi. I was so starstruck that I couldn't say anything much to Zizan. Dia duduk depan aku tu pun dah buat aku rasa tenang sangat-sangat. Hadui...Rasa macam Zizan tu kawan lama yang dah lama tak jumpa. He made me feel so comfy that I didn't feel awkward to be around him.

Soalan yang paling mahal Zizan tanya was, "Kenapa awak pakai tudung dia tak pakai tudung?" Me and my sister went, "Huh?" Pastu dia cakap, "Haha tak..tak..saya imagine kalau awak tak pakai tudung, tentu muka awak sama macam dia. Kalau dia pakai tudung, tentu muka dia sama macam awak" pastu kami ketawa lah. Dia kata kami macam kembar. Hahaha...pastu dia panggil Kaka, "Kaka! Tengok ni, kembar dari Brunei" Kaka terkejut dan tengok kami, "Eh? Kembar ke?" Aku dan adikku tertawa lantas aku cakap, "Eh, bukanlah! Saya kakak, ni adik" haha orang lain pun ketawa juga..Everyone was sooo happy that night.

Hadui, kalau nak cerita in detail, panjang lah post ni agaknya. Apapun, malam itu adalah malam terindah bagiku dan the ZTF sisters. Impian yang menjadi kenyataan. Aida sampai tanya, "Kak, tak nangis pun?" Hahaha aku cakap, "Dah tak tau nak rasa apa dah" hehehe betul, I really wanted to cry tapi somehow that feeling tiba-tiba hilang. Aku rasa tenang bila berdepan dengan Zizan. Oh gosh, tanyalah mana-mana orang yang pernah jumpa Zizan. He is such a sweet and amazing guy! 

-to be continued-

3 comments:

  1. spread the love everyday by the moon & the stars kak.. there we are.. love u so much !! :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yes~ ^_^ Love you very much darling~~ :'D

      Delete
  2. i love ur starfish...d stuffed one...comey sgt dgn mata besar tu...tp yg hidup tu pun i suka jugak hahaha

    ReplyDelete