Saturday, October 18, 2014

Cantiknya rencana Tuhan

Suasana petang itu sungguh nyaman. Sesekali terasa angin sepoi-sepoi bahasa membelai lembut wajah manis si gadis. Sambil berdiri di sudut beranda rumah, si gadis merenung keluar jalan yang berada tidak jauh dari situ sambil menikmati keindahan alam yang ada di sekelilingnya. Sungguh, sungguh tenang rasanya. Sebuah jam lama yang diletakkan di bahagian ruang tamu rumah tiba-tiba berdenting, menunjukkan pukul 4 petang. Lamunan si gadis terhenti seketika... Dia menoleh ke arah jendela di belakangnya, niat di hati ingin melihat suasana shooting di dalam rumah. 'Oh, masih sibuk,' bisik hatinya, sambil memerhatikan para pelakon dan pengarah yang sedang sibuk berbincang. Dia menyambung kembali aktiviti merenungnya sambil melayan bisik hati sendiri. 'This is just..beautiful,' bisik hatinya lagi. Si gadis merasa hatinya bagaikan dibelai dan dipujuk ketika itu dengan keindahan suasana kampung yang permai serta hiasan alam yang ada di sekeliling rumah kayu yang baru pertama kali dinaikinya itu... Bunga yang berwarna-warni yang ada di sekeliling rumah itu bagaikan mengerti betapa bahagianya rasa di hati si gadis.

Bunga kertas @ bougainvillea berlatarbelakangkan rumah kampung tempat shooting
Si gadis berfikir lagi...sambil mengimbas kembali tujuan mereka ke sana pada petang itu. Mereka ke sana sebenarnya tidak berancang. Semuanya impromptu! Cuma melalui pesanan di Whatsapp, semuanya terus menjadi. As always... Itu pun setelah keputusan dibuat dua atau tiga jam sebelumnya. Dia ke sana bersama dua orang temannya, Ana dan Wan, dan penuntut-penuntut universiti yang juga merupakan anak buah Ana untuk menjalankan sesi shooting bagi projek MIB mereka. Niat di hati hanya ingin menemani Ana dan kumpulan penuntut tadi dan juga ingin explore kawasan baru yang tak pernah dijejakinya. Dan keputusannya tepat. Dia berasa sungguh beruntung mempunyai kesempatan dan peluang itu kerana dia diberi rezeki nikmat menghayati alam pemberian Tuhan di depan matanya sendiri. 

Dentingan jam yang merdu membuai hati dan perasaan yang sedang berbunga-bunga
Pada pagi hari yang sama, si gadis dan teman-teman production Ulfah Jannah telah dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah. Ia memang satu kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila pihak Pengerusi dan AJK majlis telah sebulat suara mengambil keputusan untuk menayangkan video drama pendek hasil team Ulfah Jannah ketika majlis. Betapa terharunya rasa di hati bila melihat video yang diusahakan mendapat penghargaan yang sebegitu tinggi sehinggakan ramai yang memuji hasil kerja team Ulfah Jannah. Mengalir juga airmata bila drama tersebut ditayangkan bagi tontonan para guru yang hadir di majlis itu. Rata-rata guru memuji team Ulfah Jannah kerana berjaya menyampaikan message yang bermakna buat mereka... Si gadis tersenyum sendiri memikirkan perjalanan dan perjuangan team Ulfah Jannah. Sebuah perjalanan yang memberi kesan terdalam di hatinya.

Si gadis termenung lagi... Memikirkan perjalanan hidupnya hingga kini. Yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Dia berasa sungguh beruntung dan bertuah kerana mempunyai keluarga dan teman-teman yang memahami. Dan dia berasa sangat-sangat bersyukur kerana dilibatkan dengan team Ulfah Jannah. Sungguh-sungguh sayangnya dia dengan mereka ini...Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya dia dengan mereka. Sebelum ini, si gadis tak pasti sama ada wujudnya orang-orang yang mempunyai cara pemikiran, minat dan tujuan hidup yang sama. Turns out, mereka ini adalah kawan-kawannya sendiri. Yang memang selama ini sudah pernah kenal sewaktu di universiti dahulu. Cantik sungguh rencana Tuhan. Dipertemukannya mereka dengan cara halus dan akhirnya, dengan wujudnya talian persahabatan dan niat yang sama, team Ulfah Jannah pun ditubuhkan... Betapa sayangnya dia dengan sahabat-sahabatnya di sini. Baginya, setiap detik yang dilalui bersama mereka terasa begitu indah dan bermakna. Malahan, baginya, setiap detik yang dilalui mempunyai kenangan yang tersendiri... Sungguh indahnya nikmat bersahabat kerana-Nya. An-Nisaa juga merupakan sebahagian daripada team Ulfah Jannah dan ini membuatkan rasa sayangnya terhadap pertalian persahabatan yang dibina begitu mendalam... *touching kejap...fuh~* Apapun, dia menyayangi mereka kerana-Nya <3 Mereka sentiasa ada di dalam hati dan doanya di setiap masa... -n-

Drama Pendek Dakwah hasil team Ulfah Jannah - Guru oh Guru

No comments:

Post a Comment