Saturday, January 28, 2012

Bila Hati Ini Terasa Takut

Sejak akhir-akhir ini, sering terdengar berita tentang kejadian gempa bumi, bunyi suara ganjil dari langit, dan macam-macam penemuan yang ganjil serta bencana alam. Belum lagi berita tentang kegawatan ekonomi, peperangan, politik dan sebagainya. Bermacam kontroversi dan konspirasi yang timbul. Apa lagi kejadian jenayah dan keruntuhan akhlak yang semakin nyata. Dunia ini semakin hari semakin menakutkan. Semakin hari semakin kacau . Dan semakin hari semakin membimbangkan. 

Aku sering memikirkan hal ini. Memang dunia sudah semakin tua. Semakin pendek jangka hayatnya. Dan tatkala aku memikirkannya, aku menjadi takut. Takut pada Tuhan. Takut pada hari kiamat. Aku bukannya takutkan apa yang bakal terjadi di dunia. Tetapi aku takut apa yang bakal terjadi di hari akhirat nanti. Setiap kali aku memikirkan hal ini, hatiku menjadi tidak keruan. Fikiranku mula memikirkan hal-hal yang aku ketahui tentang hari kiamat. Hari pembalasan. Aku takut. Sangat takut. Aku sering menangis bila memikirkan hal-hal macam ini. Apakah akan terjadi nanti? Di alam sana? Di manakah aku akan ditempatkan?

Di waktu-waktu beginilah aku sering memujuk hatiku dengan menghayati surah-surah al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Mulalah hatiku menangis, memohon pertolongan daripadaNya. Memohon agar aku dimatikan Islam. Dan beriman. Agar aku akan menjadi salah seorang dari wanita muslimah. Agar aku menjadi ahli Jannah. Bukan aku sahaja. Keluargaku juga. Inilah yang sering aku fikirkan. Sering bermain-main di kepalaku. Pernah ada waktunya aku terlupa yang aku non-muslim... Aku pun tidak tahu macamana aku boleh fikir macam tu. 

Dulu, aku pernah bermimpi. Ada suara yang menyuruhku membaca surah Luqman. Sebaik sahaja aku bangun, aku terus mencari dan mendalami surah itu. Hatiku semakin kuat bahawa Islam adalah untukku. Dan baru-baru ini, aku bermimpi ada suara menyebut-nyebut "surah Hud". Aku mendalami juga isi kandungan surah itu. Aku semakin percaya, memang Islam adalah untukku. Aku juga telah ditemukan dengan kawan-kawan yang sehaluan denganku. Mereka yang ingin dan di dalam proses mengejar Jannah...

Waktu itu akan tiba. Dua kalimah itu...
Image source : Google image

5 comments:

  1. :'( aku pun takut... adakah aku tergolong dlm golongan yg akan menghuni SyurgaNya or yg akan mendiami NerakaNya, Nauzuubiillaahh... Ythbh Nonie, aku pun confuse lehmu, wic ur post yg baru ani bruth membgtau yg sebnrnya aha! Tengkiu Nonie sal slalu menshare2 about Islam, lots of ppl including me need it ^_^). Btw, lawa ur new blog template ni *thumbs up*!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad~ :) awu..dah datang rasa takut atu kan, takut bnr2.. :/ confuse?confuse as in...? my pleasure Nad.. Im just sharing what I think is important for me to share..and just sometimes my mind terlalu berserabut yth turunnya ke mari..hehe..thanks Nad! :D

      Delete
  2. Confuse sal muslim atu bh ahaa! Bagus2, selalu2 lah mempost. Aku, as usual, suka menstalk blog2 kamu ni ^O^). Selamat blogging Nonie~ ^_^

    ReplyDelete
  3. Erm...mcm mana nak reply eh...when i was younger i tried to look for God. Joined a religious group, met Syiahs, wore a tudung labuh...but i never felt really 'there' you know? I also had a boss who forced us to listen to sermons at work, read d Quran and other things, but it just made us despise her coz behind her piousness she mistreated some ppl. Now i feel more at ease n i x force myself to do anythg. It comes naturally becoz now i realize that Allah is there for u. There's suffering everywhere but we x know wats behind it, maybe there's more blessing for those who suffer on this earth...wallahualam :)

    ReplyDelete