Thursday, January 12, 2012

Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi

Tadi petang aku menonton cerita Sang Pemimpi di Astro Citra. Sebuah filem yang diadaptasikan dari novel hasil karya Andrea Hirata, seorang novelis dari Indonesia. Aku tidak akan pernah mengenali atau pun mengetahui nama novelis yang hebat ini sekiranya aku tidak pernah menonton filem Laskar Pelangi sebelum ini. Filem ini juga merupakan adaptasi dari novelnya, Laskar Pelangi. Dan Sang Pemimpi merupakan sequel dari Laskar Pelangi... and all that I can say is..both these films are MARVELLOUS! Walaupun aku tidak pernah membaca novelnya namun dari jalan cerita filem ini sudah membuat hatiku tersentuh. Kedua-dua filem ini telah memberi impak yang besar di dalam hidupku.

Laskar Pelangi mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang hidup susah; bertarung sedaya upaya mereka untuk mempelajari ilmu di sekolah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang mereka harus tempuhi demi meraih cita-cita dan impian masing-masing. Peranan guru juga memainkan peranan yang amat penting di dalam cerita ini di mana guru telah membantu para pelajarnya untuk mencapai ke menara gading. Ahh... I really love this movie. So much!

Manakala, Sang Pemimpi pula mengisahkan tentang tiga sekawan yang mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke Paris dan seterusnya menjelajah Eropah. Filem ini merupakan sequel kerana watak Ikal masih dimainkan. Again, guru memainkan peranan penting di dalam cerita ini kerana mereka membantu perkembangan para penuntut. Yang begitu menarik perhatianku ialah peranan guru yang dimainkan melibatkan guru dari dua generasi yang berbeza. Seorang guru senior, dan yang seorang lagi guru muda. Pedadogi dan penyampaian ilmu mempunyai perbezaan yang amat ketara namun mempunyai satu tujuan yang sama. And yes, I love this movie too!

Apa yang aku pelajari dari kedua filem ini amatlah banyak kerana di sepanjang aku menonton kedua filem ini, otakku ligat memikirkan apa maksud yang tersurat dan tersirat di dalam setiap scene yang dilakonkan. Memang banyak... :

1. Ilmu pelita hidup. Tanpa ilmu, hidup ini kelam, sesat dan tiada arah.

2. Pentingnya mempunyai cita-cita tinggi dan berusaha keras : “Yang terpenting, bukanlah seberapa besar mimpi kalian, melainkan seberapa besar upaya kalian mewujudkan mimpi itu" (Petikan dari filem Sang Pemimpi)

3. Persahabatan yang bersandarkan ketulusan dan kepercayaan membawa kepada kejayaan bersama.

4. Pentingnya pendidikan dari segi moral selain daripada pendidikan formal di sekolah. Pembangunan moral mesti ditekankan sejak dari kecil lagi agar kanak-kanak tahu menghargai orang lain.

5. Guru memainkan peranan penting untuk menjadi role model kepada para penuntut, bukan sahaja di sekolah malah di luar. 

6. Guru juga seharusnya membantu menaikkan semangat para penuntut demi mencapai impian mereka selain tidak mengabaikan pelajaran di sekolah. Guru sumber motivasi penuntut.

7. Tidak berputus asa dengan apa jua rintangan yang dihadapi.  
"Biar kau tahu, Kal, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu !!”
‘Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati…. (Petikan dari filem Sang Pemimpi)

8. Agama jangan di lupa kerana pendidikan akhirat itu lebih penting dari ilmu duniawi.  
"Kekuatan itu dibentuk oleh iman..Jadi ingatlah anak-anakku, teguhkan pendirian. Kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita. Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah, menghadapi tentangan macam apa pun..dan ingat..Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..." (Petikan dari fielm Laskar Pelangi)

Sebenarnya banyak lagi mesej yang terkandung di dalam kedua buah filem ini namun tidak dapat ku ungkapkan satu persatu. Cukuplah dengan hanya menonton filem-filem ini telah membuatku berani bermimpi besar. Ia juga telah memberiku semangat agar tidak patah semangat di dalam menghadapi hidup yang kian mencabar. Juga, ia telah membantuku melihat hidup ini dari sudut yang berbeza. Hidup ini indah sebenarnya. Kita hanya perlu menukar pandangan dan cara pemikiran kita.

Terima kasih Andrea Hirata. Aku percaya, karyamu dan semangatmu telah mengubah haluan hidup ramai orang. Teruslah berkarya... (I should start collecting your books!)



No comments:

Post a Comment