Wednesday, February 22, 2012

Ibu, kenapa Tuhan tumbuhkan lalang?

Pada suatu petang yang damai, seorang ibu membawa anak lelakinya ke taman bunga di hadapan rumah mereka. Kelihatan pelbagai jenis bunga yang begitu indah dan berwarna-warni menghiasi ruang yang ada. Si ibu mula mencabut rumput lalang yang tumbuh di antara pokok-pokok bunga. Si anak turut melakukan apa yang si ibu buat.

"Ibu, cantik ya bunga-bunga ini. Nanti dah besar, Iqal nak ada taman bunga sendiri lah," si anak mula berceloteh. Dia berangan untuk mempunyai sebuah taman bunga yang indah, luas dan besar. Mindanya mula membayangkan pokok-pokok yang rimbun, bunga pelbagai warna, pondok tempat bermain dan rumah-rumah tempat burung bersarang. Haiqal masih ingat lagi cerita Alice in Wonderland yang baru sahaja dilihatnya semalam. 'Hm, aku nak taman macam tu lah nanti,' fikir Haiqal.

"Boleh sayang. Tapi Iqal mesti rajin jaga. Bunga pun nak hidup macam kita. Iqal mesti rajin siram, beri baja, cabut lalang dan banyak lagi," sahut si ibu. Hanya tersenyum mendengar celoteh anaknya yang baru berumur tujuh tahun itu.
"Iqal tak kisah ibu. Iqal nak taman yang macam kat dalam cite semalam tu," balas Haiqal lagi. Fikirannya terbayang pokok yang berwarna-warni. Si ibu faham akan fikiran anaknya itu. Biasalah, anak yang sedang membesar. Imaginasi memang kuat. Ibu hanya membiarkan Haiqal menjelajah ruang imaginasinya dan terus mencabut rumput lalang yang ada.

"Ibu, kenapa bunga banyak warna ye bu?" tiba-tiba Haiqal bertanya.
"Sebab Tuhan nak kita hidup di dalam dunia yang cantik Iqal. Iqal suka ke kalau semua bunga warna hitam?" sahut ibu.
"Ish, tak cantik lah bu. Kan cantik macam ni," kata Haiqal. Dia melihat di sekelilingnya lagi. Dia suka melihat suasana yang indah dan berwarna di hadapannya. Kelihatan beberapa ekor rama-rama terbang gembira. Turut menikmati indahnya ciptaan Tuhan.
"Ibu, kenapa Tuhan tumbuhkan lalang?" tanya Haiqal lagi. Tangan mungilnya sedang sibuk mencabut rumput lalang yang tumbuh di sekeliling sebatang pokok bunga kertas berwarna putih. Si ibu tersenyum lagi.
"Sebab Tuhan nak kita jadi orang yang rajin. Tuhan tak suka kalau kita malas. Hah, macam ni kan. Iqal kena rajin cabut lalang ni sebab kalau Iqal malas, tentu bunga tak tumbuh. Iqal nak tengok ke bunga ni mati?" jelas ibu. Haiqal hanya menggelengkan kepala. Mindanya kini tertumpu pada rumput lalang di hadapannya. Tangannya terus mencabut rumput lalang itu.

Google image

2 comments:

  1. Lawa Nonie! So true kata2 mamanya aa. Wanna be a mother like her nanti hehehe. ^O^). Jodoh lum ada dh imagine kn jd catu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..thanks Nad! No worries..ada tu nanti.sabar ja :) mana tau esok lusa ada cia..hehehe

      Delete