Monday, March 19, 2012

Aku Bersyukur

Ya Allah, aku bersyukur di atas setiap yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Sebelum ini, aku melihat segala yang telah berlaku sebagai satu kenangan atau pun sejarah yang tidak memberi makna apa-apa padaku. Malah aku langsung tidak menghargai apa sahaja yang pernah ku harungi dan hadapi sehinggalah kini. Aku hanya menganggap semua yang berlalu itu sebagai sesuatu yang tidak perlu aku pelajari. 

Sekarang aku sudah faham. Setiap yang pernah berlaku dan juga akan berlaku memang ada hikmah di sebaliknya. Ada pelajaran yang boleh dipelajari. Dan setiap kali sebelum tidur, aku sering memikirkan hal yang pernah terjadi padaku. Yang baik dan yang buruk. Aku sedar, sebenarnya lebih banyak perkara yang baik pernah berlaku di dalam hidupku. Lebih banyak daripada apa yang aku fikirkan. Aku hanya terlalu memikirkan hal-hal yang buruk sehingga menjejaskan fikiranku sendiri. Dan sekali gus mempengaruhi sikap dan cara pemikiran serta pandanganku tentang hidup ini.

Aku bersyukur kerana aku telah diberi kesedaran tentang hal ini. Sebenarnya hidup ini bukanlah rumit sangat. Kadang-kadang kita sendiri yang membuatkannya rumit. Hanya kerana terlalu dibayangi oleh bayang-bayang yang menakutkan. Sedangkan bayang-bayang yang menakutkan itu hanya ada di dalam ruang pemikiran kita; ia lebih kepada sifat imaginasi dan bukannya realiti. Aku tidak nafikan yang aku juga berfikiran sebegini. Dulu. Sekarang, aku sedang dan terus belajar untuk mengubah corak pemikiranku agar lebih bersifat terbuka dan berani. Sentiasa menjaga hatiku yang sungguh-sungguh rapuh. Allah sentiasa ada di setiap langkahku. Dan aku sentiasa percaya akan itu. Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin-Nya jua.

Ya Allah, terima kasih sebab telah mengurniakan aku hidup ini. Hidup yang tidak akan aku sia-siakan. Selama hampir dua tahun aku berada di rumah selepas tamat belajar, aku lebih banyak meluangkan masa untuk berfikir dan merenung kejadian hidup ini. Bermula dari heartbroken sehingga mampu bangkit semula, aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah memberiku kekuatan hati. Sungguh, hidup ini indah. Malah Dia telah membantuku untuk menilai setiap kejadian yang pernah terjadi dan yang mampu aku ingati selama aku hidup di dunia ini. Ya Allah, aku bersyukur...

Kini, setiap bangun pagi, aku bersyukur. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk menyambung hidup dan menikmati udara yang segar. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk berpijak di bumi ini. Kerana Allah mengizinkan aku agar aku sihat dan mudah berfikir. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk menikmati rezeki yang diberi oleh-Nya. Kerana Allah telah mengizinkan aku untuk berbahagia bersama keluarga dan teman-teman. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu. Sungguh-sungguh bersyukur...Sungguh, tidak terhitung olehku nikmat yang diberikan oleh-Mu, ya Allah...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(Surah An-Nahl, ayat 18)

Image source : zsazsabellagio.blogspot.com



4 comments:

  1. Aku pun bersyukur atas segalanya :). Dulu slalu memikirkn betapa unluckynya aku.. but now i know better. Nda spatutnya ku take things for granted. I'm so glad that ku dpt live to this day n finally realised Life is more meaningful. If ku stil wif my past thoughts yg FaNadz atu kompom nda ku kn rasa besyukur wif d things dat i have :'( . Tapi Alhamdulillah~ terbukalh sudah mata dan hati, i'm so glad i found all of u~~ *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) *hugs~true that Nad.. :) I'm glad I found you all too~ :') I love you Lillah... :)

      Delete
  2. Love you too~~ Lillah hi Ta'ala~~ *hugs* biar sampai u lemas XDD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nda apa. i lemas pun kerana cinta mu. bhahahahaha! *random much

      Delete