- Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayyiditina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayyiditina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini," tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?". Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Setelah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasannya," sahut Nabi S.A.W., "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar"
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah, adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak"
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad... :') Mudah2an kita dpt berjumpa dengan Rasulullah di akhirat nanti, Amin Amin ya robbal Alamin~ Tengkiu so much Nonie, mempost :D
ReplyDelete:) amin amin amin~~~~ :) np Nad :) :)
Delete