Tadi, hampir tengahari, aku singgah rumah Nenek sebaik sahaja aku balik dari urusan temuduga untuk perumahan. Entah kenapa, akhir-akhir ini, hati ini merasa ingin sentiasa bersama Nenek. Ingin sentiasa dekat bersama mereka. Nenek Laki dan Nenek Bini. Rindu di hati yang teramat sangat. Memang, hampir tiap minggu aku bersama keluarga pulang ke kampung lawat nenek. Tapi, entahlah. Aku rindu sangat-sangat. Tadi aku betul-betul tak sabar ingin berjumpa mereka. Sempat aku singgah restoran, membeli roti telur untuk ku makan bersama mereka. Setibanya aku di sana, hati ini tersasa sungguh gembira. Memang suasana di kampung sungguh tenang dan damai. Sungguh sunyi. Hanya Nenek Laki dan Nenek Bini yang ada. Dan Rini (pembantu rumah). Dan Aunt Idah (isteri uncle Etus). Uncle kerja. Sepupuku, Nuar, pun kerja.
Cuaca yang agak mendung, disertai oleh angin yang bertiup sesekali memberi tanda-tanda hujan akan turun. Aku segera masuk ke dalam rumah. Sudah kelihatan di ruang tamu, Nenek Bini sedang duduk di kerusi rotan sambil mendengar radio. Dia tersenyum melihat aku datang. Hatiku terasa riang. Rasa macam ingin jatuh saja airmata ini tapi ku tahan saja. Rindunya..... Aku terus menghantar roti telur yang ku bawa ke dapur untuk disediakan di pinggan. Nak makan dengan Nenek! :'D
Kami bersembang di ruang tamu sambil menonton Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 14 sehingga waktu tengahari. Nenek Laki turut duduk bersama kami tidak lama selepas aku sampai. Ya Allah, hanya Engkau saja yang tahu betapa sayangnya aku pada mereka. Sayang sangat-sangat. Nenek Laki sudah menjangkau usia 74 tahun, manakala Nenek Bini sudah menghampiri...mungkin 75 atau 76 tahun. Aku tidak pasti. Seingatku, Nenek Bini tua setahun atau pun dua tahun dari Nenek Laki.
Dan petang itu, aku menghabiskan masaku bersama kedua orang nenekku. Though I had a short nap just after I had my lunch :p Pukul 3:30 petang, aku berangkat pulang. Berat rasa kaki ini melankah keluar pintu. Nenek Bini pun kelihatan tidak tentu duduk sebab aku sudah ingin pulang. Kalau bukan kerana esok aku kerja, tentu aku tidak pulang awal. Dia keluar masuk dapur, sambil mencari-cari apa yang patut dibekalkan untukku bawa pulang ke rumah. Somehow, I could feel her feelings. I know, she was sad. Sebaik sahaja aku salam dan cium tangan Nenek Bini, kiss her on the cheeks, I terus turun dari rumah. Di kereta, air mata ku gugur. Fuh~ aku hanya melambai dengan senyuman dari kereta sebaik sahaja keretaku meninggalkan halaman rumah Nenek. Nenek Laki sibuk memotong rumput di halaman kerbaunya. Jadi, aku hanya mampu melambainya dari dalam kereta. Fuh~ Hujan lah hatiku.
Di dalam perjalanan, hanya mereka di dalam fikiranku. Ya, mereka sudah meningkat tua. Inilah masanya untukku mencurahkan kasih sayang dan perhatian buat mereka. Sungguh, aku sungguh sungguh sayangkan mereka. Tuhan saja yang tahu bagaimana rasa hati ini... Semoga Nenek Laki dan Nenek Bini sentiasa dikurniakan kesehatan yang berpanjangan. Amin Amin Amin~ I miss them now... :( Insya Allah, this Friday aku mahu ke kampung lagi.
No comments:
Post a Comment