Mungkin apa yang bakal aku luahkan kali ini adalah perkara
yang sama dan berulang kali pernah aku luahkan dulu. Namun bagiku ia tidak
pernah melelahkan. Malah aku merasa bahagia dan pada masa yang sama, aku merasa
ketenangan yang luarbiasa hadir di dalam hati… Aku bersyukur kerana Tuhan
memberiku perasaan sebegini. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ingin menerangkan
perasaanku. Hanya Dia sahaja yang memahaminya…
Di samping keluarga yang begitu memahami dan menyokong
setiap yang aku lakukan, aku juga ingin melahirkan rasa bersyukur yang amat
sangat kerana dikurniakan rakan-rakan yang begitu memahami dan sekepala!
Hidupku sentiasa ceria diwarnai oleh mereka. Melalui gambar-gambar yang aku
muat naik di laman social instagram dan photo album di dalam handphone, aku
sentiasa tersenyum riang sekiranya aku mengenang kembali saat-saat indah yang
aku luangkan bersama rakan-rakanku. Sungguh, rancanganNya begitu sempurna
sehingga setiap detik aku dapat rasakan bahawa itu adalah kurnia terindah
daripadaNya. Tidak pernah ku sangka aku akan punya kehidupan yang indah seperti
ini. Mungkin ini adalah hadiah daripada Tuhan untukku kerana aku sentiasa
bersabar dengan setiap dugaan yang ku lalui selama ini. DiberiNya aku
rakan-rakan yang memang sekepala dan ‘ngam’ denganku. DiberiNya rezeki buat
kami semua agar kami dapat bersama-sama menikmati indahnya hidup bersahabat
keranaNya. Diberinya nikmat fikiran dan perasaan yang mampu mencipta sebuah
ikatan yang tulus dan murni di antara kami agar kami sentiasa menyintai dan
menghargai satu sama lain demi meraih keredhaanNya. Sungguh, aku merasa sungguh
bertuah kerana diberi kehidupan seperti ini walaupun aku sedar kekuranganku
banyak di sana sini. Namun, seperti yang aku pernah diberi nasihat, hargai apa
yang ada sekarang. Kita takkan tahu bila Dia akan menarik balik nikmat dan
rezeki yang dipinjamkan. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita
kembali…
Ok, cerita tukar channel! Hihihi~
Baru-baru ini, satu lagi impianku telah tercapai iaitu
bercuti ke negeri Terengganu. Memang Terengganu sudah lama ada di dalam senarai
percutianku sebelum ini kerana aku peminat pantai dan laut (oh, dan juga Zizan
Razak…haha). Aku dan rakan-rakanku telah berpeluang bercuti ke Terengganu
selama 3 hari 2 malam dan meluangkan masa bersama keluarga Zizan Razak (yes,
Zizan Razak, the one and only Zizan Razak). Memang ia merupakan satu kenangan
yang indah dan sangat-sangat manis! Ibu dan Abah sanggup mengorbankan masa dan
tenaga untuk membawa kami melawat tempat-tempat menarik di Terengganu. Terima
kasih Ibu! Terima kasih Abah! And we had a chance to visit Zizan while he was shooting
for Polis Evo at Kampong Mangkuk, Setiu, Terengganu… Aku juga berpeluang untuk
melawat kampung kelahiran Zizan, iaitu Dungun, dan beramah mesra bersama Wan
dan ahli keluarga Zizan yang lain. Semua ahli keluarga Zizan sungguh mesra dan
begitu sporting. Apalagi Wan... Aku dapat merasakan aura dan ikatan kasih
sayang yang sangat kuat di sana. Keluarga Zizan juga turut menyediakan nasi
dagang dan tumis laksa sebagai juadah di petang itu. Sedak boh! Suasana kampung
yang begitu indah dan tenang itu juga membuatku terasa seperti aku berada di
rumah nenekku sendiri… :’)
“Masjid Kristal, Kuala Terengganu telah memujuk hatiku…”
Waktu itu sudah hampir waktu Maghrib. Alangkah indahnya
suasana di tepian Sungai Terengganu. Aku turut berpeluang untuk menikmati keindahan
dan ketenangan suasana masjid yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Hanya mata
menjadi saksi dan hati yang berbicara ketika mendengar laungan azan dari Masjid
Kristal dan juga beberapa buah masjid yang berdekatan. Laungan Azan yang
bersambung-sambung membuatkan hatiku terasa tenang dan terpujuk. Hence, my
hashtag #HatikuTerpujukSudah ku gunakan untuk setiap gambar di laman Instagram
ku. Sebelum ini, aku menggunakan hashtag #MisiMemujukHati (I will write another
post about this)… I really can’t explain how magnificent and how beautiful that
moment was… Aku sendiri sempat memejamkan mata beberapa saat ketika itu untuk menikmati
suasana yang aku rasakan penuh dengan cinta dan kasih sayang... Hatiku
sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke
sini…malah dikurniakan rezeki untuk berpeluang bercuti di negeri Terengganu
bersama keluarga Zizan Razak! Sungguh-sungguh indah ketetapan Tuhan. Alhamdulillah~
Ok, sampai sini saja dulu ye~ Nanti I will write another
post regarding Misi Memujuk Hati (di Terengganu).
No comments:
Post a Comment