Friday, April 06, 2012

Suatu Hari di Gerai Ramadhan

Terkejut tengok tajuk post ni? Hehehe.. Bukannya apa. Aku cuma teringat kisahku sewaktu membeli juadah di Gerai Ramadhan suatu ketika dahulu. Ceritanya macam ni:

Waktu tu, hanya aku dan Adik yang pergi ke sana. Lebih kurang satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Bau makanan, mak oi~ memang mengundang selera lah. Kami pergi round and round and round tempat tu, memikirkan apa yang patut dibeli. Pengunjung pun ramai lah juga. Kawasan tu menempatkan lebih kurang (agak-agak) 100 lebih gerai lah. Banyaakk~ Raamaai~~ and before balik, aku dan Adik singgah ke sebuah gerai, nak beli Roti John. Waktu tu, aku masih tengok-tengok makanan yang ada jual kat gerai tu dan setelah memilih Roti John yang memikat hati, aku pun angkat bungkusan roti tu. Nak bayar.

Tiba-tiba, aku terkedu apabila aku melihat si penjual di gerai itu. Tanpa kusedari, aku tersenyum. Lebar selebar lebarnya. Nampak gigi. Mata bersinar. Lelaki tu hairan tengok aku. Dengan penuh awkward, dia ambil bungkusan roti tadi dan terus memasukkannya ke dalam plastik. Aku masih juga tersenyum. Adik tidak menyedari apa yang berlaku waktu itu. Dia sedang sibuk melihat-lihat juadah lain yang ada dijual di sana. Setelah selesai sesi jual beli tadi, aku pun cakap "Terima kasih," dengan wajah yang paling manis sekali. Lelaki tu cuma senyum sikit je. Masih dengan muka bengangnya.

Sebaik sahaja kami beredar dari situ, aku terus menceritakan pada Adik apa yang berlaku sebentar tadi. Dia cuma ketawakan aku. Mana taknya, aku senyum sebab lelaki tu seiras sangat dengan Zizan~! Waktu tu, aku memang sudah minat kat Zizan. Dan ketika itu, Raja Lawak baru saja masuk musim ke 2. Hehehe~ Dan sampai masa ni, aku masih tertanya-tanya, siapakah lelaki itu?

No comments:

Post a Comment