Sunday, July 22, 2012

Wahai Si Rama-rama

Hari ini aku dan keluargaku meluangkan masa bersama melawat ke Tasek Merimbun, tasik yang terbesar di Brunei. Ia terletak kira-kira 10 minit saja dari rumah Nenek. Kami ke sana bersama sepupuku, Arman yang baru sahaja berumur 6 tahun. Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Kulimambang. Kulimambang ialah perkataan Brunei yang bermaksud rama-rama. Sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam taman itu, aku sudah melihat beberapa ekor rama-rama dan kupu-kupu terbang. Hatiku melonjak gembira. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Kami meluangkan masa kira-kira setengah jam di situ. Dan aku menghabiskan masaku mengambil gambar beberapa ekor rama-rama yang cantik. Cuaca yang agak panas dan lembap tidak lagi terasa setelah melihat gelagat pelbagai jenis rama-rama dan kupu-kupu serta hiasan beberapa jenis bunga di taman itu. Oh, sungguh indahnya...

Selepas dari sana, kami melawat Dewan Pameran Tasek Merimbun. Sebuah balai pameran yang mempamerkan kehiduapan liar dan tumbuhan yang ada terdapat di kawasan tasik. Destinasi terakhir kami ialah Tasek Merimbun. Walaupun sudah beberapa kali kami pergi ke sana, namun hati ini tetap menyintai tempat yang sungguh indah dan tenang itu :) Aku dan adik-adikku serta Arman meluangkan masa bersantai di pondok yang dibina di atas tasik manakala Babah dan Mummy bedudun ke rumah saudara yang terletak tidak jauh dari situ. Dan, aku terjumpa sahabatku, Nad dan her sisters di sana! :D :D :D :D Surprise! Surprise! Below are some of what we've seen tadi :) Believe me, it's more more MORE awesome when we experience being there!











2 comments:

  1. Asalamu alaikum thanks for sharing, learn about who Fasts? my latest post coming soon inshAllah

    ReplyDelete
  2. salam,
    kunjungan Ramadhan dari http://adnan-kisahkasihibu.blogspot.com/

    ReplyDelete